Kenangan A1P5(Account), Kmk Slideshow: Mujahidah’s trip to Changloon (near Kangar), Perlis, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kangar slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Kenangan 2009

Nabi Isa a.s dengan Orang Mabuk Cinta

Sepanjang cuti nie,ana ada mengkaji tentang sirah2 nabi..sbb pertama mmg ana nk tau crita sirah2 nie..sbb kedua ini adalah taklifan dri ustaz untuk menghabiskan satu bku sirah sepanjang cuti sekolah kpd para naqib dan naqibat...ana hrap nuqaba' yg lain sudah hbs membaca...Dalam pembacaan ana,ada satu kisah yg mnrik perhatian ana..so seeloknya ana msukkan kedlm post ni..baca la untuk mnmbh pengetahuan semua..

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air dikebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya". Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu".

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah". Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu". Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengar penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu". Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s". Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya".





Pengajaran :-

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima dan lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al- Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Profesionalisme Dalam Kepimpinan

Sudah berhari-hari ana cuba siapkan artikel ini,akhirnya selesai jgk…Di sini ana nak berkongsi sedikit task ana tentang “PROFESIONALISME DALAM KEPIMPINAN”…

Sebelum menceritakan tajuk ini lbh mendalam..ana lebih suka untuk menghuraikan mksd profesionalisme itu sendiri…

Profesionalisme: Satu set ciri2 pengetahuan, kepakaran, sikap, dan nilai dalam sesuatu profesion.

Disini ana hanya mampu menceritakan profesionalisme dalam kepimpinan dlm skop yg kecil sahaja iaitu kepimpinan individu dan sesuatu organisasi atau persatuan(badan).
Kepimpinan adalah satu proses menggerakkan sekumpulan manusia menuju ke suatu arah yang telah ditentukan melalui dorongan yg tidak memaksa.
Kepimpinan juga merupakan satu proses untuk menyelaraskan arahan, mengatur dan mengelakkan penggunaan pendapat sendiri yg blh merosakkan sesebuah organisasi.Dengan kata yg lain,pemimpin adalah bertanggungjawab untuk menjaga keperluan organisasi secara keseluruhannya.
Selain itu,kepimpinan juga merujuk kpd kemampuan mempengaruhi minda dan gelagat anggota organisasi untuk mencapai tujuan organisasi melalui struktur dan prosedur baru. Pada kebiasaannya seseorang pemimpin menggunakan hanya teknik pengaruh yang tidak ada unsur paksa. Penggunaan pengaruh tanpa unsur paksaan ini membawa kepada hubungan yg positif di antara pemimpin dan pengikut. Ini bermakna subordinat menerima pengaruh daripada pemimpin kerana menghormati, menyukai atau mengagungi pemimpin tersebut.

Kepimpinan wujud dalam semua profesion termasuklah profesion organisasi.Tetapi dalam konsep profesion organisasi,kepimpinan adalah satu daripada unsur2 yg terpentingDengan yg demikian, unsure kepimpinan dalam profesion organisasi perlu dipupuk dan dipertingkatkan kualitinya supaya memperolehi keberkesanan untuk mencapai matlamat2nya..

Ciri2 profesion itu ialah:
1.Menyediakan perkhidmatan yang unik dan penting,serta mempunyai matlamat yang jelas untuk sesuatu organisasi..
2.Berkeyakinan dan menaruh sepenuh kepercayaan serta pengharapan yg tinggi terhadap anak buah.
3.Menghabiskan sebahagian besar waktu bersama org bawahan untuk berbincang,membantu dan mendorong mereka bg memajukan matmalat yg digariskan.
4.Berusaha mengesan dan mengenal pasti masalah2 dlm proses pengurusan dan pentadbiran organisasi.
5.Terlibat secara langsung bg mempengaruhi org bawahan ke arah mencapai matlamat organisasi yg telah ditetapkan.

Pemimpin hendaklah mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion yang terlibat.

Dalam menjalankan tugas,org yg mempunyai ciri2 profesion akn bnyk menggunakan keupayaan dan kebolehan intelek..Mereka akan membuat sesuatu keputusan yg bernas..
Sebenarnya profesionalisme ini lebih mengutamakan mutu perkhidmatan dan tidak mementingkan pendapatan atau ganjaran..

Antara nilai2 profesionalisme yg perlu ada dlm diri seorang pemimpin ialah neutraliti, kreativiti, kejujuran, inovasi, intelektual, integrity, akauntabiliti, berkecuali….

Ketua hendaklah menunjukkan kemampuan bekerjasama dalam mengurus organisasinya menuju matlamat yg dicita-citakan.Perkara ini tidak akan dapat dicapai melainkan wujud hubungan yg erat antara pemimpin dgn yg dipimpin tanpa ada sebarang garis pemisah antara mereka.Malah seorang pemimpin perlu manjadi contoh, tidak kira dalam aspek kebajikan ataupun tindak tanduknya.

