Kenangan A1P5(Account), Kmk Slideshow: Mujahidah’s trip to Changloon (near Kangar), Perlis, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kangar slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Kenangan 2009

15 TanDa-TanDa Ego

  1. Terhibur apabila diberi jawatan.
  2. Rasa tak senang bila tidak dilantik.
  3. Arahan selalu kasar.
  4. Susah untuk mentaati.
  5. Cepat melenting dan mudah marah.
  6. Mudah tersinggung dan emosional.
  7. Suka berkawan dengan orng bawahan supaya nampak lebih tertonjol.
  8. Susah menerima pandangan oang lain.
  9. Tidak senang jika orang lain memberi pandangan dalam majlis.
  10. Suka memotong cakap orang lain dalam majlis.
  11. Suka jika pandangannya saja diterima.
  12. Suka memperkenalkan dirinya daripada ahli jemaah lain.
  13. Tidak senang kemajuan tercetus di tangan orang lain.
  14. Bercakap dengan nada suara yang tinggi, tidak boleh dicabar pasti tercabar.
  15. Lebih berminat berkawan rapat dengan orang lain daripada ahli jemaah sendiri supaya tidak terikat dengan disiplin jemaah terserlah kesempurnaan dirinya.

"Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempuyai hati(akal) atau yang menggunakan pendengarannya sedang ia menyaksikan.......

(Surah Al-Qaf:37)

SoLaT TeraWiH

Solat ini hanya boleh dikerjakan di bulan Ramadhan sahaja. Hukumnya- Sunnah Muakkadah. Masanya- setelah seseorang itu mengerjakan solat fardu Isyak. Afdal (utama) dikerjakan berjemaah di masjid. Boleh dikerjakan bersendirian sahaja.
Menurut hadis Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah maksudnya: "Adalah Rasulullah S.A.W sangat sukacita menganjurkannya supaya beramal di malam-malam bulan Ramadhan, hanya baginda itu tidak menganjurkannya dengan keras. Baginda bersabda: "Siapa yang menunaikan solat pada malam-malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan semata-mata kerana Allah nescaya diampunkan oleh Allah dosa-dosanya yang lalu".

PERINGKAT PUASA

  • Puasa Umum iaitu puasa mukmin yang masih melakukan perbuatan makiat kepada Allah S.W.T . Puasanya sangat mudah- tidak makan, tidak mnum, dan tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa. Tapi anggota lahirnya seperti mata, telinga, mulut, kaki, tangan tidak berpuasa sama. Manakala hatinya pula bersarang dengan sifat mazmumah- hasad dengki, pemarah, sombong, dan riya'. Puasa ini tidak dapat memelihara diri dari kejahatan nafsu dan syaitan. Rasulullah S.A.W bersabda: "Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi tidak dapat apa-apa daripaa puasanya itu melainkan lapar dan dahaga sahaja".
  • Puasa Khusus iaitu puasa orang soleh, berpuasa seperti yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Dia juga dapat menahan anggotanya dari melakukan dosa termasuk berjaya memelihara hatinya daripada sifat mazmumah antaranya pemarah, sombong, riya', ujub, takabur,dan gila puji.
  • Puasa Khususul Khusus iaitu puasa orng yang hatinya hampir dengan Allah. Berpuasa segala anggota lahir dan batin, bahkan hatinya turut berpuasa daripada mengingati hal-hal dunia. Hatinya sepanjang masa mengingati Allah. Ini adalah bentuk puasa para nabi, rasul dan aulia'.

JANJI TUHAN PASTI BERLAKU

Oh alangkah indah hidup ini
Bila Islam bersinar kembali
Cahaya iman menyuluh tiap sanubari
Kebenaran mewarnai bumi


Kalam Allah memimpin manusia
Sunnah Rasul memandu langkahnya
Isi alam mendapat rahmat dan berkatnya
Kebatilan tiada tempatnya


Telah lama dinantikan
Bara Islam marak semula
Manusia kegelapan
Merindukan cahaya pembela


Pasti datang saat itu
Janji Tuhan pasti berlaku
Di dunia bahagia
Syurga Tuhan kekal selamanya


Pada Tuhan doa dan harapan
Daulah Islam seluruh dunia
Selamatkan kami umat di akhir zaman
Dengan iman yang terpelihara

DI MANAKAH CANTIKNYA SEORANG WANITA?

Mungkinkah pada sepasang matanya
Yang jelingannya menggoda
Atau.... mungkinkah pada bibirnya
Yang sering menguntum senyuman manis
Atau....mungkinkah pada nilai tawanya
Yang mengusik jiwa
Atau.... mungkinkah pada suaranya
Yang lembut bernada
Atau....mungkinkah pada gerak gerinya
Yang bijak menarik perhatian
Atau....mungkinkah pada pakaiannya
Yang cantik bergaya
Atau....mungkinkah pada hatinya
Yang sentiasa luhur dan ikhlas
Yang sentiasa rindu pada tuhannya
Yang sentiasa baik akhlaknya
Ya! Kini kutemui jawapannya
Indahnya serta cantiknya seorangperempuan
Bukan hanya pada luaran
Tetapi keindahan itu terletak pada hati dan akhlaknya
Ingatlah adik-adikku kecantikan seorang perempuan
Bermula dari hatinya
Yang suci dan bersih

LIMA PENAWAR HATI

LIMA PENAWAR HATI

Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash. Katanya penawar hati itu ada 5 :

1) Membaca al-Quran dengan meneliti maksudnya

2) Mengosongkan perut

3) Bangun bersolat malam

4) Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur

5) Duduk di majlis orang-orang soleh.

Pertama : Ramai juga orang yang baca al-Quran. Tapi biasanya membaca tanpa memerhati maksud ayat yang dibaca. Sebab itulah bagi saya ramai di kalangan umat Islam yang melanggar hukum agama, iaitu kerana tidak memahami apa yang dibaca.

Kedua : Dari sudut kesihatan fizikal, pakar kesihatan bahkan Nabi SAW sendiri mengatakan bahawa perut adalah punca penyakit. Mengosongkan perut dengan erti kata berpuasa atau bersederhana ketika makan.

Saya pernah melihat kawan-kawan ketika kenduri begitu tamak mengambil makanan sampai penuh pinggan, kemudian akhirnya tidak dapat menghabiskan makanannya. Pertamanya ia tamak, keduanya dia membazir. Kedua-duanya perangai syaitan.

Ketiga : Ramai orang boleh bangun malam. Bangun sebab mau kencing, atau kerana anak menangis, atau kerana mau tonton Euro, atau kerana waktu penerbangan, atau juga kerana hendak makan sahur. Tetapi bangun untuk bersolat malam walau 2 rakaat, memang sangat berat.
Keempat : Ramai juga beranggapan, waktu sahur hanyalah untuk makan sebelum berpuasa dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya, antara waktu mustajab doa ialah ketika waktu sahur.

Kelima : Duduk menghadiri majlis-majlis ilmu, berada bersama-sama orang baik tentu menenangkan jiwa. Ia jauh lebih mulia berbanding berada di disko, kedai kopi atau di padang bola.

Anda mau menjadikan hati tenang dari resah gelisah, 5 perkara ini adalah penawarnya.

Firman Allah : “…ingatlah, dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang”.


Sumber : http://abunuha.wordpress.com/2008/07/18/lima-penawar-hati/

Wanita Buta atau Cinta Sejati???

