Kenangan A1P5(Account), Kmk Slideshow: Mujahidah’s trip to Changloon (near Kangar), Perlis, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kangar slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Kenangan 2009

Tak Kenal Maka Tak Tahu

JOM KENAL LEBIH DEKAT PENYANYI DAN ARTIS ROCK
1) Kumpulan Rock yang telah mengerjakan Haji.
Abang-abang Haji.........KUMPULAN BAJI
2) Penyanyi yang sering fail dalam karangan..sebab guna noktah kat depan ayat...
TITEK PUSPA
3) Penyanyi yang paling demand...
HETTY COST ENDANG
4) Kumpulan yang berasal dari Bukit Gasing
KUMPULAN SPIN
5) Penyanyi yang paling berat dalam sejarah
ABOT (dalam bahasa jawa bermaksud berat)
6) Kumpulan Orang Asli Paling Berjaya
O.A.G (Orang Asli Gombak)
7) Kumpulan yang paling murah menerima bayaran..
SCOIN (pakai syiling jer)
8) Kumpulan Nasyid yang terdiri dari orang jawa
AL-JAWAHER
9) Kumpulan Rock yang Paling wangi
MAY (Bau Sabun)
10) Kumpulan Rock Paling Bahaya
AMUK
11) Kumpulan Rock Yg Terdiri dari Bomoh Professional
MANTERRA
12) Kumpulan Rock yang takut mandi pagi
GIEGIEL
13) Kumpulan Rock yang selalu kena migrain
HEADWIND
14) Kumpulan yang telah mengkormersialkan Roti Benggali Pedas
GINGERBREAD
15) Kumpulan yang mudah pecah
KRISTAL
16) Kumpulan Rock yang makan nasi pakai tangan kiri
LEFTHANDED
17) Kumpulan yang ada power
KEMBARA (sebab ader DVVT)
18) Kumpulan yang terdiri dari pesawah
PADI
19) Kumpulan yang paling popular di pagi raya
TOO PHAT
20) Penyanyi kesukaan David Beckam
SITI SARAH
21) Penyanyi yang sentiasa tua
TO'KI
22) Kumpulan yang kejap cantek kejap hodoh...
PRETTY UGLY
23) Kumpulan yang takleh nyanyi kat Europe
METALASIA
25) Kumpulan yang boleh lihat tapi tak leh pegang
4U2C
26) Penyanyi yang tak pernah kena speed trapppp..
MELLY GOESLOW
27) Penyanyi yang sentiasa mendapat tajaan walaupun dah mati
NIKE ADRILLA
28) Kumpulan yang sentiasa menyambut 'HARI GURU'
TEACHERS PET
29) Kumpulan yang susah nak sakit
MEDICINE
30) Kumpulan yang berkerjaya tapi pendek umur..
DR. KRONIK
31) Kumpulan yang buat show kat everest
IKLIM
32) Kumpulan yang kena samak apabila di sentuh
BLACK DOG BONE
33) Penyanyi yang paling bengap walaupun dah kaya
PAK PANDER
34) Kumpulan yang paling di hormati
KUMPULAN DEWA
35) Kumpulan yang memperkenalkan Roti Boy di Midvalley
NEW BOYZ
36) Kumpulan yang menggunakan kereta paling popular di jalanraya
KUMPULAN NASYID HIJJAZ ( Honda Jazz tuh...)
37) Kumpulan yang tak akan buat show pada bulan lain kecuali bulan 9..
SWEET SEPTEMBER
38) Kumpulan Paling berani..
KAMIKAZE
39) Kumpulan yang selalu gi konvoi..
XPDC
40) Kumpulan sudah baut show.. terus faham
EXITS
41) rocker yang kuat
The ROCK ( wwf)
42) Kumpulan yang suka makan Chicken Wings kat KFC..
KUMPULAN ABU SAYYAF......huak...huak....huak..

Zuhud.....

Khalifah Umar bin Abdul Aziz
Kedudukan beliau:

Salah seorang Tabiin yang terhormat. Beliau digelarkan dengan gelaran Khulafa' Ar-Rasyidin yang kelima kerana beliau memerintah sama sebagaimana pemerintahan Khulafa'Ar-Rasyidin .Beliau memegang teraju pemerintahan selepas Sulaiman bin Abdul Malik. Muhammad bin Ali bin Al-Husin rahimahullah berkata tentang beliau: "Kamu telah sedia maklum bahawa setiap kaum mempunyai seorang tokoh yang menonjol dan tokoh yang menonjol dari kalangan Bani Umaiyyah ialah Umar bin Abdul Aziz, beliau akan dibangkitkan di hari kiamat kelak seolah-olah beliau satu umat yang berasingan."


