Kenangan A1P5(Account), Kmk Slideshow: Mujahidah’s trip to Changloon (near Kangar), Perlis, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kangar slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Kenangan 2009


~IFTOR PERDANA dan MESYUARAT PERLANTIKAN ALUMNI MMPS~





Majlis Iftor Alumni MMPS
~sebagai wadah bekas2 pelajar utk berkumpul..

Assalamualaikum shabat2 semua....mari sertai bersama saya MAJLIS IFTOR PERDANA SERTA MESYUARAT  PERLANTIKAN ALUMNI....spa2 yg blum diinvite msuk ke group “ALUMNI MMPS (POKOK SENA)” tersebut,sila2 la msuk..
Pastikan sahabat2 hadir!
-comfirmkan status kehadiran anda kpada wakil batch masing2..


Perhatian kepada bekas2 plajar batch 2010 semua...bayaran bleh dibuat kpd Mohd Shafiq & Shahida Fariha..klu ada sbrg kesulitan utk membayar,apa2 pun comfirmkan kehadiran sahabat2 smua terlebih dahulu kpada wakil batch anda..anda blh menghubungi ajk yg tersebut diatas dgn contact or inbox kpd mereka....wa'allahualam


Perhatian kepada bekas2 plajar batch 2009 semua...bayaran bleh dibuat kpd Muhammad Shauqi Elias & nurul shifa (Virgo's Violet)..klu ada sbrg kesulitan utk membayar,apa2 pun comfirmkan kehadiran sahabat2 smua terlebih dahulu kpada wakil batch anda..anda blh menghubungi ajk yg tersebut diatas dgn contact or inbox kpd mereka....wa'allahualam

batch lain juga dijemput...jika anda ingin sertai majlis tersebut sila maklumkan kehadiran anda kpd saya sendiri atau ajk2 penaja penubuhan ALUMNI MMPS yg lain...

p/s :  segala masalah atau pertanyaan/kemyushkilan bolehlah menghubungi ammar mustaffa (013 4157517) atau mohd shafiq (013 4427435).. Pihak penganjur sangat mengharapkan sumbangan untuk melancarkan iftor tersebut dan untuk kegunaan alumni pada masa akan datang.. harap maklum dan respon segera kehadiran anda sebelum 19 0gos 2011/19 Ramadan 1432H untuk tempahan makanan..

SELAMAT DATANG WAHAI
RAMADHAN AL-MUBARAK


Ramadhan ialah bulan umat Muhammad SAW. Rasulullah SAW bersabda: Jika umatku mengetahui akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan, nescaya umatku menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu ialah Ramadhan semuanya.

Di antara kelebihan yang telah disediakan oleh Allah di dalam bulan Ramadhan ialah:
Ø  Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.
Ø  Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran  sama seperti amalan fardhu.
Ø  Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian; Bahagian yang pertamanya dipenuhi dengan rahmat Tuhan. Bahagian yang keduanya dipenuhi dengan keampunan Tuhan dan bahagian yang akhirnya ialah pembebasan daripada api neraka Allah SWT.
Ø  Bulan Ramadhan ialah bulan yang tidak akan ditolak doa yang berdoa ikhlas kerana Allah.
Ø  Bulan Ramadhan ialah bulan yang segala amal ibadat seperti membaca al-Quran, bersolat, berzikir, berselawat, berdoa, bertaubat akan dirasakan manis oleh orang yang melakukan hanya untuk mendapat keredhaan Allah.

Ibu Tercinta



IBU  TERCINTA


Ibu pernah mengusirku keluar dari rumah
tetapi menangis ketika aku susah
ibu tak boleh memejamkan mata
bila adikku tak boleh tidur kerana lapar
Ibu akan marah besar
bila kami merebut makan
yang bukan hak kami
ibuku memberi pelajaran keadilan
dengan kasih sayang
ketabahan ibuku berusaha
mengubah rasa sayur murah
jadi sedap...

ibu menangis ketika aku mendapat susah
ibu menangis ketika aku bahagia
ibu menangis ketika adikku mencuri sepatu
ibu menangis ketika adikku keluar penjara

ibu adalah hati yang rela menerima
selalu disakiti oleh anak-anaknya
penuh maaf dan ampun
kasih sayang ibu
adalah kilau sinar keajaiban Tuhan
membangkitkan haru insan
dengan kebajikan
ibu mengenalkan aku kepada Tuhan

Oh,Tuhan...kau berilah Syurga Firdausi untuk ibuku yang tercinta...

