Posted by
mujahidahon Wednesday, January 6, 2010
at
4:13:00 PM
Setiap musibah yg allah tentukan, sama ada kecil atau besar bukan sia-sia. Allah serius terhadap apa yang ditentukannya dan ketentuan itu merupakan keputusan paling bijaksana serta terbaik daripada yang lain. Kemungkinan itulah keyakinan kita selaku hamba. Kita tidak mampu melihat kebaikan di sebalik ujian itu secara spontan dan menyeluruh, bahkan kadang-kadang kita salah sangka dengan takdir Allah.
Semua takdir Allah mempunyai maksud yang sangat penting iaitu memanggil manusia kepada-Nya dan kepada hati yang suci serta akhlak yang mulia dan agung kerana itu terimalah ujian dengan sebaik-baiknya. Jangan keluh-kesah dan hilang pertimbangan.
Untuk mendapat sebutir mutiara, perlu menempuh badai dan gelombang yang mengganas. Penderitaan yang menempuh jalan ke akhirat adalah lebih utama dan mulia.
Kau digelar Sebagai penyeri dunia Hadirmu melengkap hubungan manusia Bukan saja dirimu yang biasa Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa Akalmu senipis belahan rambut Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu Jua hatimu bak kaca yang rapuh Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh Tercipta engkau dari rusuk lelaki Bukan dari kaki untuk dialasi Bukan dari kepala untuk dijunjung Tapi dekat di bahu untuk dilindung Dekat jua dihati untuk dikasihi Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan Yang lurus elok Jika datangnya dari kayu yang bengkok Begitulah peribadi yang dibentuk Engkaulah wanita istimewa Didiklah wanita dengan keimanan Bukannya harta ataupun pujian Kelak tidak derita Berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa Sedarilah insan istimewa bahawa Kelembutan bukan kelemahan Bukan jua penghinaan dari Tuhan Bahkan sebagai hiasan kecantikan...