Kehidupan beliau menuntut ilmu:

Umar bin Abdul Aziz menuntut ilmu sejak beliau masih kecil, beliau sentiasa berada di dalam majlis ilmu bersama-sama dengan orang-orang yang pakar di dalam bidang fekah dan juga ulama-ulama. Di dalam usia beliau, beliau pernah memegang teraju pemerintahan di Madinah beberapa ketika.

Pelantikan beliau sebagai Khalifah:

Beliau dilantik menjadi Khalifah selepas kematian Sulaiman bin Abdul Malik tetapi beliau tidak suka kepada pelantikan tersebut. Lalu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai untuk mendirikan sembahyang. Selepas itu orang ramai mula berpusu-pusu pergi ke masjid. Apabila mereka semua telah berkumpul, beliau bangun menyampaikan ucapan. Lantas beliau mengucapkan puji-pujian kepada Allah dan berselawat kepada Nabi s.a.w kemudian beliau berkata: "Wahai sekalian umat manusia! Aku telah diuji untuk memegang tugas ini tanpa meminta pandangan daripada aku terlebih dahulu dan bukan juga permintaan daripada aku serta tidak dibincangkan bersama dengan umat Islam. Sekarang aku membatalkan baiah yang kamu berikan kepada aku dan pilihlah seorang Khalifah yang kamu reda. Tiba-tiba orang ramai serentak berkata: Kami telah memilih kamu wahai Amirul Mukminin dan kami juga reda kepada kamu. Oleh yang demikian perintahlah kami dengan kebaikan dan keberkatan. Lalu beliau berpesan kepada orang ramai supaya bertakwa, zuhud kepada kekayaan dunia dan mendorong mereka supaya cintakan akhirat kemudian beliau berkata pula kepada mereka: "Wahai sekalian umat manusia! Sesiapa yang taat kepada Allah, dia wajib ditaati dan sesiapa yang tidak taat kepada Allah, dia tidak wajib ditaati oleh sesiapapun. Wahai sekalian umat manusia! Taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah di dalam memimpin kamu dan sekiranya aku tidak taat kepada Allah, janganlah sesiapa mentaati aku". Setelah itu beliau turun dari mimbar.

Peristiwa yang berlaku di antara beliau dengan anak beliau semasa memegang teraju pemerintahan:

Umar pulang ke rumah kemudian beliau masuk ke tempat tidurnya. Sebelum sempat beliau membaringkan badan, tiba-tiba anaknya Abdul Malik masuk berjumpa dengan beliau. Pada masa tersebut anak beliau berumur 17, kemudian anak beliau berkata: "Apakah yang kamu ingin lakukan wahai Amirul Mukminin?" Lalu Umar menjawab: "Anakku! Aku ingin menghilangkan kepenatan seketika kerana aku terasa terlalu letih." Selepas itu Abdul Malik berkata: "Kamu ingin menghilangkan kepenatan sebelum kamu mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya, wahai Amirul Mukminin?" Lantas Umar menjawab: "Anakku! Kelmarin aku telah berjaga malam untuk menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan bapa saudara kamu, Sulaiman, nanti apabila tiba waktu Zuhur, aku akan mendirikan sembahyang bersama-sama dengan orang ramai dan Insya Allah aku akan mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya." Seterusnya Abdul Malik berkata lagi: "Siapakah yang dapat menjamin bahawa kamu akan terus hidup sehingga ke waktu Zuhur, wahai Amirul Mukminin?!" Mendengar kata-kata tersebut Umar terus bangkit lalu beliau cium dan peluk anaknya kemudian beliau berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah melahirkan seorang anak dari tulang salbi aku yang boleh membantu aku di dalam perkara agama aku." Setelah itu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai dengan berkata: "Sesiapa yang barang-barang mereka pernah diambil secara zalim, sila laporkan." Kemudian Umar mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya"


Keadilan beliau:

