Kenangan A1P5(Account), Kmk Slideshow: Mujahidah’s trip to Changloon (near Kangar), Perlis, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kangar slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Kenangan 2009

Salam Maulidur Rasul

Salam Ukhuwah para pembaca semua, sempena memperingati tarikh kelahiran baginda Nabi kita, marilah sama-sama kita belajar tentang sambutannya seketika…

Hari Maulud (kelahiran) Nabi Muhammad SAW bertujuan untuk memuliakan Nabi Muhammad SAW berasaskan firman Allah dalam Al-Quran (terjemahannya ) :-
“maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung.”Al-Araf: 157

Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.

Hari Maulud pertama kali diselenggarakan oleh Sultan Salahudin al Ayyubi ketika menghadapi pasukan salib bagi membakar semangat berjuang dan berkorban, untuk menyelamatkan umat Islam dan sebagai memperingati kejayaan Sultan Salahuddin al Ayyubi berhasil memimpin tentera Islam memasuki Jurusalem.

Terdapat 2 pendapat mengenai Maulud Nabi, iaitu pendapat pertama melakukannya adalah satu perbuatan yang dianjurkan bagi umat Islam.

Pendapat kedua pula menyatakan menyambut hari Maulud adalah satu bidaah disebabkan ia tidak pernah dilakukan semasa zaman Rasullullah dan para sahabat.

Menurut pendapat pertama, hujah mengapa Maulud Nabi boleh diraikan adalah :-
Bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W. datang ke Madinah maka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi S.A.W. bertanya kepada orang yahudi itu: “Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?” Jawab mereka: Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan.

Maka Nabi S.A.W. berkata:
“Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu.”
Riwayat Bukhari dan Muslim.

Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata bahawa dari hadis ini dapat dipetik hukum:
Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, israk mikraj dan lain-lain.

Nabi pun turut memperingati hari tenggelamnya Firaun dan bebasnya Musa, dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.



p/s: sama-sama lah kita perbanyakkan selawat keatas junjungan nabi Muhammad S.A.W..

Kasih Sayang ALLAH



Firman ALLAH swt yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya kami akan memberikan percubaan sedikit kepada kamu seperti ketakutan , kelaparan , kekurangan harta , jiwa dan buah-buahan dan sampaikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”(Al-Baqarah:155)

Musibah ialah bencana , malapetaka atau kecelakaan , juga boleh ditafsirkan sesuatu yang tidak baik, menggugat ketenangan dan mendatangkan penderitaan.

Musibah ALLAH swt turunkan bukan sahaja dalam satu bentuk , malah berbagai-bagai bentuk seperti kecelakaan , kesakitan , kekalahan dan sebagainya.

Bila musibah itu berlaku…?Wallahualam ,hanya ALLAH swt yang Maha Mengetahui tetapi itulah janji ALLAH swt …kita pasti akan diuji dengan musibah.

Namun begitu,tatkala musibah melanda ,berapa ramaikah di antara kita yang mengucapkan syukur dan meredhai musibah yang ALLAH swt turunkan, dengan memanjatkan doa:
“Sesungguhnya kami milik ALLAH dan akan kembali kepada ALLAH ,Ya ALLAH! Kepada-Mulah aku memberitahu musibah yang aku deritai ini,maka berilah aku ganjaran kerananya dan musibah itu bagiku dengan kebajikan."

Ramai diantara kita,apabila dilanda masalah ,barulah kita tersedar daripada lamunan dan kealpaanKetika itulah kita sujud menyembah ALLAH,melakukan Qiamullail,memanjatkan doa bahkan menitiskan airmata , beramal ibadat lebih daripada biasa dan kurang berkata-kata kerana berfikir bagaimana untuk menyelesaikan musibah yang melanda.

Bukankah setiap kebajikan yang kita lakukan akan dibalas dengan pahala ?Bersabar menempuh segala ujian ALLAH swt juga pastinya dibalas dengan pahala.

Sesungguhnya ,tanpa musibah ,kita tidak akan berasa segala macam penderitaan ,kita tidak akan berasa bagaimana untuk mengawal nafsu amarah ,bagaimana mendidik hati ,bagaimana mencari jalan penyelesaian dan paling penting kita dapat merasakan hanya ALLAH swt bukan hanya melalui kegembiraan ,kekayaan,kemenangan dan kesihatan tetapi juga melalui musibah.

Sesungguhnya kasih sayang ALLAH swt bukan hanya melalui kegembiraan ,kekayaan , kemenangan dan kesihatan tetapi juga melalui Musibah.