Kisah I
Saya ada banyak kisah tentang perempuan-perempuan buta. Satu
darinya,rakan
sekuliah yang berkahwin seawal di matrikulasi. Didorong rasa cinta, mak bapak tolak ke tepi, nasihat member-member dikata dengki.
Menjadi isteri kedua kepada seorang pemandu teksi yang menurutnya lelaki paling caring dan gentle pernah ditemui walau hakikatnya tidak mampu serba-serbi (bayangkan susu anak isteri tua pun tak mampu dibeli). Itu belum cerita hal lampin anak, rumahnya walau pada interpretasi saya lebih mirip reban ayam nenek saya ( jambannya ditampal dengan signboard Car Wash) dan anak-anaknya yang berderet macam gerabak LRT. Bila ditanya, cepat dia menjawab,"kau takkan faham,cinta kami cinta sejati"

Kisah II
Teman baik sejak kecil yang muda setahun, agak rapat hingga saya sanggup keluar untuk menunggu bas setengah jam awal setiap hari hanya untuk membentangkan "analisis program TV" malam sebelumnya. Hobinya mencuba pelbagai krim muka, hangout di pasar malam (duduk di kampunglah katakan), bergaduh dengan bohsia dan tidak ketinggalan bercuti setiaphari Isnin untuk mengelak perhimpunan.
Agak gila-gila, gemar naik motor petang- petang , pakai baju lawa-lawa macam orang hendak pergi beraya dan pernah sekali, buat DIY tattoo pakai ubat nyamuk lingkaran. Paling gila, berhenti sekolah semasa Form 4 ,bertunang semasa saya di matriks dan menikah setahun kemudian. Raya yang lepas, officially divorce dengan anak yang baru menjengah usia setahun.

Kisah III
Si perempuan ini rupa ada, badan pun boleh tahan. Paling menyakitkan hati ramai pula peminat tapi dgn lelaki nie juga yang di pilih nya.
Teman lelaki pula bukannya handsome sangat pun (sekali pandang macam Helmi Gimmik, 2 kali pandang dah rupa macam goalkeeper team bola Ghana).
Mungkin disebabkan faktor infeoriti dan berasa berada bukan di dalam zonselamat, si perempuan dengan bermurah hati "berjasa" kepada si lelaki.
Ada handset diberi guna, tak ada duit diberi pinjam ,ada motor diberi pakai.
Alasannya mudah -senang untuk berhubung lantaran keduanya dari kuliah berlainan. Kononnya esok lusa kalau ada jodoh, semuanya akan jadi harta sepencarian.
Masalahnya, si lelaki ini serius sedikit pun tidak, hidup dengan berbohong, si perempuan pula terus berharap. Pantang orang mengkhabarkan berita yang "kureng" tentang si cik abang habis satu kolej diamukkan. Di matanya, dialah Rosalinda yang hebat diduga dalam api percintaan.
Sementelah lelakinya Fernando Jose the most eligible bachelor yang menjadi rebutan setiap perawan.


Semua cerita di atas mengingatkan saya kepada phrases Love is Blind.
To be honest saya setuju walau tidak 100 peratus. Kalau tidak masakan si Romeo sanggup minum racun untuk mati bersama Juliet, Teja yang sanggup lari ke Melaka mengikut Hang Tuah, Rose yan g sanggup memilih untuk tenggelam demi bersama Jack dan si malang Devdas yang mati kerana frust melepaskan Paro ke tangan orang.

TETAPI, saya strongly disagree apabila itu dijadikan alasan bila hidup yang indah berubah menjadi neraka, apabila seseorang yang disangka teman sehidup semati @mr right, berubah mr bahlol. Kerana dalam hidup kita diberi dua pilihan, untuk berkata ya atau tidak. Lagu Lee Ann Womack ada bercerita, Hidup ini tarian, kita ada pilihan sama ada mahu duduk atau menari.

Moral of the story is learn to love yourself before learn tolove others.
> Cinta yang dipacu rasa berahi terbit dari sayang dan suka, tanpa
rasionaliti dan kematangan boleh membawa kemusnahan yang luar biasa.Itu sangat-sangat saya percaya.Seiring dengan usia, api berahi makin malap,rasa sayang menjauh .Bila kasih makin dingin,saat itulah isteri yang mulanya dianggap JLo kini tak ubah macam nyamuk Aedes yang membawa virus Denggi.
Si suami pula tidak ubah macam Anaconda-perut memboy ot dan tahu mengarah 24 jam ,bezanya Anaconda ini hidup didarat .Persoalannya apa akan jadi bila rasa kasih, rasa sayang sudah hilang.
Dalam kes-kes tadi, saya masih tidak faham mengapa perempuan yang selalu buta dalam percintaan. Kemudian menyalahkan lelaki, lelaki tiada hati perutlah, jantan tak gunalah, jantan prebet dan yang seangkatan dengannya tanpa mengambil tindakan dan langkah-langkah pencegahan awal.Harus diingat,dalam apa jua perkara prevention is always better than cure.

Dan....kepada lelaki yang mempunyai similiariti dengan kisah-kisah di atas, satu saja pesanan-jika tidak mahu nasib yang sama menimpa anak atau adik perempuan anda di kemudian hari, belajar- belajar lah "menghargai" dan "bertanggungjawab"

Mungkin saya tidak adil, mungkin sedikit prejudis atau mungkin betul kata perempuan dalam kisah I, mungkin saya tidak akan faham erti cinta sejati.
Anda bagaimana?

p/s**kita pun tak ingat dari mana kita dapat kisah nie...
i paste here just want to share with all of u...
what do u think???
or have some of u in 1 of d story???

Bicara Sufi

Sahabat,

Engkau bertanya bagaimana cara untuk mewujudkkan cinta Allah di dalam hati. Ketahuilah, sesungguhnya cinta itu tidak muncul tiba-tiba dan ianya tidak boleh dipaksa. Fahamilah tamsilanku ini. Cinta Allah adalah diibaratkan pohon yang tumbuh beransur-ansur di dalam hati insan yang menanamnya.

Pohon cinta ini benihnya perlu disemai, disiram, dibajai, dan dijaga. Hati adalah tempat menanam benih pohon cinta Allah. Barangsiapa yang sudi menanam cinta itu dihatinya, pasti ada harapan benih itu akan tumbuh menjadi pohon yang rendang dan berbuah lazat bakal dinikmati semua makhluk Allah.


Tahukah wahai sahabatku sekalian di mana sumber dan gudang benih cinta itu?Benih yang asli ada dalam Al-Qur'an, galilah ia sedalamnya yang mampu. Benih yang sudah tumbuh menjadi pohon yang berbuah harum dan manis ada pada sunnah Rasullah S.A.W. Buah-buah dari pohon cinta Rasullah inilah yang perlu engkau petikan untuk mendapat benih cinta Allah. Pohon cinta Rasullah ini tidak akan mati dan terus berbuah pada setiap detik dan musim dan akan terus berbuah untuk selama-lamanya. Cinta selain Allah itu umpama lalang, semak-samun dan pohon berbuah pahit. Jika engkau menyemai cinta Allah di hati yang penuh cinta dunia, ia umpama mencapak benih pokok ke dalam semak-samun, lalang dan belukar. Jika engkau bernasib baik, benih itu akan tumbuh, namun dari segi adatnya ia akan mati ketandusan. Sekiranya ia tumbuh ia tidak akan menjadi pohon yang rendang dan subur.

Sahabat,

Zikrullah itulah racun terbaik untuk menyingkirkan segala semak-samun, lalang dan belukar cinta duniamu. Mujahadatunnafs itu bagaikan kapak besar yang bakal menumbang robohkan pohon-pohon pahit dan beracun di hatimu. Selawat ke atas Nabi bagaikan baja yang menyuburkan tanah hatimu.

Ingatlah bahawa benih cinta dunia sentiasa menunggu peluang untuk subur kembali. Maka pastikanlah zikrullahmu berterusan serta iringilah dan satukanlah tarikan nafas dan degup jantungmu dengan zikrullah. Ketahuilah, selagi mana semak-samun dan pohon cinta dunia memenuhi hatimu, maka selagi itulah pohon cinta Allah akan terus layu dan tidak berubah.

Sahabat,

Sedarlah, bahawa selagi mana pohon cinta Allah tidak berbuah, selagi itulah sukar menyeru manusia kepada cinta Allah. Engkau tidak akan berjaya selagi engkau belum mempunyai benih cinta Allah untuk dipindahkan dan ditanamkan di hati mereka.Sebaliknya, jika pohon cinta Allah di hatimu sudah berbuah, maka berebutlah makhluk Allah ingin mengecapi keharuman dan kemanisannya. Inilah tanggungjawabmu kini dan selamanya.