Pemimpin bkn shj bertanggungjawab untuk memberi galakan bahkan sanggup menerima teguran, cadangan dan pandangan daripada org bwahannya. Sikap saling member dan menerima inilah yg menjadi salah satu unsure penting dan perlu ada dalam apa juga institusi kepimpinan kita hari ini..

Kepimpinan dan profesionalisme tidak blh dipisahkan dan sebarang langkah untuk memisahkan peranan tersebut adalah tidak tepat,Ini adalah kerana peranan kepimpinan dan profesionalisme adalah saling lengkap melengkapi antara satu sma lain.

p/s : dlm kpimpinn.... profesinal pnting krna sandainya pmimpin x profesionl dlm mmkirkn sesua2 prkara sgala pkrjaan akn mnjd kurg smprna, org yg kta pimpim akn mmndg rndh pd pmimpin serta org bwhn ssh hndk brinterksi dgn pmimpim krn pmimpim kurg open minded...

jka kta profesional…arhn yg diberi x trtngguh...kita akn pndai mngwl msa, lbh brdisiplin, lbh pndai mngwl emosi(x trlalu emosional) dan pndai mmbezakn yg mn peribadi n pekrjaan..
Seseorang yang dikatakan profesional hendaklah sedar bahawa tanggungjawab ialah amanah Allah yang wajib dilaksanakan dan akan dipersoalkan nanti di alam akhirat.

Musibah Pembersih Jiwa


Setiap musibah yg allah tentukan, sama ada kecil atau besar bukan sia-sia. Allah serius terhadap apa yang ditentukannya dan ketentuan itu merupakan keputusan paling bijaksana serta terbaik daripada yang lain. Kemungkinan itulah keyakinan kita selaku hamba. Kita tidak mampu melihat kebaikan di sebalik ujian itu secara spontan dan menyeluruh, bahkan kadang-kadang kita salah sangka dengan takdir Allah.

Semua takdir Allah mempunyai maksud yang sangat penting iaitu memanggil manusia kepada-Nya dan kepada hati yang suci serta akhlak yang mulia dan agung kerana itu terimalah ujian dengan sebaik-baiknya. Jangan keluh-kesah dan hilang pertimbangan.

Untuk mendapat sebutir mutiara, perlu menempuh badai dan gelombang yang mengganas. Penderitaan yang menempuh jalan ke akhirat adalah lebih utama dan mulia.


Ku Pilih Jalan-Mu


Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan

Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa

Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku

Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku di jalan ini

Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa

Dan ku mohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu...

JAGA HATI..............

10 KATA DUSTA LELAKI KATAKAN KPD WANITA

1. Saya akan menelefon awak.
2. Aku cinta padamu.
3. Hanya kau yang satu dalam hidupku.
4. Saya terpaksa melakukan kerja-kerja pejabat
sampai lewat malam.
5.Saya tidak pernah rasa begini dengan orang lain.
6. Saya tidak pernah merasa dilayani begini.
7. Awak memiliki mata yang paling cantik.
8. Tidak, saya belum belum kahwin lagi.
9. Maaf, saya tertinggal kad kredit dan dompet di rumah.
10. Tidak ada apa-apa yang berlaku, percayalah cakap saya.





TIPS KENALI SENJATA WANITA

Airmata
Airmata perempuan memiliki kuasa luar biasa, digunakan untuk menagih rasa belas ihsan sama ada ketika ditimpa kesusahan atau taktkala meminta sesuatu yang susah didapati.
Senyuman
Dengan senyuman manis, perempuan boleh menguasai mana-mana lelaki. Senyuman seorang isteri melembutkan hati suami yang keras atau sedang marah.

Tuturkata
Tuturkata yang manis, pandai memilih kata-kata yang manis apabila meminta sesuatu yang dihajati. Gunakanlah ia untuk menyenangkan hati dan memberi semangat kepada suami.

Berhias.
Wanita pandai berhias untuk menawan nafsu lelaki. Dengan kecantikan wanita mampu menjadikan lelaki tergila-gila. Sekiranya perkara sedemikian dilakukan kepada suami, tenteramlah suami ketika di rumah.

Pandai
Pandai mengambil hati untuk menarik perhatian lelaki. Apabila si isteri lakukan kepada suaminya, pasti kasih sayang akan sentiasa mekar.

Kisah-kisah Serikandi Islam

Seringkali kita dengar nama-nama serikandi islam yg selalu dilaungkan didalam nasyid2 yg disiarkan oleh kumpulan nasyid Malaysia..dari lirik nasyid tersebut kita telah dapat mengetahui kisah2 yg berlaku kpd serikandi2 islam pd zaman dahulu...Antaranya :

Sumaiyah



Zinnirah



Ainul Mardhiah



Balqis



Halimatus Saadiah



Siti Khadijah



Rabiatul Adawiyah



Sama-samalah kita hayati dan mengambil teladan/pengajaran daripada kisah2 serikandi-Serikandi Islam sbg semangat untuk berjuang di jalan Allah..