Tanda-tanda Allah kasih kepada kita :
  • dibuka hatinya untuk cinta amal soleh
  • Allah jadikan kayanya di dalam hati
  • Allah masukkan taqwanya dalam hati
  • Allah jadikan dirinya penasihat kpd dirinya
  • Allah jadikan seluruh manusia berhajat kpdnya
  • Allah mencelanya dlm mimpi
  • Allah buka hatinya untuk mencari & menghayati kebenaran
  • Allah jadikan dirinya sedar apa yg dilakukannya
  • Hatinya sejahtera dan tenang
  • Lidahnya sentiasa bercakap benar
  • Akhlaknya istiqamah
  • Telinganya suka mendengar kebenaran
  • Matanya celik( nampak kebenaran, kebaikan, halal dan haram )
  • Memandang sesuatu dgn pandangan mata hati
  • Suka belajar ilmu agama
  • Allah jadikan zuhud daripada dunia
  • Allah nampakkan keaiban dirinya
  • Allah segerakan balasan di dunia

Berkata Imam Syafie :

3 Perkara Mulia:

  • Pemurah ketika sedikit
  • Wara walaupun bersendirian
  • Berkata benar walaupun terhadap org yg diharapkan atau ditakuti

p/s : Oleh itu marilah kita bersama memperbanyakkan amal ibadat dengan berzikir ,berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.Membaca Al-quran ,berqiamullail ,muhasabah diri ,membaca buku-buku ilmiah dan semoga kita sentiasa redha dengan apa jua musibah yang ALLAH swt turunkan kepada kita walaupun amat perit untuk ditanggung.

Assalamualaikum warahmatuLLAH....
Atikel ni untuk dikongsi bersama dan renung2kan serta fikir2kanlah....


Seorang,dahulunya sepasang matanya
yang bersinar sentiasa dijaga,sentiasa menjaga pandangan.
Pabila si teruna memandang, dia tertunduk.
Ketika berjalan, matanya selalu memandang ke lantai,
hatinya menggerakkan kaki menuju ke destinasi.
Melihat pabila perlu dan baik untuk dipandang.

Kini, sinaran matanya kian pudar.
Ekor matanya terkadang meliar.
Kerap juga matanya melimpahi air tanda ketenangan hatinya terganggu.
Pabila si teruna idaman hati memandang,
hatinya berdebar, panahan si teruna hebat dicabar.
Terkadang membuatkan si teruna sendiri tertunduk tewas.

Dahulu, telinganya sentiasa juga dijaga.
Mendengar segala-galanya, samaada yang baik atau yang buruk.
Tetapi,yang buruk hanya di dengar dengan fahaman kosong,
tidak mengiyakan,tidak mengikut atau menokok.
Segala baik yang didengar dilekatkan didalam hati dengan teguh
dan dijadikan pedoman buat melalui hidup yang penuh dugaan
demi mendapat redhaNYA.

Kini, telinganya dihidangi dengan lagu-lagu rancak yang melalaikan,
mendengar umpatan, hinaan dengan mulutnya pasti mengiyakan dan menokok.
Sedikit-sedikit perkara baik yang didengari
kian luntur dari hati dan pegangan.

Dahulu, bibir yang mungil sentiasa diukir senyuman.
Berkata bila sahaja yang perlu.
Pabila si teruna menegur,dia hanya tersenyum.
Bukan menggoda,tetapi satu isyarat bahawa dia tidak perlu disapa tanpa tujuan.
Bila si teruna bertanya tentang ilmu,
pasti dijawab penuh dengan keikhlasan tanpa niat yang berlainan.
Cukup sekadar jawapan.
Waktu kosongnya pasti diisi dengan puji-pujian kepada maha pencipta dan rasulNYA.

Kini, bibirnya sentiasa berkata-kata walaupun dengan si teruna.
Senda gurau dan gelak tawa sentiasa tersaji walaupun di hadapan teruna.
Terkadang senyuman juga digunakan bagi menggoda.

Dahulu, hatinya sentiasa dijaga walaupun terkadang sedikit tercalar.
Tetapi hati itu pasti dipulihkan kembali
dengan satu solat pembersihan dengan penuh khusyuk dan tawadduk.
Hatinya walaupun dilukai, pasti terlihat jua senyuman dibibir.
Hanya mengadu kepadaNya bagi mengubati luka dihati.
Hatinya sentiasa diisi dengan kecintaannya kepada Ilahi.
Ketenangan hatinya sentiasa tergambar diwajahnya.