"APABILA CINTA KEPADA ALLAH ITU SAMPAI KE LUBUR HATI. MAKA SEMUA CINTA KEPADA YANG LAINNYA AKAN TERSUNGKUR"
(IMAM GHAZALI)

Sabar Itu Indah

Mencapai tahap kesabaran yang tinggi pasti menuntut pengorbanan yang terlalu besar nilainya. Apatah lagi apabila diri yang lemah lagi dhoif mencuba dan berusaha untuk menggapai kasihNya yang agung. Berjalan dan berkenalan mencari sesuatu yang belum pasti realitinya "CINTA ILLAHI" terutamanya ketika berdiri berseorangan diri tentunya beribu ranjau yang terpaksa ditempuhi atau diredhoi.

Tapi...ialah jalan yang paling sukar lagi dan menyiksakan lantaran itu "bersabar" adalah tangganya.

Bersabar dalam terus berkelana walau tiada berteman, bersabar dan terus beristiqomah dengan setiap amalan, juga bersabar dalam terus berdiri , rukuk, sujud dan berdoa dihadapanNya ''AL-ADZIM AL-QADIR''.

Sepatutnya kesabaran Rasulullah S.A.W dalam merintis risalah Islam itu perlu dijadikan ukuran. Bagindalah insan yang digelar ''Habibullah''. Namun ujian untuknya terlalu dasyat mengenangkan keyakinan manusia biasa. Tapi dengan "SABAR" baginda berjaya menyampaikan nikmat islam dan iman buat seluruh umatnya kini.

Renungilah juga pengorbanan dan kesabaran "Khalilullah" dalam tuntutan yang tergalas di bahunya. Nabi Ibrahim a.s tika diperintahkan menyembelihkan anaknya Nabi Ismail a.s. Namun tuntutan itu tidak diabaikan dan tidak pula diingkari, Nabi Ibrahim hanya bersabar dan berserah kepada Allah S.W.T semata-mata. Tidak kurang juga anaknya Ismail a.s, kerana perintah lahir dari DIA yang maha berkehendak maka tuntutan itu dilaksanakan dengan penuh kerelaan.

Di atas paksi kesabaran inilah maka terapitnya Habibullah bersama Khalilullah. Dan kerana kesabaran dan pengorbanan Ismail maka ia kini menjadi simbolik ikatan umat islam keseluruhannya. Kerana itu, bersabarlah dalam melaksanakan ketaatan kepadaNya dan bersabar dalam meninggalkan laranganNya. Walau sabar itu terlalu sukar namun hakikatnya , sabar itulah jua terlalu mudah.




Pertahankan Syakhsiyyah UMMAH

Dunia telah lama kehilangan cahaya,
Petunjuk Ilahi samar-samar sahaja,
Belenggu perhambaan melata menyiksa,
Kehidupan manusia tiada bahagia.

Angin keimanan yang bertiup kencang,
Menakluki alam dengan paluan jihad,
Membangunkan Insan dengan hidayah tuhan,
Melatalah keadilan yang terpendam.

Mutiara itu harus dipertahankan,
Sumber keutuhan dalam perjuangan,
Biar merah darah mengalir ke tanah,
Tak rela ummah termusnah,
Pertahankan syakhsiyyah ummah.

Mehnah yang mendatang menyuburkan iman,
Sejarah sahabat menjadi pedoman,
Walaupun terpisah nyawa dari badan,
Harga iman tiada di dunia,
Redha Allah matlamat kita.

Ayuh robohkanlah berhala penindas,
Dengan semangat jihad,
PERTAHANKAN SYAKHSIYYAH UMMAH.

Akhlak Mahmudah

AKHLAK MAHMUDAH (TERPUJI)

dari sudut bahasa : Ianya membawa maksud tabiat dan perangai.

dari sudut istilah ulama' : Akhlak adalah suatu ibarat mengenai unsur yg konkrit di dalam diri yg dengannya melahirkan tingkah laku secara spontan.

Akhlak yg terbaik dan patut dicontohi ialah akhlak Rasulullah S.A.W sebagaimana firman yg bermaksud :
" Sesungguhnya Rasulullah SAW itu adalah contoh ikutan yg terbaik bg kamu (uswatun hasanah) "

Sebagai seorang muslim,kita haruslah memiliki sifat2 mahmudah antaranya :
  • Sabar
Sabar ialah kesanggupan seseorang menahan dan mengawal perasaan dr sifat2 mazmumah (tercela).
  • Syukur
Syukur ialah menyatakan penghargaan atau terima kasih atas apa kebaikan yg diterima.
  • Amanah
Amanah ialah satu sifat yg boleh dipercayai dan jujur apabila diminta untuk menyampaikan atau mengerjakan sesuatu pekerjaan.
  • Tawakkal
Tawakkal ialah menyerah natijah atau sesuatu perkara kepada Allah S.W.T setelah berusaha sedaya upaya melakukannya.
  • Tawaduk
Tawaduk ialah satu sifat tidak merasa bangga, tinggi diri dan sombong atas kelebihan yg ada pd dirinya dan tidak memandang rendah keatas kekurangan dan kelemahan orang lain.

Jom sahabat2 sertai KEM BINA INSAN 2010


*untuk maklumat lanjut layarilah blog ini:-

http://kem-binainsan.blogspot.com/

SeLaMat MeNduDuKi PePeRiKsAaN 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan Penggal Pertama 2010.Pada 12 Mei - 27 Mei 2010, Jawablah soalan dengan tenang dan penuh keikhlasan. Gunakan pertimbangan akal fikiran, berdoa agar dapat menjawab dengan betul dan tepat.

Perkara - perkara yang perlu dielakkan semasa peperiksaan :-
1. bergaduh/ berdendam/marah dengan sesiapa sahaja, ianya menyebabkan gangguan emosi.
2. tidak memunaikan Solat Subuh (murid muslim), ianya menyebabkan hilang keberkatan dan pahala belajar.
3. memarahi, membenci, bergaduh dengan ibu bapa atau ahli keluarga, ianya akan mendatangkan kemurkaan Allah swt.
4. tidak bersarapan, ianya menyebabkan fizikal dan minda mudah letih, penat kerana kekurangan oksigen dalam otak
5. tertinggal alat tulis, slip menduduki peperiksaan, ianya menganggu konstransi serta daya tunpuan dan ingatan.

Perkara - perkara yang perlu dielakan selepas peperiksaan :-
1. berbincang jawapan mata pelajaran yang baru diduduki.
2. membelek - belek nota mata pelajaran yang baru diduduki.
3. bertegak siapa yang jawab betul atau salah.

Tips ketenangan menjawab peperiksaan :-
1. Solat subuh dan solat sunat ( murid muslim )
2. Berdoa, membaca al_quran (ketenangan jiwa)
3. Bersarapan / berpuasa sunat ( murid muslim)
4. Berwduduk sebelum kes sekolah, berusaha mengekalkan wuduk.
5. Bersalaman dengan ibu bapa dan guru - guru.

USAHA, DOA, IKHLAS NIAT, DISIPLIN DIRI, TAWAKKAL kunci kejayaan. selamat berjaya.



GENERASI KEMENANGAN YANG DIIMPIKAN

Generasi yang akan menikmati dan menerima anugerah kemenangan Islam adalah para ‘amilin yang beriman dan bertaqwa,bersih zahir dan batinnya dari semua yang diharamkan Allah,dan sentiasa mengelakkan dirinya dari kemurkaan dan azab Allah.Berikut dibentangkan ciri-ciri generasi ‘jilin-nasr’ yang diimpikan, yang diambil dari sedutan Al-Quran dan hadis.


Mereka ialah golongan yang:

1. Sentiasa taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Jihad dijalanAllah adalah program hidupnya
3. Mati Syahid adalah cita-cita hidupnya yang paling tinggi
4. Sabar menghadapi ujian dari Allah
5. Ikhlas dalam beramal
6. Mendahului amalan akhirat dari amalan dunia
7. Sangat takut pada Allah dan siksaan-Nya
8. Selalu memohon ampun kepada Allah diatas dosa-dosa
9. Bersikap zuhud dengan dunia dan tidak panjang angan-angan duniawi
10. Solat malam dan sunat dah menjadi kebiasaanya
11. Kuat bertawakkal kepada Allah
12. Sentiasa mengingfakkan harta,tidak mengira masa senang atau susah
13. Berkasih sayang sesama mukmin dan bersikap memaafi manusia
14. Sentiasa menegakkan amar makruf dan nahi mungkar
15. Sangat kuat memegang amanah,janji dan kerahsiaan
16. Pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan manusia
17. Kasih sayang kepada keluarga
18. Terlalu merendah diri
19. Sentiasa membimbing manusia kepada petunjuk
20. Tidak mengamalkan pembaziran
21. Terlalu lembut hati dan banyak menangis kerana Allah
22. Sanggup menasihati orang lain dan sanggup dinasihati orang lain
23. Terlalu cemburu terhadap perlanggaran syariat.