Kebangkitan Islam Kali Ke-2


Kebangkitan islam kali ke-2
''dan tlh mengeluarkn
ibni abi syaibah dan nu'aim bin hammad dlm al fitan dan ibnu majah dan abu nu'aim dari ibnu mas'ud katanya ketika kami berada disisi Rasulullah saw,
tiba-tiba dtg sekelompok ank-ank muda dari kalangan bani hasyim.
Apabila terlihat mereka maka kedua mata rasulullah berlinang air mata dalam merah muka berubah
aku pun bertanya
''mengapakah kami melihat pada wajahmu sesuatu yg kami tidak sukai?
Rasulullah menjawab:
''kami ahlul bait telah allah pilih utk kami akhirat lebih dari dunia,
kaum kerabarku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak,
sampai dtgnya suatu kaum dr TIMUR yg membawa bersama panji-panji berwarna hitam.
Mereka meminta kebaikan,
ttpi tdk diberikan,
maka mereka pun berjuang dan memperoleh kemenangan.
Lalu diberikan apa yg mereka minta itu,
tetapi
mereka tidak menerimanya hingga menyerahkn kpd seorg LELAKI dr kaum kerabatku yg menjadikan bumi dgn keadilan sebagaimana bumi dipenuhi kedurjanaan.
Sesiapa diantara kamu yg sempat menemuinya maka datangilahnya walaupun merangkak di ats salji

''sesungguhnya dialah al mahdi''

‎-COMPUTER TIPS-


-COMPUTER TIPS-
'Enter’ the masjid,
‘Forward’ your solat,
‘Download’ pahala,
‘Firewall’ your iman,
‘Backspace’ from syaitan,
‘Bookmark’ to ALLAH SWT,
’Delete’ ALLAH’s enemies,
‘Copy paste’ from the Al-Qur’an & Sunnah,
‘Help’ your muslim brothers n sisters,
‘File’ ur amal,
‘Edit’ ur akhlaq
‘View’ your good & bad deeds,
‘Search’ the straight and right path,
And InsyaALLAH you will never get ‘virus’
Jejak (Mars Korsad) - Izzatul Islam-Hendra







Menapaki langkah langkah berduri
Menyusuri rawa lembah dan hutan
Berjalan di antara tebing curam
Semua dilalui demi perjuangan

Letih tubuh di dalam perjalanan
Saat hujan dan badai merasuki badan
Namun jiwa harus terus bertahan
Kerna perjalanan masih panjang

Kami adalah tentara Allah
Siap melangkah menuju ke medan juang
Walau tertatih kaki ini berjalan
Jiwa perindu syahid tak akan tergoyahkan

Wahai tentara Allah bertahanlah
Jangan menangis walau jasadmu terluka
Sebelum engkau bergelar SYUHADA
Tetaplah bertahan dan bersiap siagalah


TERIMALAH DAKU

Wahai Tuhan…
 Siapalah aku untuk dipandang-Mu…
 Layakkah aku menjadi kekasih-Mu…
 Masih adakah buatku
 peluang untuknmendapat
 seperti para kekasih-Mu..
 Masih adakah peluang untukku…?
 Sedangkan
 berjuta manusia lebih mulia..
 lebih dipandang hati mereka
 dariku yang hina ini…?

 Ya Allah…
 Sudilah kiranya engkau menerimaku…
 Wahai Tuhan..
 Aku merayu kepada-Mu…
 Ya Allah…
 Bantulah hamba-Mu yang lemah ini
 Agar sentiasa diberi kekuatan
 Sekalipun nanti aku seorang diri…

 Ya Allah…
 Nasibku di dunia
 Untuk mendapat cinta-Mu tidak terjamin
 Di akhirat mungkinlah tidak bertempat…
 auzubillah…
 Sedangkan,
 Saidina Umar Abd Aziz mengatakan
 neraka seolah-olah diciptakan untuknya …
apatah lagi aku yang sangat berdosa ini…   
Wahai Tuhanku…
Terimalah daku.