Umar rahimahullah pernah menghimpunkan sekumpulan ahli fekah dan ulama kemudian beliau berkata kepada mereka: "Aku menghimpunkan kamu semua untuk bertanya pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan barangan yang diambil secara zalim yang masih berada bersama-sama dengan keluarga aku?" Lalu mereka menjawab: "Wahai Amirul Mukminin! Perkara tersebut berlaku bukan pada masa pemerintahan kamu dan dosa kezaliman tersebut ditanggung oleh orang yang mencerobohnya. " Walau bagaimanapun Umar tidak puas hati dengan jawapan tersebut sebaliknya beliau menerima pendapat daripada kumpulan yang lain termasuk anak beliau sendiri Abdul Malik yang berkata kepada beliau: "Aku berpendapat bahawa ia hendaklah dikembalikan kepada pemilik asalnya selagi kamu mengetahuinya. Sekiranya kamu tidak mengembalikannya, kamu akan menanggung dosa bersama-sama dengan orang yang mengambilnya secara zalim." Umar berpuas hati mendengar pendapat tersebut lalu beliau mengembalikan semula barangan yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya.


Kematian beliau:

Pemerintahan beliau hanya berjalan selama beberapa ketika iaitu tidak melebihi dua tahun setengah sahaja. Kemudian beliau meninggal dunia dan kembali kepada Tuhannya dalam keadaan berlaku adil kepada rakyatnya dengan menjalankan pemerintahan sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.

Kita sesungguhnya sebagai insan, adalah makhluk yang sangat lemah. Allah s.w.t. sendiri menjelaskan hakikat ini dalam firmanNya yang bermaksud ; “dan manusia dijadikan bersifat lemah” [Surah An-Nisaa’ ayat 28].. Lemahnya seorang manusia itu sehingga ia pada bila-bila masa sahaja terdedah dengan kesilapan dan kesalahan. Bila-bila masa sahaja… dan sesiapa sahaja… termasuklah seorang daie itu sendiri.

Catatan saya kali ini adalah sebagai muhasabah kita bersama khususnya para duat atau daie ilalLah. Antara bencana besar yang sangat berisiko menimpa kita sebagai daie, murabbi, ketua, pemimpin atau sesiapa sahaja yang memiliki kelebihan atau kedudukan ialah bencana EGO.

Lantaran kita sahaja yang sering membimbing dan mendidik, memimpin dan menunjuk, sering menyampaikan nasihat dan bertazkirah. . ia boleh menimbulkan sejenis penyakit sampingan yang terkadang tidak disedari kecuali oleh mereka yang mendapat taufik Allah s.w.t. iaitu penyakit sukar menerima teguran, nasihat mahu pun kritikan.

Secara lisan memang mudah untuk seorang yang telah memiliki kedudukan tertentu di mata manusia untuk menyatakan bahawa “kita mestilah boleh menegur dan ditegur!” namun, secara hakikatnya Allah s.w.t. sahaja yang tahu bagaimana sukarnya membuang bisikan mazmumah ketika diri kita ditegur dan dikritik.Di antara kuman atau virus biasa yang akan mendampingi kita (daie, murabbi, qiyadah dsb) tatkala ditegur, dinasihati ataupun dikiritik ialah ;
Sukar menerima kesilapan dan kesalahan yang dikritik
Mencari justifikasi untuk membenarkan atau mempertahankan kesalahan tersebut
Segera berpaling kepada kelemahan dan keburukan yang ada pada si penegur
Mempertahankan kesalahan sendiri dan memburukkan peribadi si penegur
Kuman-kuman dan virus tersebutlah sekiranya tidak dihapuskan dengan segera akan mendedahkan kepada situasi yang lebih buruk sehingga membawa kepada terkoyaknya persaudaraan Islam dan timbulnya bibit-bibit permusuhan.




Bagaimanakah cara untuk mencegah diri dari ditimpa oleh risiko penyakit jiwa yang merbahaya ini? Di antara tips nya ialah :

Sewaktu menerima kritikan dan teguran di atas kesalahan yang memang kita lakukan, berfikirlah dengan dengan akal dan jiwa yang waras, tidak emosional dan dikuasai perasaan.
Berusaha melihat sesuatu dengan berjiwa besar dan berpandangan luas (big picture). Sekiranya timbul perasaan malu dan jatuh maruah ketika ditegur, yakinkan diri dengan segera bahawa orang yang berlapang dada dengan teguran akan lebih dihormati.
Segera bersangka baik bahawa si penegur yang menasihati kita tersebut sebenarnya sangat sayang akan kita sehingga ia sangat berharap perubahan yang positif dari tegurannya, bukan merendahkan kita.