Inilah generasi yang diimpikan dan sedang ditunggu-tunggu kehadiran mereka oleh ummah dewasa ini.Pada merekalah digantungkan segala pengharapan agama, bangsa, tanah air dan alam sejagat ini. Sebagai petugas gerakan, marilah kita melayakkan diri menjadi generasi tersebut. Sekarang adalah proses ke arah memantapkan syakhsiyyah. Persiapan dan persediaan diri yang mantap amatlah diperlukan. Justeru, proses saringan dan penapisan yang disediakan oleh Allah sebagai sunnah-Nya sedang menanti dihadapan kita. Apabila Pra-syarat kemenangan sudah kita miliki, bilangan kita yang sedikit sudah tidak menjadi ukuran lagi pada Allah.Ketika itu, kemenangan untuk perjuangan Islam akan menjadi kenyataan.Hal tersebut telah disebutkan oleh Allah,melalui pertarungan di antara al-Haq dan al-Batil di dalam kisah Talut dan Jalut.

Firman Allah SWT:

Maksudnya:“Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya,berkatalah ia: “Sesunggunhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai oleh itu sesiapa diantara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku,kecuali orang yang mencedok satu cedokan dengan tangannya”.(Sesudah diingatkan demikian)mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya),kecuali sebahagian kecil dari mereka.Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberengi sungai itu,berkatalah orang-orang yang minum(dengan sepuas-puasnya): “kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya”.Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: “Berapa banyak (yang pernah terjadi),golongan yang sedikit Berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah;dan Allah(sentiasa)bersama-sama orang-orang yang sabar”.

PENUTUP
Diambang kemenangan, golongan beriman mempertingkatkan keimanan kepada Allah, sementara golongan yang zalim akan mempertingkatkan pula kezaliman mereka.Pada saat itu,masing-masing akan sampai kepada kemuncaknya.Dan pada ketika itulah Allah akan memberikan kemenangan kepada golongan Islam.Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

WaNiTa Di SiSi LeLaKi

Betapa pentingnya wanita di sisi lelaki.
Apa tidaknya, lelaki akan terasa sunyi tanpa wanita. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mampu untuk meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana diciptanya begitu rupa oleh mereka. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar, jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita...
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah kuncinya.

Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman.
Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak kebesaran Tuhan.
Akan terhibur dan berbahagialah mereka walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri atau women gladiator.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.
Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki pelbagai wajah: negarawan, karyawan, jutawan dan wan-wan yang lain.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan menghiburkan.
Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak lurus, malah membengkokkan.
Bila wanita derhaka, dunia akan huru-hara.
Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa.
Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.

Siapakah Dia Dr Fathi Yakan???

Siapakah dia Dr Fathi Yakan menjadi satu tumpuan yg sgt penting bg diri yg inginkan kepada perjuangan..bagaimanakah gerak kerja yg dilakukan oleh Dr Fathi Yakan??Bantulah jiwa ini untuk mengetahui dgn lebih mendalam lg tentang.............

Dr. Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari / Syaban (kiraan bulanan kuno di negara Lubnan) 1933 di Tarablus Lubnan. Telah berjaya memperolehi Phd di dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab. Telahpun berkahwin dengan Puan Dr. Mona Haddad Yakan dan telah dikurniakan 5 orang cahaya mata ( 4 perempuan dan 1 lelaki). Beliau merupakan diantara tokoh gerakan Islam di Lubnan dan di dunia Islam bahkan beliau merupakan diantara pelopor yang mengasaskan gerakan Islam di Lubnan bersama-sama dengan lebih kurang 50 orang saudaranya yang lain sejurus selepas mereka menziarahi Dr. Mustafa As-Siba'ie Rahimahullahu di Syria.

Beliau telah menyumbang tenaga di dalam mempelopori fikrah gerakan Islam di dalam dunia Arab dan beliau juga telah menyebarkan risalah-risalah dan tulisan-tulisan yang berbentuk ideologi ke dunia Arab dan Islam sebagai panduan generasi-generasi kebangkitan Islam dan kebanyakan daripada tulisan-tulisan beliau telah diterjemahkan di dalam banyak bahasa. Di antara tulisannya yang terkenal adalah ماذا يعنى إنتمائى للإسلام (Apa ertinya saya menganut agama Islam), مشكلة الدعوة والداعية (Masalah yang berkaitan dengan Dakwah dan Pendakwah) dan banyak lagi.Beliau juga pernah memenangi kerusi pada pilihanraya Lubnan pada tahun 1992. Beliau juga pernah menyertai Perhimpunan Islam Antarabangsa (International Islamic Conference).

Fakta lain:-

Beliau pernah menolak amalan pilihanraya kerana berpendapat ianya merupakan perkara baru yang tidak di lakukan di zaman Nabi Muhammad saw, tetapi akhirnya beliau akur dengan hanya menyertai pilihanraya sahajalah negara Islam mampu ditegakkan.

Realiti Dalam Perjuangan

Dalam saf perjuangan, permasalahan kewangan dan kesempitan hidup yang dihadapi oleh sahabat wajar diberi perhatian. Memandangkan takaful merupakan salah satu daripada rukun usrah, maka permasalahan kewangan sahabat harus dititik beratkan.

Hak harta pada katogeri ini terbahagi kepada tiga peringkat.

Pertama:
Ini adalah peringkat yang paling rendah, iaitu kita memenuhi hajat dan keperluan sahabat dengan menggunakan peruntukan yang lebih daripada peruntukan untuk diri kita sendiri.

Kedua:
Harta kita dibahagi dua dengan sahabat.

Ketiga:
Peringkat yang paling tinggi, iaitu kita mengutamakan sahabat kita melebihi diri kita sendiri.



p/s: Semoga perjuangan Islam yang sedang kita gerakkan pada hari ini akan tetap terus bersemarak dan di era mempertahankan kemenangan ini, dengan berkat semangat setia kawan dan ukhuwwah Islamiyyah yang teguh, seperti yang pernah menjadi realiti kepada generasi salafussoleh sebelum kita, amin.

"Selamat Hari Ibu"

Ibu Mithali > "SeLaMaT HaRi iBu"

Siapakah wanita yang layak dipanggil ibu mithali, isteri sejati?
Adakah anda, saya ataupun wanita-wanita lain di dunia ini.
Marilah kita analisa diri kita sejauh mana kita mencapai ke peringkat tersebut dengan berpandukan analisis yang diberikan oleh Dr. Fadzilah Kamsah.
Beliau menjelaskan penganalisisan diri perlu bagi ibu mithali dan isteri sejati dalam membentuk sebuah rumahtangga harmoni.

Seseorang pendidik keluarga seharusnya memfokuskan diri pada aspek-aspek tertentu seperti :

1.Berdoa memohon keredhaan Allah.

2.Mengistiqamahkan sunnah dan penghayatan Islam dalam rumah tangga.

3.Membersihkan hati dan pemikiran.

4.Membina kebahagiaan secara proaktif.

5.Mendidik diri sendiri.

6.Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusiaan berkesan berdasarkan al-mawaddah (berkasih sayang) dan ar-rahman (kasihan-mengasihani).

7.Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul.

8.Mengamalkan suasana persekitaran yang kondusif dan merangsang dalam rumah tangga.

9.Membina rumah tangga berasaskan al-Mu?asyarah bil makruf (pergaulan dan hidup bersama secara baik dan diredhai Allah).

10.Pembangunan fizikal dan kesihatan.

11.Muhasabah diri.

Oleh itu, di manakah diri kita. Adakah kita telah berjaya melaksanakan kesemua 11 aspek ini atau hanya separuh daripadanya sahaja. Jika anda telah berjaya, saya ucapkan SYABAS!!

