Kenangan A1P5(Account), Kmk Slideshow: Mujahidah’s trip to Changloon (near Kangar), Perlis, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kangar slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Kenangan 2009

Assalamualaikum warahmatuLLAH....
Atikel ni untuk dikongsi bersama dan renung2kan serta fikir2kanlah....


Seorang,dahulunya sepasang matanya
yang bersinar sentiasa dijaga,sentiasa menjaga pandangan.
Pabila si teruna memandang, dia tertunduk.
Ketika berjalan, matanya selalu memandang ke lantai,
hatinya menggerakkan kaki menuju ke destinasi.
Melihat pabila perlu dan baik untuk dipandang.

Kini, sinaran matanya kian pudar.
Ekor matanya terkadang meliar.
Kerap juga matanya melimpahi air tanda ketenangan hatinya terganggu.
Pabila si teruna idaman hati memandang,
hatinya berdebar, panahan si teruna hebat dicabar.
Terkadang membuatkan si teruna sendiri tertunduk tewas.

Dahulu, telinganya sentiasa juga dijaga.
Mendengar segala-galanya, samaada yang baik atau yang buruk.
Tetapi,yang buruk hanya di dengar dengan fahaman kosong,
tidak mengiyakan,tidak mengikut atau menokok.
Segala baik yang didengar dilekatkan didalam hati dengan teguh
dan dijadikan pedoman buat melalui hidup yang penuh dugaan
demi mendapat redhaNYA.

Kini, telinganya dihidangi dengan lagu-lagu rancak yang melalaikan,
mendengar umpatan, hinaan dengan mulutnya pasti mengiyakan dan menokok.
Sedikit-sedikit perkara baik yang didengari
kian luntur dari hati dan pegangan.

Dahulu, bibir yang mungil sentiasa diukir senyuman.
Berkata bila sahaja yang perlu.
Pabila si teruna menegur,dia hanya tersenyum.
Bukan menggoda,tetapi satu isyarat bahawa dia tidak perlu disapa tanpa tujuan.
Bila si teruna bertanya tentang ilmu,
pasti dijawab penuh dengan keikhlasan tanpa niat yang berlainan.
Cukup sekadar jawapan.
Waktu kosongnya pasti diisi dengan puji-pujian kepada maha pencipta dan rasulNYA.

Kini, bibirnya sentiasa berkata-kata walaupun dengan si teruna.
Senda gurau dan gelak tawa sentiasa tersaji walaupun di hadapan teruna.
Terkadang senyuman juga digunakan bagi menggoda.

Dahulu, hatinya sentiasa dijaga walaupun terkadang sedikit tercalar.
Tetapi hati itu pasti dipulihkan kembali
dengan satu solat pembersihan dengan penuh khusyuk dan tawadduk.
Hatinya walaupun dilukai, pasti terlihat jua senyuman dibibir.
Hanya mengadu kepadaNya bagi mengubati luka dihati.
Hatinya sentiasa diisi dengan kecintaannya kepada Ilahi.
Ketenangan hatinya sentiasa tergambar diwajahnya.

Kini, hatinya sentiasa tercalar.
Ketenangannya sentiasa diragut.
Solat pembersih diri semakin berkurangan
dengan kesibukan rutin harian menjadi alasan.

Hari ini, seorang sahabatnya telah menyedarkan dirinya dari lena yang panjang.
Suatu ketika, fikirannya seakan terhenti.
Suatu ketika,fikirannya ligat berputar memikirkan perkara-perkara 'dahulu',
Suatu ketika, fikirannya mengingati perkara-perkara 'kini',
dan suatu ketika,fikirannya pantas melakukan kira-kira perkara 'dahulu' dan 'kini',
melakukan perbandingan dan mencongak keburukan dan kekurangan diri.

"DisakitkanNya kita sekejap tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya,disusahkan sedikit agar insaf, namun segera disenangkan semula, itulah belaianNya.Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang,namun tidak lama kerana kasihNya.Dipanggil-panggil kepadaNya untuk meminta itu dan ini.Tuhan amat melayani hambaNya tetapi hamba langsung tidak peduli."