HADIR KE HADRATMU….    
Inilah hatiku… 

TETAMU Utama Di Hati


Tetamu datang membawa rahmat. Perginya mengeluarkan dosa kita. Sebab itu tetamu menduduki tempat yang utama di hati para salafussaleh. Bagi salafussaleh, pada malam yang pada siang esoknya hari menerima tetamu, malam itu adalah malam hari raya, betapa sibuknya mereka membuat persiapan dan gembiranya hati mereka menerima tetamu.
          Berkata saidatina Aisyah r. ha. :Tidak termasuk sebagai pembaziran di dalam menyediakan makanan yang enak untuk tetamu.
          Betapa berharganya tetamu pada mereka sehingga nabi Allah Ibrahim a.s sanggup berjalan kaki berbatu-batu hanya tujuannya ialah untuk mencari tetamu agar mereka dapat berkunjung ke rumahnya. Dengan sebab itulah nabi Ibrahim a.s digelar dengan ‘Abu Dhaif yang bermaksud Bapa Tetamu.
           Orang yang tidak lokek dengan tetamu ialah orang yang pemurah.  Pemurah adalah sifat yang terpuji di dalam agama. Sebab itulah ada hadis yangmenyebutkan bahawa: “Tidak diangkat seseorang ke mertabat wali Allah sehingga sifat kemurahan dan keperibadian yang mulia itu menjadi jati dirinya”.                     

UZLAH SATU AGENDA

Seorang mukmin ialah seorang yang hatinya sentiasa bertumpu kepada Allah. Zahir dan batin mereka sentiasa menjauhi manusia. Inilah yang dinamakan uzlah. Mereka menggauli manusia hanya apabila ada keperluan yang dikehendaki agama.

                   Kata Hatim bin Al-Asam r.h. : Jadikanlah manusia itu seperti api, jangan kamu menghampirkan dirimu dengan api, melainkan setelah kamu berhajat kepadanya. Demekian juga kamu dengan manusia, apabila kamu menghampiri mereka, berhati-hatilah sepertimana kamu berhati-hati dengan api.
            
                   Berkata Abu Bakar Al-Waraq r.h. :  Tak payahlah kamu bercita untuk merasa ‘kemesraan Allah’ di hatimu selagi kamu suka sangat menggauli manusia. Dan kamu tidak usahlah bercita untuk mendapat keredhaan Allah selagi kamu sentiasa bercampur dengan ‘kegelapan’.  Demikian juga, tidak usahlah bercita untuk mendapat kasih dan cinta Allah, selagi kamu masih mencintai dunia. Dan kamu tidak mungkin memperolihi kelembutan hati nurani selagi di dalam hatimu tidak ada perasaan kasih belas kepada anak yatim.


               
                  Begitulah perhatian berat salfussaleh terhadap agenda uzlah. Kalaupun terpaksa bergaul dengan manusia, hati dijaga agar jangai sampai pergaulan itu memudharatkan perhubungan dengan Allah. Kalau tidak perlu menampilkan diri, diri tidak ditampilkan. Diri diketengahkan andai ada keperluan di sisi agama, maka diri ‘disembunyikan’, siapa pun tidak perlu mengenali mereka. 

Kalaulah aku mengenali mu


Ya Allah…
Wahai Tuhanku yang Maha Rahman
Kasihanilah diriku.. Kepada siapakah lagi hendak ku harapkan belas kasihan jika tidak Engkau yang mengasihaniku.. hambamu yang dhaif ini.. Sesungguhnya hatiku ini meronta-ronta.. meminta agar aku dipilihMu untuk menjadi seperti mereka yang sudah pun tenggelam di dalam kecintaan-Mu… walaupun aku tahu.. hatiku.. amalanku.. dan keikhlasanku belum tentu ianya diterima oleh Mu.. sebesar debu pun ia tidak bernilai di sisi-Mu …Manakala dosaku pula tidak dapat terhitung lagi… Betapa jauhnya aku dengan-Mu…

Wahai Tuhanku..
Tuhanku yang ku cintai
Inginku tangisi semahu-mahunya.. tatkala ku kenangkan nasibku yang tidak terjamin ini.. entah berapa panjangkah lagi usiaku untuk ku berkhidmat kepada-Mu..?Mungkingkah baki usiaku ini, ,mampu untuk ku sampai kepada cinta qudus-Mu..?Atau adakah aku tidak sempat meraih cinta-Mu sebelum bertemu dengan-Mu…nauzubillah…Atau adakah si penipu ini akan dapat mengecapi cinta-Mu ? Apakah dayaku untuk memilih nasib, sedangkan diriku ini sedang berada di dalam pentadbiranMu… Hanya dapat ku menanti dan redhalah daku dengan ketentuan-Mu… Aku redha menerima apa jua yang engkau sediakan untukku…kerana Engkau adalah Tuhan yang Maha Berkuasa ke atas ku...