Anggaplah bahwa kejadian ditegur atas kesilapan ini adalah cara Allah s.w.t. mendidik kita secara langsung. Allah sangat sayang kepada kita sehingga ditakdirkan ada orang yang berani menegur dan memperbaiki kesilapan kita. Nikmatilah tarbiyah Allah ini..
Bersyukur lantaran ada orang yang menegur agar kita tidak semakin leka, lalai dan terseleweng. Bayangkan jika kita terus di atas jalan kesilapan tersebut.. bagaimana natijahnya?
Ingatlah bahawa Rasulullah s.a.w. juga ditegur oleh Allah s.w.t. dalam peristiwa bersama Abdullah bin Ummi Makhtum yang buta. Tatkala Rasulullah s.w.t. sibuk melayani kalangan pimpinan dan pembesar kafir Quraisy sehingga merasa agak tidak selesa dengan kedatangan Sahabat yang buta lagi miskin ini datang untuk meminta pengajaran. Allah s.w.t. lantas menegur Nabi s.a.w. di atas perkara tersebut. Selepas turun surah ini, Rasulullah s.a.w. terus menyebarkannya agar dijadikan iktibar kepada umat yang lain. Dan jika Baginda bertemu dengan Abdullah bin Ummi Makhtum, baginda akan menyapanya dengan berkata: " Selamat bertemu dengan orang yang menyebabkan aku dikecam oleh Tuhanku". Inilah tarbiyah Allah s.w.t.

Inilah yang ditunjukkan pemimpin Islam selepas era pasca nabawi sebagai menterjemahkan amalan dan sunnah Rasulullah SAW. Saidina Abu Bakar al-Siddiq umpamanya, dalam ucapan sulungnya selepas dilantik sebagai khalifah meminta umat membetulkannya jika dia melakukan penyelewengan. Kata beliau, “andainya aku melakukan kebaikan, bantulah; tetapi andainya aku melakukan kesalahan, perbetulkanlah aku… patuhilah aku selama aku mentaati Allah, tetapi andainya aku sudah tidak mentaati Allah, kamu tidak perlu mematuhi aku lagi…”

Khalifah Sayyidina Umar al-Khattab juga berlapang dada menerima teguran daripada seorang wanita berkenaan saranan beliau supaya kadar mas kahwin yang diletakkan oleh pihak pengantin perempuan haruslah rendah kadarnya. Wanita berkenaan menempelak pandangan Khalifah dan menegaskan bahawa sebarang penetapan kadar mas kahwin sememangnya hak pengantin perempuan dan ia tidak sepatutnya dipertikaikan. Khalifah tidak menganggap teguran tersebut sebagai perkara yang memalukan bahkan menegaskan dengan kata-katanya, "Perempuan ini benar dan Umar telah bersalah". Penegasan Khalifah seiring dengan doa beliau sebagai seorang pemimpin yang menyebut sebagai, "Semoga Allah merahmati seseorang yang menunjukkan kepadaku tentang keaiban diriku".

Jika Rasulullah s.a.w. juga boleh ditegur, para sahabat besar juga bersedia ditegur.. siapalah kita untuk membesarkan diri (ego) dari menerima teguran??? Firman Allah S.W.T. :

"Dan apabila orang-orang yang apabila ia melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri mereka sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon keampunan terhadap dosa-dosa mereka. Dan siapakh lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa mereka selain dari Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji tersebut sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasan mereka keampunan dari Tuhan mereka dan balasan syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang kekal mereka di dalamnya, itulah sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal."[Surah Ali 'Imran: ayat 135-136]




[sumber artikel diambil dari http://hazmidibok. blogspot. com/]

Cara Nak Cover Malu...

Kalau tersepak batu
Jangan terus bangun,sebaliknya anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian orangt ramai… lepas tu baru bangun bila tak dak orang nampak…
Kalau terjatuh basikal
Cepat-cepat naik basikal anda semula dan jatuh lagi berkali-kali sehingga supaya orang sangka anda cuba saj-saja buat lawak..
Kalau terjatuh tangga
Terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus…
Kalau terjatuh dalam longkang
Pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat,pasti orang menyangka anda seorang yang prihatin dengan kebersihan..
Kalau terjatuh di depan bus stop
Terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalau tak dak..baring terus sampai malam dan tak ada lagi orang di bus stop….ni lah masa sesuai untuk bangun semula…
Kalau jatuh tergelincir kat lantai licin
Tarik lah kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda seorang sahaja yang malu…

Selamat mencuba!!!!!!!!!!!