Namun begitu, ia masih tidak mencukupi lagi. Ada beberapa perkara lagi yang perlu dititik beratkan lagi untuk mencapai tahap IBU MITHALI ISTERI SEJATI!!!

Menurut beliau lagi, seseorang ibu dan isteri positif mesti mempunyai 9 sikap mental iaitu :-

1.Positif terhadap perubahan.

2.Positif terhadap diri sendiri.

3.Positif terhadap kepimpinan.

4.Positif terhadap masalah.

5.Positif terhadap orang lain.

6.Positif terhadap keadaan emosi.

7.Positif terhadap idea kreatif.

8.Positif terhadap membuat keputusan.

9.Positif terhadap qada' dan qadar.

Kesimpulannya, untuk menjadi seorang ibu yang baik, mungkin kita boleh mencapainya tetapi untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang cemerlang, kita perlulah mendalami ilmu keisterian. Oleh itu, berusahalah kita seberapa yang boleh untuk menjadi Ibu Mithali Isteri Sejati.

p/s : Di kesempatan ini,ana ingin mengucapkan "SELAMAT HARI IBU" kepada ibu2 di seluruh dunia..

~ Titisan Air Mata Wanita ~

Aku seorang wanita...
dini hari..
aku tetap wanita..
zaman bertukar zaman..
hari demi hari.
Gelaran wanita ini tetap pada diriku..

kadang² aku pasrah kerana aku merasakan
yg wanita ini sangat lemah..tapi..
segalanya sudah tertera di lauh Al-Mahfuz akan
kejadian ku ini..

bila menitis airmata..
ku mendambakan diri hanya pada yg esa..
bila ku inginkan kasih dan sayang..
aku mengharapkan..
ada yg datang..
aku lemah..
kerana ku bergelar wanita..
aku lembut..
kerana itulah sifat ku..
ini lah wanita..

dalam kesepian..
aku terus menunggu..
dalam kegelapan.. aku inginkan penyuluh jalan..
terlena mataku.. tiada yg tau..
terluka hatiku.. siapa yg tau..
menitis air mataku..hanya allah yg tau..

angin bertiup..
wajah ku mengukir sebuah senyuman..
senyuman yg penuh makna..
aku gembira dgn diriku..
kerana ku selalu inginkan..
menjadi wanita yg solehah..

aku yakini..diriku mampu.
untuk menjadi seorang..
wanita yang..solehah..
mujahidah dan..mu'minah...
tapi..aku tetap ragu²..
kerana..aku tidak boleh membimbing..
untuk terus maju..
aku menginginkan.. kasih dan sayang..
dari seorang suami yg soleh..
mungkin ia sukar.. tapi aku sabar..
dunia yg penuh mencabar..
iman dan taqwa.. jangan tergadai..
bila ku meminta..tiada yg dapat memberi
selain yang Maha esa..
bila ku muram durjana.. hanya Quraan..
yg menghiburkan nya..
bila ku dahaga kan kasih.. aku mencarinya..
mungkin aku patut bersabar..
dgn sebuah penantian..
kata orang..penantian adalah..
sebuah penyiksaan..
tapi..bagiku..segalanya..
adalah pengorbanan..

senja itu..
ku termenung..ku lihat..
pada jendela yg terbuka..
aku melihat bayangan yg datang..
lalu ku peluk bayangan itu..tapi..
aku tidak dapat ku rasakannya..
apakah segalanya..
ilusi dan fantasiku..
Ya allah..
aku inginkan dia kembali..

aku tidak mampu..
menahan perasan ini..

kenapa kau menduga..
taqdir ini..kenapa..?
ya allah..
kasihilah hambamu yg lemah ini..
aku hanya seorang wanita...

sunyi sayup..
tiada suara yg terdengar..
kecuali tangisan nakal ku..
aku titiskan airmataku..
dgn sepuas²nya..
kerana titisan airmataku..
adalah yg mebuatku..
merasakan kepuasan.. dari segala yg kutahan..
namun..aku hanya berserah pada yg Esa..
untuk segalanya.. wanita..sabarlah..
kau tau kan.. bahawa tiada sebuah kenikmatan..
kecuali..
menjadi.. seorang wanita yg..
solehah..
tabahlah dan sabarlah..
kerana itulah kunci kejayaan mu...
Allahu akbar...allahu Akbar..
ohh..
hanya sebuah lamunan..
aku sedar dari mimpiku...
azan sudah berkumandang..
tapi aku tetap.. memikirkan..
apa yg berlaku.. biarlah..
ia hanya sekadar mimpi..

Pembinaan Ukhuwah

SYARAT-SYARAT PEMBINAAN UKHUWWAH


1. Ikhlas.

Ukhuwwah Islamiyah akan terlaksana bilamana setiap muslim mampu membebaskan diri dari kepentingan-kepentingan peribadi, kelompok, kumpulan dan golongan, dan hanya menjadikan Allah Ta’ala semata-mata sebagai tujuan. Sehingga landasan yang dipakai dalam berjuang adalah landasan Islam.


2. Dilandasi dengan (Al Wala) dan Berlepas diri (Al-Baro’), yang dibingkaikan dengan Al Qur’an dan Sunnah.

Tidak dapat disangkal lagi bahwa ukhuwwah Islamiyah hanya akan terwujud di antara orang-orang beriman dan bertaqwa. Ertinya seorang muslim hanya mengambil mukmin dan muttaqin menjadi temannya. “ Ukhuwwah Islamiyah yang dibentuk dari peribadi mukmin dan muttaqin ikatannya sangat kuat dan kukuh, tidak akan goyah meskipun badai fitnah melandanya kerana mereka bersaudara di atas landasan ilmu dan aqidah/ keyakinan yang haq.


3. Tegak berasas nasihat kerana Allah.

Seorang muslim seharusnya menjadi cermin bagi saudara mu’minnya yang lain. Ia akan sentiasa meningkatkan kebajikan, sebaliknya jika terdapat kekurangan pada diri saudaranya ia akan menasihatinya dengan cara yang terbaik dan menganjurkannya agar segera bertaubat, kembali kepada petunjuk agama yang haq. Dengan demikian terjadilah tolong menolong yang penuh barakah, jauh dari fanatisme. Sekaligus mendorong terbentuknya persaudaraan atas dasar Islam dengan neraca syariat-Nya.

“Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran”

( Al ‘Ashr: 1-3).


4. Komitmen (Iltizam) dengan method (Manhaj) pemahaman yang benar.

Hal ini akan terlaksana jika mereka-mereka yang bersaudara ini setia untuk tetap berhukum kepada hukum Allah dan mengembalikan semua masalah kepada Allah dan RasulNya.

“...Jika kalian berbeza pendapat, maka kembalikanlah semuanya kepada Allah dan RasulNya jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya” (An Nisa: 59).

SuJuD.......

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempa tasalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Antara Bidadari dan Penghuni Syurga



p/s : ana sengaja copy video ini untuk peringatan kepada diri ana sendiri dan sahabat2 muslimah yg lain..marilah kita hayati bersama kata2 yg terlalu menusuk di kalbu seorang yg bergelar wanita solehah..insyaAllah nahnu minkum

Keputusan Mengapa Ibu Menangis????

Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya. "Ibu,mengapa ibu menangis ?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita." Saya tidak mengerti," kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tidak akan mengerti......"Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya. "Ayah,mengapa ibu menangis ?"

Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan."Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya. Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Pada suatu malam, ia bermimpi dan mendapat petunjuk daripada Allah mengapa wanita mudah sekali menangis. Saat Allah menciptakan wanita, Dia membuat menjadi sangat penting. Allah ciptakan bahunya,agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Walaupun, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.


Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya.Dan sering kali pula menerima cerca daripada anaknya sendiri......Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah di saat semua orang berputus asa.

Wanita, Allah berikan kesabaran, untuk merawat keluarganya walau letih,sakit, lelah dan tanpa berkeluh-kesah. Allah berikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya, dalam situasi apa pun. Biarpun anak-anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya.

Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur. Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan. Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa kegentiran dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita ?

Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan kepada suaminya. Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan menyayangi.

Dan akhirnya, Allah berikannya airmata agar dapat mencurahkan perasaannya...Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan di mana ia inginkan.

Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, airmata!

" Ini airmata kehidupan."

