TETAMU Utama Di Hati
UZLAH SATU AGENDA
Berkata Abu Bakar Al-Waraq r.h. : Tak payahlah kamu bercita untuk merasa ‘kemesraan Allah’ di hatimu selagi kamu suka sangat menggauli manusia. Dan kamu tidak usahlah bercita untuk mendapat keredhaan Allah selagi kamu sentiasa bercampur dengan ‘kegelapan’. Demikian juga, tidak usahlah bercita untuk mendapat kasih dan cinta Allah, selagi kamu masih mencintai dunia. Dan kamu tidak mungkin memperolihi kelembutan hati nurani selagi di dalam hatimu tidak ada perasaan kasih belas kepada anak yatim.
Kalaulah aku mengenali mu
Tahukah anda?
Ada nama 5 solat fardhu dalam perkataan ISLAM. Baru disedari, tetapi hanya orang Kedah saja selalu guna.
I syak
S ubuh
L ohoq
A sar
M aghrib
KalAu bukan lughah qadahiyyah, xblh buat formula nama solat dalam perkataan ISLAM. Hayya nata'allam lughah qadahiyyah
Isra' dan Mikraj
PERISTIWA | HAKIKAT PERISTIWA TERSEBUT |
Jin Ifrit membawa obor(api) sambil mengejar Nabi dari belakang | Malaikat Jibril ajarkan doa menangkis serangan jin. Apabila Nabi membacanya, jin tersungkur. |
Sekumpulan manusia memecahkan kepala sendiri. Apabila dicantum dipecahkan lagi tanpa henti. | Balasan bagi orang yang tidak mengerjakan sembahyang. |
Sekumpulan manusia memakai cawat dihalau untuk makan buah berduri yang amat pahit atau api neraka. | Balasan bagi mereka yang tidak mengeluarkan zakat. |
Sekumpulan manusia dihidangkan dengan 2 mangkuk berisi daging masak dan daging mentah yang busuk. Mereka memilih daging mentah. | Gambaran manusia yang berzina sedangkan mereka mempunyai pasangan yang sah. |
Beberapa orang tidak berdaya mengangkat seberkas kayu tetapi menambahkan lagi bebanan. | Gambaran orang yang diamanahkan sesuatu tugas, walaupun tidak mampu melaksanakannya tapi menerima amanah/tugas lain. |
Beberapa orang menggunting lidah dan bibir sendiri dengan gunting besi. Apabila bersambung semula digunting lagi tanpa henti. | Perbandingan orang yang menyuruh orang lain berbuat baik tapi dia sendiri tidak melakukannya. |
Sekumpulan orang berkuku tembaga menggaru muka dan dadanya sendiri sehingga habis daging, namun masih menggaru lagi. | Gambaran orang yang mengumpat dan membuka rahsia orang kepada orang lain serta menjatuhkan maruah mereka. |
Seekor lembu keluar dari satu lubang yang sempit, kemudian cuba masuk semula ke lubang itu tetapi tidak boleh. | Gambaran pasangan lelaki dan perempuan asing berbual perkara lucah, kemuadian menyesal tapi tidak mampu menarik perkataannya. |
Seorang lelaki datang dari arah kanan Nabi berhenti seolah-olah hendak bertanya sesuatu. | Seruan orang Yahudi.Jibril menerangkan jika Nabi melayan, nescaya ramai umatnya menjadi Yahudi. |
Seorang lagi datang dari arah kiri merayu Nabi supaya berhenti | Seruan orang Nasrani menghalang sebaran Islam. |
Seorang wanita dengan perhiasan yang sarat meminta Nabi berhenti. | Gambaran tipu daya dunia.Jika Nabi menjawab ramai akan terpesona dengan keduniaan. |
Orang tua duduk di tepi jalan seraya menyuruh Nabi berhenti | Seruan Iblis cuba menghalang usaha dakwah. |
Seorang wanita bongkok tiga menahan Nabi untuk bertanya sesuatu | Gambaran umur dunia yang sangat tua dan tunggu saat untuk kiamat |
Nabi tercium bau yang amat harum | Tempat Mashitah dibunuh kerana mempertahankan keimanannya sehingga dia dan keluarga menjadi mangsa kepada Firaun |
Kayu merentangi jalan sehingga menyukakan orang lalu-lalang | Gambaran orang yang suka berpeleseran dan melepak |
Sekumpulan orang berenang di dalam sungai darah. Mereka dilempar dengan batu. Batu-batu itu diambil dan dimakannya. | Gambaran orang yang makan riba’. |
Sekumpulan manusia menanam gandum. Sesaat kemudian berbuah dan dituai. | Gambaran orang yang suka membelanjakan harta untuk perjuangan menegakkan kalimah Allah. |
Langit Pertama | Nabi Muhammad berjumpa Nabi Adam a.s, bapa segala manusia. |
Langit Kedua | Berjumpa dengan Nabi Isa dan Nabi Yahya a.s. |
Langit Ketiga | Berjumpa dengan Nabi Yusof a.s. |
Langit Keempat | Berjumpa dengan Nabi Idris a.s. |
Langit Kelima | Berjumpa dengan Nabi Harun a.s. |
Langit Keenam | Berjumpa dengan Nabi Musa a.s. |
Langit Ketujuh | Berjumpa dengan Nabi Ibrahim a.s. |
Sekuat-kuat Tentera Allah Adalah Zikir
Biodata IBLIS LAKNATULLAH
Nama : Iblis Laknatullah
Tempat Lahir : Bermula keengganan sujud kepada Nabi Adam a.s.
Status : Fasik kelas pertama.
Agama : Kufur.
Tempat tinggal di dunia : Dihati mereka yg lalai.
Tempat tinggal di akhirat : Neraka jahannam.
Kawasan legarnya : Setiap tempat yg tidak mempunyai usaha mengingati Allah.
Arah laluan : Tiada haluan dan bengkang-bengkok.
Isteri di dunia : Setiap wanita yang tidak menutup aurat dan tidak mematuhi ALLAH,Rasulullah dan suami.
Kaum Kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi ALLAH.
Modal Pusingan : Angan-angan kosong.
Tempat pertemuan : Pasar dan pusat membeli belah.
Musuh Ketat : Orang Islam yang beriman dan bertaqwa.
Kegemaran : Melalaikan orang dari mengingati ALLAH, menggoda dan menyesatkan.
Matlamat : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir dan sama-sama masuk ke neraka jahanam.
Kelemahan : Bila orang membaca istighfar.
Lambang : Sebarang tatu.
Pejabat operasi : Tandas, bilik air, tempat bernajis serta tempat maksiat.
Rakan Kongsi : Golongan munafik serta syaitan dari kalangan jin dan manusia.
Sumber : Segala harta yang diperoleh dengan cara haram.