Hari ini, matanya sekali lagi dilimpahi air.
Bukan kerana terguris,tetapi setitik air matanya mewakili kekesalan hati
atas pekara-perkara 'kini' yang dilakukannya.

Hari ini, telinga dan mulutnya seakan terkunci.
Kesal dan terguris dek hari-hari 'kini' yang tersasar jauh dari landasan keimanan insan dan menyedihkan .

Hari ini, hatinya diruntun sayu,terharu atas nikmat hidayah dan peluang
yang telah diberikan oleh yang Maha Pencipta kepada dirinya.

Hari ini, dia cuba menyatukan mata,telinga, mulut dan juga hati dengan kukuh.
Cuba mencari kekuatan,
cuba membulatkan tekad,
cuba menyimpul semula keimanan demi mendapatkan redha yang Maha Esa.

Supaya 'hari ini dan selamanya' harinya sentiasa mendapat cahaya dari pencipta. Supaya 'hari ini dan selamanya' harinya, matanya akan kembali bersinar.
Supaya 'hari ini dan selamanya' harinya, telinganya sentiasa terjaga.
Supaya 'hari ini dan selamanya' harinya, bibirnya sentiasa terukir senyuman ikhlas dan mengucapkan yang keperluan dan mengisyaratkan batasan.
Supaya 'hari ini dan selamanya' harinya, hatinya kembali tenang dan kembali terisi
dengan kecintaan kepada Ilahi...

Hari ini dan selamanya, perjalanannya seperti roda,
harapannya hanya satu,agar mendapat keredhaan Ilahi tanpa tersasar dari landasan iman.
Satu harapan bagi setiap insan beriman yang sentiasa hanya mengharap cinta Ilahi.
Dari cintaNya kita berasal,Dan atas nama cinta Dia menciptakan kita
Kerana cinta kita mendatangiNya
Dan demi cinta juga kita kembali kepadaNya…

Jenis Nafsu

NAFSU AMMARAH
Nafsu yang sentiasa mendorong dan menyuruh manusia melakukan kejahatan, dan berasa gembira serta bangga dengan kejahatannya.

NAFSU LAWWAMAH
Mengetahui dengan ilmunya bahawa perbuatan jahat dan dosa itu salah, tetapi masih melakukan perbuatan tersebut. Oleh itu, dia menyesal di atas perbuatan jahatnya itu.

NAFSU MULLHAMAH
Jiwanya banyak terkumpul dengan sifat-sifat baik akan tetapi jiwanya memerlukan kesabaran, tabah dalam mujahadah dan sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah S.W.T.

NAFSU MUTMAINNAH
Nafsu ini ialah nafsu yang tenang dan tenteram ketika mengingati Allah S.W.T dan sentiasa dekat dengan Allah S.W.T.

NAFSU RADHIAH
Jiwa yang reda terhadap Allah S.W.T, sentiasa dalam keadaan selamat sejahtera, mereka puas dengan nikmat kurniaan Allah S.W.T.

NAFSU MARDHIAH
Jiwanya sentiasa mendapat keredaan Allah S.W.T. Bukti keredaan Allah S.W.T dapat dilihat daripada akhlaknya yang mulia, mempunyai sifat ikhlas dalam amalannya.

NAFSU KAMILAH
Jiwa yang sempurna, jiwanya berada pada peringkat tinggi, sempurna, memiliki sifat-sifat diri yang baik dan sempurna.

Apakah jenis nafsu yg wujud dalam hati saudara dan saudari???
Sama-samalah kita memperkemaskan kembali nafsu yg buruk kepada yg baik
..

p/s : ana terkejut bila dapat tau ada jenis-jenis nafsu pd diri kita ini yg sama dengan nama adik-beradik ana..Antaranya,Kak Mardhiah,Kak Kamilah dan adik Radhiah..yg memberi persamaan kpd jenis nafsu MARDHIAH,nafsu KAMILAH dan nafsu RADHIAH..ana harap makna kpd nafsu tersebut wujud dlm diri adik-beradik ana dan kpd ana sendiri serta sahabat2 yg lain.

Juara

Tahukah anda pembaca, asal kejadian saudara?