Kisah Nabi Daud a.s dengan Ulat

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud a.s sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daud a.s. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud a.s. "Wahai Nabi Allah! Allah s.w.t telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud a.s. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?" Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah s.w.t. maka Nabi Daud a.s. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah s.w.t. Begitulah sikap para Nabi a.s. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah s.w.t.


Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

Cantiknya Wanita

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia

diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku

membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;

namun, harus cukup lembut untuk memberikan

kenyamanan."


"Aku memberikannya kekuatan dari dalam

untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan

yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap

tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh

keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa

mengeluh."


"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai

anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika

anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung

suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan

tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."


"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui

bahwa seorang suami yang baik takkan pernah

menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji

kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada

disisi suaminya tanpa ragu."


"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk

dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk

digunakan bilapun ia perlukan."


"Kecantikan seorang wanita bukanlah

dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia

tampilkan, atau bagaimana ia menyisir

rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus

dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,

tempat dimana cinta itu ada."

Hati Bersendirian di Masa Kini

Penantian sudah berakhir...

Hari ini merupakan hari yg paling berdebar-debar dan hari yg ditunggu-tunggu oleh sahabat2 SPM dan STAM..penantian ini membawa pelbagai rasa..ada yg takut,ada yg gembira,ada yg ketaq dan ada yg sakit...alhamdulillah hari nie merupakan hari yg memberi seribu tanda tanya bg semua...adakah kejayaan yg akan dibawa ataupun kegagalan yg mengecewakan??

Pd dasar hati sungguh berat utk mengucapkannya..
ketika saat ini,hati tinggal bersendirian utk meluahkan persaan yg terbuku di hati dr pg td sehingga skrg..tiada seorg sahabat yg faham apa yg dirasa..dimana kawan2 ku???knapa mereka tidak bersama ku???
sungguh sakit utk menerima keputusan SPM yg akan menentukan kejayaan kita semasa menjadi seorang pelajar..sekarang apa yg difikir adalah halatuju pd msa depan..apa yg hrus ku lalui???apa yg hrus kupilih??adakah pilihan sendiri dgn pilihan org lain hrus mnjdi masalah pd diriku???

Ya Allah tunjukkanlah jalan yg kau redhai pada ku..beriknlah kemudahan bgku utk menerima kehendak-Mu..

Glitter Words

Salam Maulidur Rasul

Salam Ukhuwah para pembaca semua, sempena memperingati tarikh kelahiran baginda Nabi kita, marilah sama-sama kita belajar tentang sambutannya seketika…

Hari Maulud (kelahiran) Nabi Muhammad SAW bertujuan untuk memuliakan Nabi Muhammad SAW berasaskan firman Allah dalam Al-Quran (terjemahannya ) :-
“maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung.”Al-Araf: 157

Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.

Hari Maulud pertama kali diselenggarakan oleh Sultan Salahudin al Ayyubi ketika menghadapi pasukan salib bagi membakar semangat berjuang dan berkorban, untuk menyelamatkan umat Islam dan sebagai memperingati kejayaan Sultan Salahuddin al Ayyubi berhasil memimpin tentera Islam memasuki Jurusalem.

Terdapat 2 pendapat mengenai Maulud Nabi, iaitu pendapat pertama melakukannya adalah satu perbuatan yang dianjurkan bagi umat Islam.

Pendapat kedua pula menyatakan menyambut hari Maulud adalah satu bidaah disebabkan ia tidak pernah dilakukan semasa zaman Rasullullah dan para sahabat.

Menurut pendapat pertama, hujah mengapa Maulud Nabi boleh diraikan adalah :-
Bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W. datang ke Madinah maka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi S.A.W. bertanya kepada orang yahudi itu: “Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?” Jawab mereka: Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan.

Maka Nabi S.A.W. berkata:
“Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu.”
Riwayat Bukhari dan Muslim.

Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata bahawa dari hadis ini dapat dipetik hukum:
Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, israk mikraj dan lain-lain.

Nabi pun turut memperingati hari tenggelamnya Firaun dan bebasnya Musa, dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.



p/s: sama-sama lah kita perbanyakkan selawat keatas junjungan nabi Muhammad S.A.W..

Kasih Sayang ALLAH



Firman ALLAH swt yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya kami akan memberikan percubaan sedikit kepada kamu seperti ketakutan , kelaparan , kekurangan harta , jiwa dan buah-buahan dan sampaikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”(Al-Baqarah:155)

Musibah ialah bencana , malapetaka atau kecelakaan , juga boleh ditafsirkan sesuatu yang tidak baik, menggugat ketenangan dan mendatangkan penderitaan.

Musibah ALLAH swt turunkan bukan sahaja dalam satu bentuk , malah berbagai-bagai bentuk seperti kecelakaan , kesakitan , kekalahan dan sebagainya.

Bila musibah itu berlaku…?Wallahualam ,hanya ALLAH swt yang Maha Mengetahui tetapi itulah janji ALLAH swt …kita pasti akan diuji dengan musibah.

Namun begitu,tatkala musibah melanda ,berapa ramaikah di antara kita yang mengucapkan syukur dan meredhai musibah yang ALLAH swt turunkan, dengan memanjatkan doa:
“Sesungguhnya kami milik ALLAH dan akan kembali kepada ALLAH ,Ya ALLAH! Kepada-Mulah aku memberitahu musibah yang aku deritai ini,maka berilah aku ganjaran kerananya dan musibah itu bagiku dengan kebajikan."

Ramai diantara kita,apabila dilanda masalah ,barulah kita tersedar daripada lamunan dan kealpaanKetika itulah kita sujud menyembah ALLAH,melakukan Qiamullail,memanjatkan doa bahkan menitiskan airmata , beramal ibadat lebih daripada biasa dan kurang berkata-kata kerana berfikir bagaimana untuk menyelesaikan musibah yang melanda.

Bukankah setiap kebajikan yang kita lakukan akan dibalas dengan pahala ?Bersabar menempuh segala ujian ALLAH swt juga pastinya dibalas dengan pahala.

Sesungguhnya ,tanpa musibah ,kita tidak akan berasa segala macam penderitaan ,kita tidak akan berasa bagaimana untuk mengawal nafsu amarah ,bagaimana mendidik hati ,bagaimana mencari jalan penyelesaian dan paling penting kita dapat merasakan hanya ALLAH swt bukan hanya melalui kegembiraan ,kekayaan,kemenangan dan kesihatan tetapi juga melalui musibah.

Sesungguhnya kasih sayang ALLAH swt bukan hanya melalui kegembiraan ,kekayaan , kemenangan dan kesihatan tetapi juga melalui Musibah.

Tanda-tanda Allah kasih kepada kita :
  • dibuka hatinya untuk cinta amal soleh
  • Allah jadikan kayanya di dalam hati
  • Allah masukkan taqwanya dalam hati
  • Allah jadikan dirinya penasihat kpd dirinya
  • Allah jadikan seluruh manusia berhajat kpdnya
  • Allah mencelanya dlm mimpi
  • Allah buka hatinya untuk mencari & menghayati kebenaran
  • Allah jadikan dirinya sedar apa yg dilakukannya
  • Hatinya sejahtera dan tenang
  • Lidahnya sentiasa bercakap benar
  • Akhlaknya istiqamah
  • Telinganya suka mendengar kebenaran
  • Matanya celik( nampak kebenaran, kebaikan, halal dan haram )
  • Memandang sesuatu dgn pandangan mata hati
  • Suka belajar ilmu agama
  • Allah jadikan zuhud daripada dunia
  • Allah nampakkan keaiban dirinya
  • Allah segerakan balasan di dunia

Berkata Imam Syafie :

3 Perkara Mulia:

  • Pemurah ketika sedikit
  • Wara walaupun bersendirian
  • Berkata benar walaupun terhadap org yg diharapkan atau ditakuti

p/s : Oleh itu marilah kita bersama memperbanyakkan amal ibadat dengan berzikir ,berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.Membaca Al-quran ,berqiamullail ,muhasabah diri ,membaca buku-buku ilmiah dan semoga kita sentiasa redha dengan apa jua musibah yang ALLAH swt turunkan kepada kita walaupun amat perit untuk ditanggung.

