Kasihanilah diriku.. Kepada siapakah lagi hendak ku harapkan belas kasihan jika tidak Engkau yang mengasihaniku.. hambamu yang dhaif ini.. Sesungguhnya hatiku ini meronta-ronta.. meminta agar aku dipilihMu untuk menjadi seperti mereka yang sudah pun tenggelam di dalam kecintaan-Mu… walaupun aku tahu.. hatiku.. amalanku.. dan keikhlasanku belum tentu ianya diterima oleh Mu.. sebesar debu pun ia tidak bernilai di sisi-Mu …Manakala dosaku pula tidak dapat terhitung lagi… Betapa jauhnya aku dengan-Mu…
Wahai Tuhanku..
Tuhanku yang ku cintai
Inginku tangisi semahu-mahunya.. tatkala ku kenangkan nasibku yang tidak terjamin ini.. entah berapa panjangkah lagi usiaku untuk ku berkhidmat kepada-Mu..?Mungkingkah baki usiaku ini, ,mampu untuk ku sampai kepada cinta qudus-Mu..?Atau adakah aku tidak sempat meraih cinta-Mu sebelum bertemu dengan-Mu…nauzubillah…Atau adakah si penipu ini akan dapat mengecapi cinta-Mu ? Apakah dayaku untuk memilih nasib, sedangkan diriku ini sedang berada di dalam pentadbiranMu… Hanya dapat ku menanti dan redhalah daku dengan ketentuan-Mu… Aku redha menerima apa jua yang engkau sediakan untukku…kerana Engkau adalah Tuhan yang Maha Berkuasa ke atas ku...
Wahai Tuhan
Tatkala ku melihat kedudukan ku pada Mu… memang tidak selayaknya aku menerima cinta-Mu kerana cintaku pada-Mu tidak setimpal untuk ku menerima anugerah-Mu.. Terasa malunya aku menyatakan cinta kepada-Mu… wahai Tuhan… Apabila ku fikirkan ini semua, hatiku ini tidak mampu untuk berbuat apa-apa lagi… hanya titisan air mata sahaja yang menjadi jawapan… dan member kepuasan hatiku untuk menterjemahkan segala perasaanku, mengharapkan Allah… Tuhan sekalian hamba yang mencintai-Mu. Apabila Engkau hadir di dalam hatiku… segala apa yang wujud di sisiku, tiada bernilai dan bahagia di hati insan… namun bagiku, terlalu bahagia pula aku dengan Mu… Terima kasih Tuhanku…Aku bersyukur di atas nikmat yang kau berikan kepadaku…
Ya… Rabbal ‘Alamin
Kalaulah aku mengenali-Mu… pastilah hancur serta luluhlah hati hamba-Mu ini, kerana tidak sempat mengingati yang lain… Hati dan jiwa ku hanya terpaku pada Mu… Jika hamba-hamba Mu mengenali setiap kehebatan dan keagungan Mu… satu kuasa yang mutlak yang kau miliki… Maha Gagah dan Maha Perkasa… Maha Pembalas Dendam… nescaya kecutlah hati mereka... Wahai Tuhanku… Andainya aku benar-benar mengenali Mu, matilah segala angan-anganku… kerana teramat bimbang takut berbuat dosa… dan sudah tentu takut… gementar…gentar dan segalanya akan menerpa di jiwaku…
Ya Allah… Wahai Tuhan
Betapa bertambah cinta ini…mengasyikkan di perasaan cinta… Betapa takutnya aku jika nikmat Mu ini ditarik dari jiwaku… Sesungguhnya apa yang ku impikan… agar suatu hari nanti, hatiku ini hanya sibuk
Wahai Tuhanku…
Setiap kali aku teringatkan Mu… pasti aku terharu mengenangkan diriku… hanya seorang hamba yang tidak berguna… maha bodoh, kerana masih tidak mampu melawan nafsu duniaku… Inilah diriku wahai Tuhan… Walau apa pun aku hanba-Mu jua…