Terjadinya saudara adalah hasil pertemuan sperma dari bapa dan telur dari ibu. Di saat terpancutnya mani maka berenang-renanglah saudara berserta beratus ribu sperma lain. Terjadinya sau peraduan renang yg hebat. Lebih hebat dari olimpik. Betapa tidak..Pertama, dalam peraduan renang olimpik hanya beberapa puluh peserta sahaja sedangkan peraduan ini mengandungi ratusan ribu peserta. Kedua, lorong renang Olimpik lurus, bergarisan dan luas sedangkan peraduan ini lorongnya berliku-liku hebat, jauh, penuh rintangan dan berhimpit-himpit dengan peserta-peserta lain. Ketiga, peraduan renang Olimpik menjanjikan tiga hadiah (emas,perak dan gangsa) sedangkan peraduan ini hanya satu mempunyai satu hadiah(sebiji telur). Keempat, yg kalah di peraduan ini beerti kematian. Kelima, yg menang di Olimpik terjamin mendapat hadiah tetapi menang di peraduan ini belum pasti terus hidup. Banyak lagi rintangan dan dugaan.

Demikian hebatnya peraduan renang ini sehingga ramailah perenang yg tersangkut di ranjau2 sepanjang jalan. Namun saudara terus mara. Akhirnya sampailah ke garisan penamat. Selain dari saudara ramailah perenang lain turut sampai. Maka berlakulah perebutan mencuba hendak bercantum dengan telur. Akhirnya hanya seorang pemenang. Itulah saudara!! Adakala terdapat dua,tiga,empat atau lima pemenang. Jadilah kembar. Tapi selalunya seorang saja pemenang. Alangkah bangganya, alangkah gembiranya kerana saudaralah JUARA.

Dari saat itu bermulalah pula ujian dan dugaan baru. Kadang-kadang ibu turun darah, keguguran. Namun selalunya si Juara terus berpaut teguh pada rahim ibu sehingga beberapa bulan.

Walau dalam keadaan sarat, ibu-ibu masih kuat dan rajin bekerja. Adakalanya ibu tergelincir. Bergegarlah gantungan si Juara namun terus berpaut teguh hinggalah sampai waktunya.

Bila sampai waktunya alangkah sukar untuk keluar. Kepala besar, badan besar sedangkan pintu keluar kecil. Si Juara terus bergerak mengasak. Sedikit..Sedikit..Sudah kelihatan cahaya.Lagi..Lagi..Ah!! Keluar semua..Waaa....!!!!!

Samada anak Melayu, Jawa, Aceh, Cina, India, Inggeris jeritannya sama. Waaaa....!!! Itulah jeritan JUARA. Jeritan memberitahu pada dunia :

*AKULAH JUARA

*AKU SUDAH DATANG

Hebat jeritan itu. Lebih hebat dari jeritan sebaik mengalahkan sang singa.

Dengan segera ayah datang membisikkan Qamat/Azan. Begitu baru saudara datang ke dunia begitu segera pula saudara terdengar suara halus (tapi seni segala seni) di cuping telinga seruan yang antara lain menyeru saudara menuju kejayaan. Haiyaalalfalah, Haiyaalalfalah!!!


Muara Cinta

Pernah dahulu aku memiliki
sebentuk cinta, cinta indah mempesona
namun kini baru kusadari
semua itu tipu daya dunia

Kini telah aku temukan
arti cinta, cinta abadi hakiki
yang tak menyisakan kesia-siaan
kurasakan segalanya penuh makna

Allah...ajarkan diriku
memahami arti cinta
yang sejati dalam hidup ini

Bukan...atas dasar nafsu belaka
yang senantiasa melenakan
dan menyesatkan jiwaku

Allah...sucikan hatiku
luruskan niatku
untuk jadikan diri-Mu
muara dari segala
cintaku...


Anda Ingin Lebih Cantik dan Menarik???

1.Jadikanlah tunduk pandangan sbg hiasan mata anda,nescaya anda semakin bening dan jernih.

2.Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda,nescaya akan semakin manis.

3.Gunakanlah "pemerah pipi" anda dgn kosmetik yang terbuat drpd nada rasa malu yg dibuat dr Salon Iman.
(IMAN ADA 70 CABANG)

4.Pakailah "sabun istighfar" yg menghilangkan semua dosa dan kesalahan yg anda lakukan.