Kini, hatinya sentiasa tercalar.
Ketenangannya sentiasa diragut.
Solat pembersih diri semakin berkurangan
dengan kesibukan rutin harian menjadi alasan.

Hari ini, seorang sahabatnya telah menyedarkan dirinya dari lena yang panjang.
Suatu ketika, fikirannya seakan terhenti.
Suatu ketika,fikirannya ligat berputar memikirkan perkara-perkara 'dahulu',
Suatu ketika, fikirannya mengingati perkara-perkara 'kini',
dan suatu ketika,fikirannya pantas melakukan kira-kira perkara 'dahulu' dan 'kini',
melakukan perbandingan dan mencongak keburukan dan kekurangan diri.

"DisakitkanNya kita sekejap tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya,disusahkan sedikit agar insaf, namun segera disenangkan semula, itulah belaianNya.Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang,namun tidak lama kerana kasihNya.Dipanggil-panggil kepadaNya untuk meminta itu dan ini.Tuhan amat melayani hambaNya tetapi hamba langsung tidak peduli."

Hari ini, matanya sekali lagi dilimpahi air.
Bukan kerana terguris,tetapi setitik air matanya mewakili kekesalan hati
atas pekara-perkara 'kini' yang dilakukannya.

Hari ini, telinga dan mulutnya seakan terkunci.
Kesal dan terguris dek hari-hari 'kini' yang tersasar jauh dari landasan keimanan insan dan menyedihkan .

Hari ini, hatinya diruntun sayu,terharu atas nikmat hidayah dan peluang
yang telah diberikan oleh yang Maha Pencipta kepada dirinya.

Hari ini, dia cuba menyatukan mata,telinga, mulut dan juga hati dengan kukuh.
Cuba mencari kekuatan,
cuba membulatkan tekad,
cuba menyimpul semula keimanan demi mendapatkan redha yang Maha Esa.

Supaya 'hari ini dan selamanya' harinya sentiasa mendapat cahaya dari pencipta. Supaya 'hari ini dan selamanya' harinya, matanya akan kembali bersinar.
Supaya 'hari ini dan selamanya' harinya, telinganya sentiasa terjaga.
Supaya 'hari ini dan selamanya' harinya, bibirnya sentiasa terukir senyuman ikhlas dan mengucapkan yang keperluan dan mengisyaratkan batasan.
Supaya 'hari ini dan selamanya' harinya, hatinya kembali tenang dan kembali terisi
dengan kecintaan kepada Ilahi...

Hari ini dan selamanya, perjalanannya seperti roda,
harapannya hanya satu,agar mendapat keredhaan Ilahi tanpa tersasar dari landasan iman.
Satu harapan bagi setiap insan beriman yang sentiasa hanya mengharap cinta Ilahi.
Dari cintaNya kita berasal,Dan atas nama cinta Dia menciptakan kita
Kerana cinta kita mendatangiNya
Dan demi cinta juga kita kembali kepadaNya…

Jenis Nafsu

NAFSU AMMARAH
Nafsu yang sentiasa mendorong dan menyuruh manusia melakukan kejahatan, dan berasa gembira serta bangga dengan kejahatannya.

NAFSU LAWWAMAH
Mengetahui dengan ilmunya bahawa perbuatan jahat dan dosa itu salah, tetapi masih melakukan perbuatan tersebut. Oleh itu, dia menyesal di atas perbuatan jahatnya itu.

NAFSU MULLHAMAH
Jiwanya banyak terkumpul dengan sifat-sifat baik akan tetapi jiwanya memerlukan kesabaran, tabah dalam mujahadah dan sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah S.W.T.

NAFSU MUTMAINNAH
Nafsu ini ialah nafsu yang tenang dan tenteram ketika mengingati Allah S.W.T dan sentiasa dekat dengan Allah S.W.T.

NAFSU RADHIAH
Jiwa yang reda terhadap Allah S.W.T, sentiasa dalam keadaan selamat sejahtera, mereka puas dengan nikmat kurniaan Allah S.W.T.

NAFSU MARDHIAH
Jiwanya sentiasa mendapat keredaan Allah S.W.T. Bukti keredaan Allah S.W.T dapat dilihat daripada akhlaknya yang mulia, mempunyai sifat ikhlas dalam amalannya.

NAFSU KAMILAH
Jiwa yang sempurna, jiwanya berada pada peringkat tinggi, sempurna, memiliki sifat-sifat diri yang baik dan sempurna.