Wahai Tuhan
Tatkala ku melihat kedudukan ku pada Mu… memang tidak selayaknya aku menerima cinta-Mu kerana cintaku pada-Mu tidak setimpal untuk ku menerima anugerah-Mu.. Terasa malunya aku menyatakan cinta kepada-Mu… wahai Tuhan… Apabila ku fikirkan ini semua, hatiku ini tidak mampu untuk berbuat apa-apa lagi… hanya titisan air mata sahaja yang menjadi jawapan… dan member kepuasan hatiku untuk menterjemahkan segala perasaanku, mengharapkan Allah… Tuhan sekalian hamba yang mencintai-Mu. Apabila Engkau hadir di dalam hatiku… segala apa yang wujud di sisiku, tiada bernilai dan bahagia di hati insan… namun bagiku, terlalu bahagia pula aku dengan Mu… Terima kasih Tuhanku…Aku bersyukur di atas nikmat yang kau berikan kepadaku…  
                                    
Ya… Rabbal ‘Alamin 
Kalaulah aku mengenali-Mu… pastilah hancur serta luluhlah hati hamba-Mu ini, kerana tidak sempat mengingati yang lain… Hati dan jiwa ku hanya terpaku pada Mu… Jika hamba-hamba Mu mengenali setiap kehebatan dan keagungan Mu… satu kuasa yang mutlak yang kau miliki… Maha Gagah dan Maha Perkasa… Maha Pembalas Dendam… nescaya kecutlah hati mereka... Wahai Tuhanku… Andainya aku benar-benar mengenali Mu, matilah segala angan-anganku… kerana teramat bimbang takut berbuat dosa… dan sudah tentu takut… gementar…gentar dan segalanya akan menerpa di jiwaku…

Ya Allah… Wahai Tuhan
Betapa bertambah cinta ini…mengasyikkan di perasaan cinta… Betapa takutnya aku jika nikmat Mu ini ditarik dari jiwaku… Sesungguhnya apa yang ku impikan… agar suatu hari nanti, hatiku ini hanya sibuk
Wahai Tuhanku…
Setiap kali aku teringatkan Mu… pasti aku terharu mengenangkan diriku… hanya seorang hamba yang tidak berguna… maha bodoh, kerana masih tidak mampu melawan nafsu duniaku… Inilah diriku wahai Tuhan… Walau apa pun aku hanba-Mu jua…
Tahukah anda?
Ada nama 5 solat fardhu dalam perkataan ISLAM. Baru disedari, tetapi hanya orang Kedah saja selalu guna.

I syak
S ubuh
L ohoq
A sar
M aghrib

KalAu bukan lughah qadahiyyah, xblh buat formula nama solat dalam perkataan ISLAM. Hayya nata'allam lughah qadahiyyah

Isra' dan Mikraj

{سبحن الذي أسرى بعبده, ليلا من المسجد الحرام إلى المسجد الأقصا الذي بركنا حوله, لنريه, من ءايتنا.إنه, هو السميع البصير.}

Maha suci Allah yg memperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad) pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa yg kami berkati sekelilingnya, untuk kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Allah Amha Mendengar dan Maha Melihat. (al-Israk:1)

Sempena Bulan Rejab yang mulia ini, sejarah merakamkan kisah yang sangat bermakna lagi simbolik dalam sejarah kemanusiaan iaitu Israk dan Mikraj. Kisah ini merupakan rentetan peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Muhammad saw. secara benar sebagai satu anugerah dan penghormatan Allah kepada baginda untuk memberikan satu pengiktirafan yang teragung kepada Penghulu Segala Nabi dan Rasul. Ia juga merupakan satu mukjizat yang tidak diberi kepada mana-mana rasul sebelum ini. Selain itu, ia juga adalah marupakan satu perutusan diraja untuk penyampaian anugerah yang paling agung iaitu Solat. Kesemua ibadat seperti zakat, puasa atau haji disampaikan melalui Jibril,tetapi solat oleh sebab ketinggian darjatnya, ia disampaikan secara lansung melalui satu peristiwa gemilang lagi kudus di antara Rabbul Jalil dengan Nabi Muhammad saw.Inilah detik teragung dan pengalaman yang paling manis buat Nabi Muhammad setelah mengalami tekanan perasaan apabila dua orang penyokong kuatnya iaitu Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib meninggal dunia.Perlu dinyatakan di sini bahawa oleh kerana kejadian ini berlaku secara ‘luarbiasa’ kita jangan sekali-kali mempertikalkan kesasehannya.Ia mesti dipandang sebagai satu kebenaran sebab ia adalah mukjizat Allah dan juga termaktub di dalam Al-Quran, sebagaimana yang tercatat di atas.

