IBU TERCINTA
Ibu pernah mengusirku keluar dari rumah
tetapi menangis ketika aku susah
ibu tak boleh memejamkan mata
bila adikku tak boleh tidur kerana lapar
Ibu akan marah besar
bila kami merebut makan
yang bukan hak kami
ibuku memberi pelajaran keadilan
dengan kasih sayang
ketabahan ibuku berusaha
mengubah rasa sayur murah
jadi sedap...
ibu menangis ketika aku mendapat susah
ibu menangis ketika aku bahagia
ibu menangis ketika adikku mencuri sepatu
ibu menangis ketika adikku keluar penjara
ibu adalah hati yang rela menerima
selalu disakiti oleh anak-anaknya
penuh maaf dan ampun
kasih sayang ibu
adalah kilau sinar keajaiban Tuhan
membangkitkan haru insan
dengan kebajikan
ibu mengenalkan aku kepada Tuhan
Oh,Tuhan...kau berilah Syurga Firdausi untuk ibuku yang tercinta...