Kenangan A1P5(Account), Kmk Slideshow: Mujahidah’s trip to Changloon (near Kangar), Perlis, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kangar slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Kenangan 2009

SELAMAT DATANG WAHAI
RAMADHAN AL-MUBARAK


Ramadhan ialah bulan umat Muhammad SAW. Rasulullah SAW bersabda: Jika umatku mengetahui akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan, nescaya umatku menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu ialah Ramadhan semuanya.

Di antara kelebihan yang telah disediakan oleh Allah di dalam bulan Ramadhan ialah:
Ø  Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.
Ø  Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran  sama seperti amalan fardhu.
Ø  Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian; Bahagian yang pertamanya dipenuhi dengan rahmat Tuhan. Bahagian yang keduanya dipenuhi dengan keampunan Tuhan dan bahagian yang akhirnya ialah pembebasan daripada api neraka Allah SWT.
Ø  Bulan Ramadhan ialah bulan yang tidak akan ditolak doa yang berdoa ikhlas kerana Allah.
Ø  Bulan Ramadhan ialah bulan yang segala amal ibadat seperti membaca al-Quran, bersolat, berzikir, berselawat, berdoa, bertaubat akan dirasakan manis oleh orang yang melakukan hanya untuk mendapat keredhaan Allah.