Sebernarnya Israk Mikraj menguji keimanan kita. Mereka yang percaya adalah manusia pilihan Allah manakala yang meragui kebenaran ini termasuk dalam kumpulan Abu Jahal yang mendustakannya. Manusia yang pertama menerima bulat-bulat 100% ialah Saidina Abu Bakar. Lantas dia digelar As-Siddiq. Perjalanan misteri ini adalah melibatkan jasad dan roh Nabi Muhammad bukannya roh sahaja(seperti dalam mimpi)sepertimana yang didakwa oleh orientalis.

Dalam kesempatan ini perturunkan kisah tersebut secara agak detail supaya dapat dikongsi bersama dan dijadikan bahan renungan untuk dijadikan iktibar. Yang baik kita jadikan teladan manakala yang buruk kita jadikan sempadan.

Kejadian Isra’(Perjalanan dari Mekah ke Masjid Al- Aqsa di Baitul Maqdis)dan Mikraj (perjalanan dari alam bumi ke alam langit hingga ke Sidratul Muntaha) ini berlaku pada malam 27 Rejab setahun sebelum hijrah. Ketika itu Nabi sedang berbaring-baring bersama Saidina Hamzah dan Saidina Ja’afar di Hijr Ismail(Masjidil Haram),tiba-tiba datang malaikat Jibril dan Mikail mengangkat Nabi ke telaga Zamzam. Di sana Nabi ditelentangkan dan berlakulah pembedahan di mana dada Nabi dibedah untuk dikeluarkan hatinya. Hati nabi dicuci dengan air zamzam. Kemudian dimasukkan semula bersama unsur ruhani iman dan hikmat. Setelah itu dadanya dijahit dan dimatrikan dengan khatimin nubuwwah.
(Kejadian ini menjelaskan kepada kita bahawa peringkat pertama untuk berjalan menuju Allah ialah pembersihan diri dari segi jasmani dan rohani.)

Selesai Nabi Muhammad menjalani operasi pembersihan jasmani dan rohani,baginda dipersilakan oleh Jibril untuk menunggang sejenis kendaraan yang amat canggih iaitu Buraq(seekor binatang dari alam malakut yang mampunyai pergerakan yang teramat laju).Mengikut satu riwayat Buraq yang dipilih oleh Jibril ini merupakan satu-satunya haiwan yang mempunyai ciri istemewa kerana sejak mendengar nama Nabi Muhammad, ia tidak tahan menanggung rindu sehingga tidak lalu untuk makan dan minum, bahkan saban masa duduk menagis tersedu-sedu.
(Peristiwa ini menggambarkan kepada kita sedangkan seekor haiwan mampunyai rasa hormat yang amat tinggi terhadap Nabi Muhammad, betapa hal dengan diri kita yang mengaku sebagai umat Muhammad)

Buraq yang dibawa oleh Jibril itu agak liar tetapi bila Jibril mengatakan yang Nabi Muhammad akan naik di belakangnya, badannya berpeluh dan dengan rasa malu merndahkan badannya untuk ditunggang oleh Nabi.Buraq terus membawa Nabi dengan diiringi oleh Jibril di sebelah kanan dan Mikail di sebelah kiri. Maka bermulalah perjalanan yang amat bersejarah.
Beberapa minit perjalanan, sampailah di suatu tempat bernama Thaibah (Medina). Di sini Jibril menyuruh Nabi berhenti untuk melakukan solat dua rakaat dan memberitahu di sinilah kelak Nabi akan melakukan hijrah. Kemudian perjalanan diteruskan lagi hingga sampai di satu tempat iaitu Bukit Tursina, iaitu tempat di mana Nabi Musa menerima wahyu. Di sini Nabi berhenti untuk melakukan solat dua rakaat. Perhentian seterusnya ialah di Baitul Laham, tempat kelahiran Nabi Isa, di mana Nabi sekali lagi mengerjakan solat.
(Peristiwa ini menggambarkan kepada kita tentang perlunya mengerjakan solat sunat apabila singgah di masjid atau di tempat-tempat yang mulia)