5.Rawatlah rambut anda dgn "selendang islami" yg akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yg membahayakan.

6.Hiasilah kedua tangan anda dgn "gelang tawadhu' " dan jari-jari anda dgn "cincin ukhuwah".

7.Sebaik-baiknya kalung anda adalah "kalung kesucian".

8.Bedakilah wajah anda dgn "air wudhu' ",nescaya akan bercahaya di akhirat.
(WUDHU' YANG SEMPURNA)


Ukhuwah Dalam Memimpin

Ukhuwah adalah satu ikatan kasih sayang yang melahirkan perasaan belas kasihan, bertimbang rasa terhadap Islam. Ia adalah anugerah daripada Allah kpd yg ikhlas di kalangan hambanya para penolongnya, pengikut dan kelompoknya yg berjiwa bersih dan suci.

Allah subhanahu wa ta'ala berfirman :

"...Dialah yg menguatkanmu dgn pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yg beriman. Dan (Dialah) yg menyatupadukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yg ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat jua menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
(Surah Al-Anfal ;62-63)

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Perbandingan orang-orang Mukmin dalam erti kata kasih sayang mereka, perasaan belas kasihan mereka, dan timbang rasa mereka itu adalah laksana satu badan".

Umat Islam sentiasa dititikberatkan agar menyemai benih-benih persaudaraan sesama saudara Islam secara umumnya dan antara pemimpin dan pengikut secara khususnya. Bagi pemimpin dia merupakan kepala kpd badan organisasi yg menentukan tujuan, matlamat dan mengatur dan mengawasi segala perancangan. Selain itu juga pemimpin merupakan lambang kesatuan (wehdah) dan kerapian organisasi. Telah menjadi perkara yang dimaklumi bahawa kesatuan adalah lambang kekuatan. Ianya hanya akan tercapai bila mana ukhuwah tumbuh subur di dlm diri mereka(pemimpin dan pengikut). Tetapi berapa ramaikah yg benar-benar memahami hakikat ukhuwah dan persaudaraan itu? Bukanlah dimaksudkan persaudaraan jika persekitaran individu itu hanya dikelilingi oleh ribuan pengikutnya atau lebaran senyuman yg dipersembahkan kpdnya dan bukan juga rentakan kaki senada dan seirama, setia mengikut apa sahaja tetapi apa yg dikehendaki dgn ukhuwah ialah mengikat antara hati dan jiwa dgn ikatan akidah yg merupakan ikatan yg paling kuat dan tinggi. Ukhuwah(persaudaraan) adalah saudara iman, manakala tafarruq(perpecahan) ialah saudara kufur.

Oleh itu dibawah naungan kasih sayang dan persaudaraan akan tercapailah kpd beberapa marhalah menuju kesempurnaan sesuatu organisasi. Antaranya ialah :

KERJASAMA: setiap individu sentiasa bersiap sedia dgn menyumbang tulang empat kerat bg melicinkan serta memantapkan lg gerak kerja.

WEHDATUL FIKR: meningkatkan persefahaman anggota kpd matlamat dan halatuju yg satu agar dpt mengelak drpd perbalahan atau perpecahan.


Anda Boleh !!!!

Jika Anda Fikir Anda Boleh

Andainya Anda Fikir Anda Tewas, Anda Akan
Pasti Tewas,Bila Anda Fikir Anda Takut,
Anda Akan Takut.

Jika Anda Ingin Menang,
Tetapi Anda Fikir Anda Tidak Boleh,
Besar Kemungkinan Anda Tak Akan Menang.

Jika Anda Fikir Anda Kalah, Anda Akan Kalah,
Kerana Kejayaan Bermula Dari Niat
Iaitu Apa Yang Tertanam
Dalam Mindanya.

Jika Anda Fikir Anda Tersisih,
Anda Betul Akan Tersisih.
Anda Patut Berjiwa Besar Untuk Maju.
Anda Patut Yakin Pada Diri Sebelum Anda Boleh
Mengharapkan Kemenangan.

Kejayaan Hidup Tidak Sentiasa Diperolehi
Oleh Insan Yang Kuat Dan Pantas.
Lambat Laun Insan Yang Menang Ialah
Mereka Yang Fikir " AKU BOLEH "!!!!