Assalamualaikum warahmatuLLAH....
Atikel ni untuk dikongsi bersama dan renung2kan serta fikir2kanlah....


Seorang,dahulunya sepasang matanya
yang bersinar sentiasa dijaga,sentiasa menjaga pandangan.
Pabila si teruna memandang, dia tertunduk.
Ketika berjalan, matanya selalu memandang ke lantai,
hatinya menggerakkan kaki menuju ke destinasi.
Melihat pabila perlu dan baik untuk dipandang.

Kini, sinaran matanya kian pudar.
Ekor matanya terkadang meliar.
Kerap juga matanya melimpahi air tanda ketenangan hatinya terganggu.
Pabila si teruna idaman hati memandang,
hatinya berdebar, panahan si teruna hebat dicabar.
Terkadang membuatkan si teruna sendiri tertunduk tewas.

Dahulu, telinganya sentiasa juga dijaga.
Mendengar segala-galanya, samaada yang baik atau yang buruk.
Tetapi,yang buruk hanya di dengar dengan fahaman kosong,
tidak mengiyakan,tidak mengikut atau menokok.
Segala baik yang didengar dilekatkan didalam hati dengan teguh
dan dijadikan pedoman buat melalui hidup yang penuh dugaan
demi mendapat redhaNYA.

Kini, telinganya dihidangi dengan lagu-lagu rancak yang melalaikan,
mendengar umpatan, hinaan dengan mulutnya pasti mengiyakan dan menokok.
Sedikit-sedikit perkara baik yang didengari
kian luntur dari hati dan pegangan.

Dahulu, bibir yang mungil sentiasa diukir senyuman.
Berkata bila sahaja yang perlu.
Pabila si teruna menegur,dia hanya tersenyum.
Bukan menggoda,tetapi satu isyarat bahawa dia tidak perlu disapa tanpa tujuan.
Bila si teruna bertanya tentang ilmu,
pasti dijawab penuh dengan keikhlasan tanpa niat yang berlainan.
Cukup sekadar jawapan.
Waktu kosongnya pasti diisi dengan puji-pujian kepada maha pencipta dan rasulNYA.

Kini, bibirnya sentiasa berkata-kata walaupun dengan si teruna.
Senda gurau dan gelak tawa sentiasa tersaji walaupun di hadapan teruna.
Terkadang senyuman juga digunakan bagi menggoda.

Dahulu, hatinya sentiasa dijaga walaupun terkadang sedikit tercalar.
Tetapi hati itu pasti dipulihkan kembali
dengan satu solat pembersihan dengan penuh khusyuk dan tawadduk.
Hatinya walaupun dilukai, pasti terlihat jua senyuman dibibir.
Hanya mengadu kepadaNya bagi mengubati luka dihati.
Hatinya sentiasa diisi dengan kecintaannya kepada Ilahi.
Ketenangan hatinya sentiasa tergambar diwajahnya.

Kini, hatinya sentiasa tercalar.
Ketenangannya sentiasa diragut.
Solat pembersih diri semakin berkurangan
dengan kesibukan rutin harian menjadi alasan.

Hari ini, seorang sahabatnya telah menyedarkan dirinya dari lena yang panjang.
Suatu ketika, fikirannya seakan terhenti.
Suatu ketika,fikirannya ligat berputar memikirkan perkara-perkara 'dahulu',
Suatu ketika, fikirannya mengingati perkara-perkara 'kini',
dan suatu ketika,fikirannya pantas melakukan kira-kira perkara 'dahulu' dan 'kini',
melakukan perbandingan dan mencongak keburukan dan kekurangan diri.

"DisakitkanNya kita sekejap tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya,disusahkan sedikit agar insaf, namun segera disenangkan semula, itulah belaianNya.Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang,namun tidak lama kerana kasihNya.Dipanggil-panggil kepadaNya untuk meminta itu dan ini.Tuhan amat melayani hambaNya tetapi hamba langsung tidak peduli."

Hari ini, matanya sekali lagi dilimpahi air.
Bukan kerana terguris,tetapi setitik air matanya mewakili kekesalan hati
atas pekara-perkara 'kini' yang dilakukannya.

Hari ini, telinga dan mulutnya seakan terkunci.
Kesal dan terguris dek hari-hari 'kini' yang tersasar jauh dari landasan keimanan insan dan menyedihkan .

Hari ini, hatinya diruntun sayu,terharu atas nikmat hidayah dan peluang
yang telah diberikan oleh yang Maha Pencipta kepada dirinya.

Hari ini, dia cuba menyatukan mata,telinga, mulut dan juga hati dengan kukuh.
Cuba mencari kekuatan,
cuba membulatkan tekad,
cuba menyimpul semula keimanan demi mendapatkan redha yang Maha Esa.

Supaya 'hari ini dan selamanya' harinya sentiasa mendapat cahaya dari pencipta. Supaya 'hari ini dan selamanya' harinya, matanya akan kembali bersinar.
Supaya 'hari ini dan selamanya' harinya, telinganya sentiasa terjaga.
Supaya 'hari ini dan selamanya' harinya, bibirnya sentiasa terukir senyuman ikhlas dan mengucapkan yang keperluan dan mengisyaratkan batasan.
Supaya 'hari ini dan selamanya' harinya, hatinya kembali tenang dan kembali terisi
dengan kecintaan kepada Ilahi...

Hari ini dan selamanya, perjalanannya seperti roda,
harapannya hanya satu,agar mendapat keredhaan Ilahi tanpa tersasar dari landasan iman.
Satu harapan bagi setiap insan beriman yang sentiasa hanya mengharap cinta Ilahi.
Dari cintaNya kita berasal,Dan atas nama cinta Dia menciptakan kita
Kerana cinta kita mendatangiNya
Dan demi cinta juga kita kembali kepadaNya…

Jenis Nafsu

NAFSU AMMARAH
Nafsu yang sentiasa mendorong dan menyuruh manusia melakukan kejahatan, dan berasa gembira serta bangga dengan kejahatannya.

NAFSU LAWWAMAH
Mengetahui dengan ilmunya bahawa perbuatan jahat dan dosa itu salah, tetapi masih melakukan perbuatan tersebut. Oleh itu, dia menyesal di atas perbuatan jahatnya itu.

NAFSU MULLHAMAH
Jiwanya banyak terkumpul dengan sifat-sifat baik akan tetapi jiwanya memerlukan kesabaran, tabah dalam mujahadah dan sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah S.W.T.

NAFSU MUTMAINNAH
Nafsu ini ialah nafsu yang tenang dan tenteram ketika mengingati Allah S.W.T dan sentiasa dekat dengan Allah S.W.T.

NAFSU RADHIAH
Jiwa yang reda terhadap Allah S.W.T, sentiasa dalam keadaan selamat sejahtera, mereka puas dengan nikmat kurniaan Allah S.W.T.

NAFSU MARDHIAH
Jiwanya sentiasa mendapat keredaan Allah S.W.T. Bukti keredaan Allah S.W.T dapat dilihat daripada akhlaknya yang mulia, mempunyai sifat ikhlas dalam amalannya.

NAFSU KAMILAH
Jiwa yang sempurna, jiwanya berada pada peringkat tinggi, sempurna, memiliki sifat-sifat diri yang baik dan sempurna.

Apakah jenis nafsu yg wujud dalam hati saudara dan saudari???
Sama-samalah kita memperkemaskan kembali nafsu yg buruk kepada yg baik
..

p/s : ana terkejut bila dapat tau ada jenis-jenis nafsu pd diri kita ini yg sama dengan nama adik-beradik ana..Antaranya,Kak Mardhiah,Kak Kamilah dan adik Radhiah..yg memberi persamaan kpd jenis nafsu MARDHIAH,nafsu KAMILAH dan nafsu RADHIAH..ana harap makna kpd nafsu tersebut wujud dlm diri adik-beradik ana dan kpd ana sendiri serta sahabat2 yg lain.

Juara

Tahukah anda pembaca, asal kejadian saudara?