Perjalanan diteruskan lagi. Dalam perjalanan ke Baitul Maqdis, Nabi Muhammad diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa simbolik yang ganjil-ganjil. Setiap kali melihatnya, Jibril menerangkan hakikat sebenar peristiwa tersebut. Diantaranya adalah:

PERISTIWA
HAKIKAT PERISTIWA TERSEBUT
Jin Ifrit membawa obor(api) sambil mengejar Nabi dari belakang
Malaikat Jibril ajarkan doa menangkis serangan jin. Apabila Nabi membacanya, jin tersungkur.
Sekumpulan manusia memecahkan kepala sendiri. Apabila dicantum dipecahkan lagi tanpa henti.
Balasan bagi orang yang tidak mengerjakan sembahyang.
Sekumpulan manusia memakai cawat dihalau untuk makan buah berduri yang amat pahit atau api neraka.
Balasan bagi mereka yang tidak mengeluarkan zakat.
Sekumpulan manusia dihidangkan dengan 2 mangkuk berisi daging masak dan daging mentah yang busuk. Mereka memilih daging mentah.
Gambaran manusia yang berzina sedangkan mereka mempunyai pasangan yang sah.
Beberapa orang tidak berdaya mengangkat seberkas kayu tetapi menambahkan lagi bebanan.
Gambaran orang yang diamanahkan sesuatu tugas, walaupun tidak mampu melaksanakannya tapi menerima amanah/tugas lain.
Beberapa orang menggunting lidah dan bibir sendiri dengan gunting besi. Apabila bersambung semula digunting lagi tanpa henti.
Perbandingan orang yang menyuruh orang lain berbuat baik tapi dia sendiri tidak melakukannya.
Sekumpulan orang berkuku tembaga menggaru muka dan dadanya sendiri sehingga habis daging, namun masih menggaru lagi.
Gambaran orang yang mengumpat dan membuka rahsia orang kepada orang lain serta menjatuhkan maruah mereka.
Seekor lembu keluar dari satu lubang yang sempit, kemudian cuba masuk semula ke lubang itu tetapi tidak boleh.
Gambaran pasangan lelaki dan perempuan asing berbual perkara lucah, kemuadian menyesal tapi tidak mampu menarik perkataannya.
Seorang lelaki datang dari arah kanan Nabi berhenti seolah-olah hendak bertanya sesuatu.
Seruan orang Yahudi.Jibril menerangkan jika Nabi melayan, nescaya ramai umatnya menjadi Yahudi.
Seorang lagi datang dari arah kiri merayu Nabi supaya berhenti
Seruan orang Nasrani menghalang sebaran Islam.
Seorang wanita dengan perhiasan yang sarat meminta Nabi
berhenti.
Gambaran tipu daya dunia.Jika Nabi menjawab ramai akan
terpesona dengan keduniaan.
Orang tua duduk di tepi jalan seraya menyuruh Nabi berhenti
Seruan Iblis cuba menghalang usaha dakwah.
Seorang wanita bongkok tiga menahan Nabi untuk bertanya sesuatu
Gambaran umur dunia yang sangat tua dan tunggu saat untuk kiamat
Nabi tercium bau yang amat harum
Tempat Mashitah dibunuh kerana mempertahankan keimanannya sehingga dia dan keluarga menjadi mangsa kepada Firaun
Kayu merentangi jalan sehingga menyukakan orang lalu-lalang
Gambaran orang yang suka berpeleseran dan melepak
Sekumpulan orang berenang di dalam sungai darah. Mereka dilempar dengan batu. Batu-batu itu diambil dan dimakannya.
Gambaran orang yang makan riba’.
Sekumpulan manusia menanam gandum. Sesaat kemudian berbuah dan dituai.
Gambaran orang yang suka membelanjakan harta untuk perjuangan menegakkan kalimah Allah.

Selepas menyaksikan pelbagai jenis panorama, akhirnya sampailah mereka di Baitul Maqdis. Di sana telah menanti satu jemaah para nabi terdahulu. Nabi Muhammad s.a.w solat tahyatul masjid dan Jibril menyuruh Nabi mengimami solat bersama barisan terdahulu. Kemudian Nabi dihidangkan dengan tiga gelas minuman berisi susu, arak dan madu. Nabi memilih gelas berisi susu, minuman fitrah manusia.

