Solat ini hanya boleh dikerjakan di bulan Ramadhan sahaja. Hukumnya- Sunnah Muakkadah. Masanya- setelah seseorang itu mengerjakan solat fardu Isyak. Afdal (utama) dikerjakan berjemaah di masjid. Boleh dikerjakan bersendirian sahaja.
Menurut hadis Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah maksudnya: "Adalah Rasulullah S.A.W sangat sukacita menganjurkannya supaya beramal di malam-malam bulan Ramadhan, hanya baginda itu tidak menganjurkannya dengan keras. Baginda bersabda: "Siapa yang menunaikan solat pada malam-malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan semata-mata kerana Allah nescaya diampunkan oleh Allah dosa-dosanya yang lalu".