Kenangan A1P5(Account), Kmk Slideshow: Mujahidah’s trip to Changloon (near Kangar), Perlis, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kangar slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Kenangan 2009

TETAMU Utama Di Hati


Tetamu datang membawa rahmat. Perginya mengeluarkan dosa kita. Sebab itu tetamu menduduki tempat yang utama di hati para salafussaleh. Bagi salafussaleh, pada malam yang pada siang esoknya hari menerima tetamu, malam itu adalah malam hari raya, betapa sibuknya mereka membuat persiapan dan gembiranya hati mereka menerima tetamu.
          Berkata saidatina Aisyah r. ha. :Tidak termasuk sebagai pembaziran di dalam menyediakan makanan yang enak untuk tetamu.
          Betapa berharganya tetamu pada mereka sehingga nabi Allah Ibrahim a.s sanggup berjalan kaki berbatu-batu hanya tujuannya ialah untuk mencari tetamu agar mereka dapat berkunjung ke rumahnya. Dengan sebab itulah nabi Ibrahim a.s digelar dengan ‘Abu Dhaif yang bermaksud Bapa Tetamu.
           Orang yang tidak lokek dengan tetamu ialah orang yang pemurah.  Pemurah adalah sifat yang terpuji di dalam agama. Sebab itulah ada hadis yangmenyebutkan bahawa: “Tidak diangkat seseorang ke mertabat wali Allah sehingga sifat kemurahan dan keperibadian yang mulia itu menjadi jati dirinya”.