Selesai upacara Israk, sampai ketika Nabi Muhammad diMikrajkan. Sejenis tangga yang canggih membawa Nabi ke angkasa. Maka bermulalah episode mikraj dari langit pertama hingga ke tujuh dan kemudiannya ke Sidratul Muntaha.

Setiap kali melalui lapisan langit, Jibril memberi salam dan sebaik Malaikat penjaga langit membuka pintu, Nabi Muhammad saw diperkenalkan dengan nabi yang sedia menunggu di situ. Kesemua nabi mendoakan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad saw.

Langit Pertama
Nabi Muhammad berjumpa Nabi Adam a.s, bapa segala manusia.
Langit Kedua
Berjumpa dengan Nabi Isa dan Nabi Yahya a.s.
Langit Ketiga
Berjumpa dengan Nabi Yusof a.s.
Langit Keempat
Berjumpa dengan Nabi Idris a.s.
Langit Kelima
Berjumpa dengan Nabi Harun a.s.
Langit Keenam
Berjumpa dengan Nabi Musa a.s.
Langit Ketujuh
Berjumpa dengan Nabi Ibrahim a.s.

Setelah itu, Rasulullah dengan hati tenang seorang diri pergi ke Sidratul Muntaha. Ternyata, daun-daunnya sebesar kuping gajah dan buah-buahannya menyerupai buah anggur. Tidak ada seorang makhluk Allah pun yang mampu menyifati keindahan dan keelokannya.

Sabda baginda: “Lalu Allah Maha Agung mewahyukan apa-apa yang akan diwahyukan-Nya kepadaku dan mewajibkannu untuk medirikan solat lima puluh kali setiap hari sehari semalam.”

Setelah itu aku turun menemui Nabi Musa a.s. Ia bertanya kepadaku, “apakah gerangan yang telah diwajibkan Allah swt atas ummatmu.” Aku menjawab, “Mendirikan solat sebanyak lima puluh kali.” Kemudian ia berkata, “Kembalilah kepada Rabb-mu dan mohonlah kepadaNya keringanan. Sesungguhnya ummatmu tidak memiliki kemampuan untuk melakukan itu. Sesungguhnya aku telah berpengalaman mencubanya kepada Bani Israel.”

Baginda melanjutkan sabdanya, “Kemudian aku kembali kepada Rabb-ku dan memohon : ‘Wahai rabb, berikanlah keringanan untuk ummatku…’ ...”
Dan Ia mengurangi menjadi lima kali. Setelah itu, aku kembali menemui Nabi Musa a.s dan ku katakana kepadanya, “ Ia telah mengurangi menjadi lima kali.” Namun Nabi Musa a.s kembali berkata, “Sesungguhnya ummatmu tidak memiliki kemampuan untuk melakukan hal itu. Karena itu kembalilah kepada Rabb-mu dan mohonlah keringanan.”

Lalu aku bolak-balik bertemu antara Rabb-ku Yang Maha Tinggi dengan Musa a.s. Lalu Dia berfirman, ‘Wahai Muhammad, sesungguhnya kelima solat itu dilaksanakan setiap sehari semalam. Setiap solat dihitung sepuluh yang berarti berjumlah lima puluh shalat. Barang siapa yang ingin melakukan suatu kebaikan kemudian tidak melaksanakannya, maka Ku-tuliskan untuknya satu kebaikan. Dan jika ia mengerjakannya, maka Ku-tuliskan untuknya sepuluh kebaikan. Barangsiapa ingin melakukan keburukan kemudian tidak melakukannya, maka Aku tidak menulis apa-apa padanya. Dan jika ia mengerjakannya, maka Aku menuliskannya satu keburukan’.

Baginda kembali melanjutkan sabdanya, ‘Lalu aku turun hingga sampai kepada Musa a.s. dan memberitahukan hal tersebut’. Musa a.s. berkata ‘Kembalilah kepada Rabb-mu dan memohonlah keringanan .’Saat itu Rasulullah saw. bersabda, ‘Aku katakan kepadanya, ‘Aku telah berulang kali kembali kepada Rabb-ku hingga aku merasa malu kepada-Nya.’”