Dipetik dari : http://www.ukhwah.com/
p/s: Salam,sebelum tu saya nk mintak maaf kpd editor majalah soutud du'ah kerana mngmbil artikel yg hndk dtrbitkan dlm mjlah tu..sebenarnya saya x than sgt nk tgk keluaran mjlh tu tp hajat saya x kesampaian..drpd artikel ni simpan dlm fail tu baik saya siarkan..dpt manfaat jgk..btl kan????

PEJUANG BANGSA

Engkaulah yang merobek benteng musuh
mempertahan diceroboh manusia rakus
biarpun berlari di celah hujan peluru
kau tetap pergi berjuang
nyawamu bagai dihujung rambut
menanti gugur demi bangsa
kau tetap berani dan tabah
melangkah gagah mencipta sejarah

Engkaulah yang mencipta impian merdeka
dalam gelap mencari cahaya
hapuskan penjajah dari bumi malaysia
membina negara gagah
seperti merpati terbang gembira
membelah pelangi

Dalam peredaran zaman
kau masih dikenang
permergianmu dihormati
pergorbananmu menjadi pembakar semangat
anak bangsa merpertahankan negara
Di jiwa ku sematkan
semangat pejuang bangsa
mempertahankan negara tanpa putus asa
kau sentiasa bersama seperti bayang-bayang
tahun demi tahun masa berlalu
kini 52 tahun sudah merdeka
Berjanjilah kepada pejuang bangsa
berkorban nyawa demi negara
kita akan mempertahankan kemerdekan sampai mati
biarlah tergadai nyawa dari tergadai
bangsa, negara, agamaku..
Selama-lamanya merdeka
akan tetap merdeka..

Tips Berurusan Dengan Lelaki

Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi.
Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...

1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.

2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ???

3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku. Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke.. Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..". Isk,isk..tak layaknya..

5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go. Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional.

Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam.

Ketulusan Hati-Marshanda

KETULUSAN HATI

Sedihku,
Sakitku ku terima,
Ku rela ku pasrah jalanku,
Ini suratan aku dicuba,
Demi rahmat-Mu ku memohon…..

Ya Allah redhoi ketulusan hati,
Ya Allah beri aku ketabahan,
Ya Allah aku sanggup berkorban,
Demi rahmat-Mu Ya Allah…

Di dunia yang sarat godaan,
Ku mohon dosaku ampunkan,
Ingin bahagia dunia Akhirat,
Turunkan rahmat-Mu untukku...

Mencegah itu Lebih Baik daripada Mengubati

Tips Kesihatan

GATAL KERONGKONG
Untuk menghilangkan gangguan ini, cubalah petua berikut. Ambil 2-3 helai daun salam segar yang telah dicuci bersih. Masukkan dalam mangkuk. Rendam dengan air panas. Tambahkan sedikit garam kemudian tutup. Biarkan hingga sejuk kemudian minumlah hingga habis.

DAUN BETIK MENGUBAT LUKA
Sekiranya anda luka terkena pecahan kaca dan serpihan kaca tertinggal dikaki, ambil daun betik dan tumbuk dengan sedikit garam hingga lumat. Tempelkan daun betik yang telah lumat itu pada luka tersebut dan balutlah dengan kain bersih. Insya-allah dalam beberapa hari serpihan kaca yang masih tinggal pada luka itu akan keluar dan lukanya akan segera kering dan sembuh.

UBAT GIGI PENAWAR KULIT MELECUR
Cara yang paling mudah mengubati kulit yang melecur ialah dengan menyapu ubat gigi keatas kulit berkenaan sebaik ianya terkena.

MENJAGA KESEGARAN MATA
Jika anda mengalami masalah penglihatan yang kurang baik anda boleh amalkan perubatan cara tradisional. Caranya ambil daun lobak merah, rendam dalam 1 mangkuk air panas , biarkan beberapa minit setelah itu minum airnya 3 kali sehari sebelum makan.

HILANGKAN JERAWAT
Ambil anggaran 9 helai daun bunga melati, dicuci hingga bersih. Kemudian tumbuklah daun tadi hingga lumat. Ambil daun yang sudah ditumbuk tadi dan sapulah pada muka yang berjerawar. Lakukan ini terus menerus hingga jerawat betul-betul hilang. InsyaAllah,

SELAMAT MENCUBA…….