Kisah ku bersama Su, Zu, As, Mag dan Is……..selamat membaca

Aku dan Su
Su, dah lama aku melupakan kau. Tak macam dulu. Contohnya tadi, aku betul-betul lupa, Su. Pagi tu, aku bangun lambat. Dekat-dekat pukul lapan. Kelam kabut aku bersiap untuk ke kelas, mana tidaknya, malam tadi aku tidak tidur semalaman. Assignment bertimbun. Report makmal latihan la, latihan Kaedah Berangka la, ulasan buku la. Tu belum lagi dengan preparation kuiz elektronik esok. Lecturer-lecturer ni pun satu, macam dah pakat ramai-ramai je nak bagi assignment banyak-banyak. Diaorang ingat aku ni apa? Robot ke?
Menyesal aku tak siapkan awal-awal assignment tu. Kalau tak, takdela ia jadi macam ni. Minta maaf, Su.
Aku bukannya tak nak jumpa kau, tapi kau faham-faham je lah keadaan aku. Bukan kau sorang je aku lama tak jumpa, Su. Zu pun lama aku tak jenguk.


Aku dan Zu
Kesian Zu. 'Sorry' bebanyak la, Zu. Aku sekarang lambat balik kelas. Pukul satu. Tu pun kalau takde kelas petang. Kalau ada kelas petang, harus aku terpele'ot. Balik je, lapar-lapar tu, aku terus je pergi kedai Mak Ngah.
Ala, kedai nasi lemak 'power' tu. Lepas pekene nasi lemak Mak Ngah, aku tak lengah,terus tidur. Kadang-kadang sekejap, biasanya lama. Aku tahu, Zu. Dulu aku rajin jumpa kau 'time-time' macam ni, tapi sekarang aku pun tak tau kenapa aku tak dapat jumpa kau. Aku takde masa, Zu.

Aku dan As
As, kau sorang lagi kawan rapat aku dulu. Nampak macam aku dah mengabaikan kau aje sekarang ni. Aku sibuk, As. Petang-petang aku pergi 'library', 'study'. Takpun, ada meeting time tu. Kau kan tau, aku presiden Kelab Kebersihan. Kejap-kejap ada je program. Aku kene jaga anak-anak buah aku tu. Diaorang tu bukan tau sangat buat keje. 'Meeting' pulak tu, bukan tau nak sekejap, mesti lajak sejam dua punya. Kalau meeting 'start' pukul 4, harus pukul 6 baru 'settle'. Tu belum kira borak-borak kosong lagi. Diaorang ni, kalau 'meeting' tak lama, tak mahasiswa la kononnya.

Aku dan Mag
Mag pun aku dah ingat-ingat lupa. Agaknya sebab enkau ni ganjil, kot. Yang lain tak ganjil macam kau. Macam mana aku nak jumpa kau, Mag. Sekarang ni, latihan bola sepak tengah giat. 'Coach' nak pilih pemain-pemain handal aje untuk 'team' dia. So, latihan pun dipanjangkan. Aku pulak, mestilah berlatih bersungguh-sungguh. Aku dulu pemain sekolah. Kalau aku tak terpilih, malu besar la aku. Mana aku nak letak muka aku ni. Kawan-kawan aku semuanya kaki bola. Diaorang semua balik lewat. Main sampai hari gelap. Kalau aku balik awal, alamat balik sorang-sorang la aku. Aku dah la menumpang motor orang. Balik aje dari main bola, aku tak terus mandi. Mana boleh mandi masa berpeluh, panau nanti. Agak-agak penat dah hilang, baru aku mandi. Lepas mandi, member-member aku semua ajak keluar makan.

Aku dan Is
Aku tahu ada temujanji dengan Is malam ni, pukul lapan setengah. Tapi member-member aku dah tunggu. Kalau aku tak pergi, nanti diaorang kata aku sombong la, macam-macam. Tu yang aku tak nak dengar tu. Dah tu kita orang lepas makan, sembang la pulak. Lepas satu topik, satu topik keluar. Balik lewat malam. Layan pulak VCD Hindustan lepas tu dengan member-member. Is,'sorry'. 'Last-last', semuanya aku tinggalkan.




Kawan-kawan semua,untuk pengetahuan korang, nama sebenar kawan- kawan aku tu, Su, Zu, As, Mag dan Is, masing-masing adalah Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Korang semua janganlah jadi macam aku. Jagalah mereka dengan sepenuh jiwa dan raga. Mereka semua adalah 'kawan sejati' kita yang sebenar, yang akan "backing" kita kat akhirat nanti. Semoga cerita rekaan yang takde kaitan dengan sesiapa ni menjadi pengajaran dan iktibar kepada kita semua.

Wallahua'lam.