Apakah jenis nafsu yg wujud dalam hati saudara dan saudari???
Sama-samalah kita memperkemaskan kembali nafsu yg buruk kepada yg baik
..

p/s : ana terkejut bila dapat tau ada jenis-jenis nafsu pd diri kita ini yg sama dengan nama adik-beradik ana..Antaranya,Kak Mardhiah,Kak Kamilah dan adik Radhiah..yg memberi persamaan kpd jenis nafsu MARDHIAH,nafsu KAMILAH dan nafsu RADHIAH..ana harap makna kpd nafsu tersebut wujud dlm diri adik-beradik ana dan kpd ana sendiri serta sahabat2 yg lain.

Juara

Tahukah anda pembaca, asal kejadian saudara?

Terjadinya saudara adalah hasil pertemuan sperma dari bapa dan telur dari ibu. Di saat terpancutnya mani maka berenang-renanglah saudara berserta beratus ribu sperma lain. Terjadinya sau peraduan renang yg hebat. Lebih hebat dari olimpik. Betapa tidak..Pertama, dalam peraduan renang olimpik hanya beberapa puluh peserta sahaja sedangkan peraduan ini mengandungi ratusan ribu peserta. Kedua, lorong renang Olimpik lurus, bergarisan dan luas sedangkan peraduan ini lorongnya berliku-liku hebat, jauh, penuh rintangan dan berhimpit-himpit dengan peserta-peserta lain. Ketiga, peraduan renang Olimpik menjanjikan tiga hadiah (emas,perak dan gangsa) sedangkan peraduan ini hanya satu mempunyai satu hadiah(sebiji telur). Keempat, yg kalah di peraduan ini beerti kematian. Kelima, yg menang di Olimpik terjamin mendapat hadiah tetapi menang di peraduan ini belum pasti terus hidup. Banyak lagi rintangan dan dugaan.

Demikian hebatnya peraduan renang ini sehingga ramailah perenang yg tersangkut di ranjau2 sepanjang jalan. Namun saudara terus mara. Akhirnya sampailah ke garisan penamat. Selain dari saudara ramailah perenang lain turut sampai. Maka berlakulah perebutan mencuba hendak bercantum dengan telur. Akhirnya hanya seorang pemenang. Itulah saudara!! Adakala terdapat dua,tiga,empat atau lima pemenang. Jadilah kembar. Tapi selalunya seorang saja pemenang. Alangkah bangganya, alangkah gembiranya kerana saudaralah JUARA.

Dari saat itu bermulalah pula ujian dan dugaan baru. Kadang-kadang ibu turun darah, keguguran. Namun selalunya si Juara terus berpaut teguh pada rahim ibu sehingga beberapa bulan.

Walau dalam keadaan sarat, ibu-ibu masih kuat dan rajin bekerja. Adakalanya ibu tergelincir. Bergegarlah gantungan si Juara namun terus berpaut teguh hinggalah sampai waktunya.

Bila sampai waktunya alangkah sukar untuk keluar. Kepala besar, badan besar sedangkan pintu keluar kecil. Si Juara terus bergerak mengasak. Sedikit..Sedikit..Sudah kelihatan cahaya.Lagi..Lagi..Ah!! Keluar semua..Waaa....!!!!!

Samada anak Melayu, Jawa, Aceh, Cina, India, Inggeris jeritannya sama. Waaaa....!!! Itulah jeritan JUARA. Jeritan memberitahu pada dunia :

*AKULAH JUARA

*AKU SUDAH DATANG

Hebat jeritan itu. Lebih hebat dari jeritan sebaik mengalahkan sang singa.

Dengan segera ayah datang membisikkan Qamat/Azan. Begitu baru saudara datang ke dunia begitu segera pula saudara terdengar suara halus (tapi seni segala seni) di cuping telinga seruan yang antara lain menyeru saudara menuju kejayaan. Haiyaalalfalah, Haiyaalalfalah!!!


Muara Cinta

Pernah dahulu aku memiliki
sebentuk cinta, cinta indah mempesona
namun kini baru kusadari
semua itu tipu daya dunia

Kini telah aku temukan
arti cinta, cinta abadi hakiki
yang tak menyisakan kesia-siaan
kurasakan segalanya penuh makna

Allah...ajarkan diriku
memahami arti cinta
yang sejati dalam hidup ini

Bukan...atas dasar nafsu belaka
yang senantiasa melenakan
dan menyesatkan jiwaku

Allah...sucikan hatiku
luruskan niatku
untuk jadikan diri-Mu
muara dari segala
cintaku...