Terjadinya saudara adalah hasil pertemuan sperma dari bapa dan telur dari ibu. Di saat terpancutnya mani maka berenang-renanglah saudara berserta beratus ribu sperma lain. Terjadinya sau peraduan renang yg hebat. Lebih hebat dari olimpik. Betapa tidak..Pertama, dalam peraduan renang olimpik hanya beberapa puluh peserta sahaja sedangkan peraduan ini mengandungi ratusan ribu peserta. Kedua, lorong renang Olimpik lurus, bergarisan dan luas sedangkan peraduan ini lorongnya berliku-liku hebat, jauh, penuh rintangan dan berhimpit-himpit dengan peserta-peserta lain. Ketiga, peraduan renang Olimpik menjanjikan tiga hadiah (emas,perak dan gangsa) sedangkan peraduan ini hanya satu mempunyai satu hadiah(sebiji telur). Keempat, yg kalah di peraduan ini beerti kematian. Kelima, yg menang di Olimpik terjamin mendapat hadiah tetapi menang di peraduan ini belum pasti terus hidup. Banyak lagi rintangan dan dugaan.

Demikian hebatnya peraduan renang ini sehingga ramailah perenang yg tersangkut di ranjau2 sepanjang jalan. Namun saudara terus mara. Akhirnya sampailah ke garisan penamat. Selain dari saudara ramailah perenang lain turut sampai. Maka berlakulah perebutan mencuba hendak bercantum dengan telur. Akhirnya hanya seorang pemenang. Itulah saudara!! Adakala terdapat dua,tiga,empat atau lima pemenang. Jadilah kembar. Tapi selalunya seorang saja pemenang. Alangkah bangganya, alangkah gembiranya kerana saudaralah JUARA.

Dari saat itu bermulalah pula ujian dan dugaan baru. Kadang-kadang ibu turun darah, keguguran. Namun selalunya si Juara terus berpaut teguh pada rahim ibu sehingga beberapa bulan.

Walau dalam keadaan sarat, ibu-ibu masih kuat dan rajin bekerja. Adakalanya ibu tergelincir. Bergegarlah gantungan si Juara namun terus berpaut teguh hinggalah sampai waktunya.

Bila sampai waktunya alangkah sukar untuk keluar. Kepala besar, badan besar sedangkan pintu keluar kecil. Si Juara terus bergerak mengasak. Sedikit..Sedikit..Sudah kelihatan cahaya.Lagi..Lagi..Ah!! Keluar semua..Waaa....!!!!!

Samada anak Melayu, Jawa, Aceh, Cina, India, Inggeris jeritannya sama. Waaaa....!!! Itulah jeritan JUARA. Jeritan memberitahu pada dunia :

*AKULAH JUARA

*AKU SUDAH DATANG

Hebat jeritan itu. Lebih hebat dari jeritan sebaik mengalahkan sang singa.

Dengan segera ayah datang membisikkan Qamat/Azan. Begitu baru saudara datang ke dunia begitu segera pula saudara terdengar suara halus (tapi seni segala seni) di cuping telinga seruan yang antara lain menyeru saudara menuju kejayaan. Haiyaalalfalah, Haiyaalalfalah!!!


Muara Cinta

Pernah dahulu aku memiliki
sebentuk cinta, cinta indah mempesona
namun kini baru kusadari
semua itu tipu daya dunia

Kini telah aku temukan
arti cinta, cinta abadi hakiki
yang tak menyisakan kesia-siaan
kurasakan segalanya penuh makna

Allah...ajarkan diriku
memahami arti cinta
yang sejati dalam hidup ini

Bukan...atas dasar nafsu belaka
yang senantiasa melenakan
dan menyesatkan jiwaku

Allah...sucikan hatiku
luruskan niatku
untuk jadikan diri-Mu
muara dari segala
cintaku...


Anda Ingin Lebih Cantik dan Menarik???

1.Jadikanlah tunduk pandangan sbg hiasan mata anda,nescaya anda semakin bening dan jernih.

2.Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda,nescaya akan semakin manis.

3.Gunakanlah "pemerah pipi" anda dgn kosmetik yang terbuat drpd nada rasa malu yg dibuat dr Salon Iman.
(IMAN ADA 70 CABANG)

4.Pakailah "sabun istighfar" yg menghilangkan semua dosa dan kesalahan yg anda lakukan.

5.Rawatlah rambut anda dgn "selendang islami" yg akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yg membahayakan.

6.Hiasilah kedua tangan anda dgn "gelang tawadhu' " dan jari-jari anda dgn "cincin ukhuwah".

7.Sebaik-baiknya kalung anda adalah "kalung kesucian".

8.Bedakilah wajah anda dgn "air wudhu' ",nescaya akan bercahaya di akhirat.
(WUDHU' YANG SEMPURNA)


Ukhuwah Dalam Memimpin

Ukhuwah adalah satu ikatan kasih sayang yang melahirkan perasaan belas kasihan, bertimbang rasa terhadap Islam. Ia adalah anugerah daripada Allah kpd yg ikhlas di kalangan hambanya para penolongnya, pengikut dan kelompoknya yg berjiwa bersih dan suci.

Allah subhanahu wa ta'ala berfirman :

"...Dialah yg menguatkanmu dgn pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yg beriman. Dan (Dialah) yg menyatupadukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yg ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat jua menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
(Surah Al-Anfal ;62-63)

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Perbandingan orang-orang Mukmin dalam erti kata kasih sayang mereka, perasaan belas kasihan mereka, dan timbang rasa mereka itu adalah laksana satu badan".

Umat Islam sentiasa dititikberatkan agar menyemai benih-benih persaudaraan sesama saudara Islam secara umumnya dan antara pemimpin dan pengikut secara khususnya. Bagi pemimpin dia merupakan kepala kpd badan organisasi yg menentukan tujuan, matlamat dan mengatur dan mengawasi segala perancangan. Selain itu juga pemimpin merupakan lambang kesatuan (wehdah) dan kerapian organisasi. Telah menjadi perkara yang dimaklumi bahawa kesatuan adalah lambang kekuatan. Ianya hanya akan tercapai bila mana ukhuwah tumbuh subur di dlm diri mereka(pemimpin dan pengikut). Tetapi berapa ramaikah yg benar-benar memahami hakikat ukhuwah dan persaudaraan itu? Bukanlah dimaksudkan persaudaraan jika persekitaran individu itu hanya dikelilingi oleh ribuan pengikutnya atau lebaran senyuman yg dipersembahkan kpdnya dan bukan juga rentakan kaki senada dan seirama, setia mengikut apa sahaja tetapi apa yg dikehendaki dgn ukhuwah ialah mengikat antara hati dan jiwa dgn ikatan akidah yg merupakan ikatan yg paling kuat dan tinggi. Ukhuwah(persaudaraan) adalah saudara iman, manakala tafarruq(perpecahan) ialah saudara kufur.

Oleh itu dibawah naungan kasih sayang dan persaudaraan akan tercapailah kpd beberapa marhalah menuju kesempurnaan sesuatu organisasi. Antaranya ialah :

KERJASAMA: setiap individu sentiasa bersiap sedia dgn menyumbang tulang empat kerat bg melicinkan serta memantapkan lg gerak kerja.

WEHDATUL FIKR: meningkatkan persefahaman anggota kpd matlamat dan halatuju yg satu agar dpt mengelak drpd perbalahan atau perpecahan.


Anda Boleh !!!!

Jika Anda Fikir Anda Boleh

Andainya Anda Fikir Anda Tewas, Anda Akan
Pasti Tewas,Bila Anda Fikir Anda Takut,
Anda Akan Takut.

Jika Anda Ingin Menang,
Tetapi Anda Fikir Anda Tidak Boleh,
Besar Kemungkinan Anda Tak Akan Menang.

Jika Anda Fikir Anda Kalah, Anda Akan Kalah,
Kerana Kejayaan Bermula Dari Niat
Iaitu Apa Yang Tertanam
Dalam Mindanya.

Jika Anda Fikir Anda Tersisih,
Anda Betul Akan Tersisih.
Anda Patut Berjiwa Besar Untuk Maju.
Anda Patut Yakin Pada Diri Sebelum Anda Boleh
Mengharapkan Kemenangan.

Kejayaan Hidup Tidak Sentiasa Diperolehi
Oleh Insan Yang Kuat Dan Pantas.
Lambat Laun Insan Yang Menang Ialah
Mereka Yang Fikir " AKU BOLEH "!!!!