Kenangan A1P5(Account), Kmk Slideshow: Mujahidah’s trip to Changloon (near Kangar), Perlis, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kangar slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Kenangan 2009


~IFTOR PERDANA dan MESYUARAT PERLANTIKAN ALUMNI MMPS~





Majlis Iftor Alumni MMPS
~sebagai wadah bekas2 pelajar utk berkumpul..

Assalamualaikum shabat2 semua....mari sertai bersama saya MAJLIS IFTOR PERDANA SERTA MESYUARAT  PERLANTIKAN ALUMNI....spa2 yg blum diinvite msuk ke group “ALUMNI MMPS (POKOK SENA)” tersebut,sila2 la msuk..
Pastikan sahabat2 hadir!
-comfirmkan status kehadiran anda kpada wakil batch masing2..


Perhatian kepada bekas2 plajar batch 2010 semua...bayaran bleh dibuat kpd Mohd Shafiq & Shahida Fariha..klu ada sbrg kesulitan utk membayar,apa2 pun comfirmkan kehadiran sahabat2 smua terlebih dahulu kpada wakil batch anda..anda blh menghubungi ajk yg tersebut diatas dgn contact or inbox kpd mereka....wa'allahualam


Perhatian kepada bekas2 plajar batch 2009 semua...bayaran bleh dibuat kpd Muhammad Shauqi Elias & nurul shifa (Virgo's Violet)..klu ada sbrg kesulitan utk membayar,apa2 pun comfirmkan kehadiran sahabat2 smua terlebih dahulu kpada wakil batch anda..anda blh menghubungi ajk yg tersebut diatas dgn contact or inbox kpd mereka....wa'allahualam

batch lain juga dijemput...jika anda ingin sertai majlis tersebut sila maklumkan kehadiran anda kpd saya sendiri atau ajk2 penaja penubuhan ALUMNI MMPS yg lain...

p/s :  segala masalah atau pertanyaan/kemyushkilan bolehlah menghubungi ammar mustaffa (013 4157517) atau mohd shafiq (013 4427435).. Pihak penganjur sangat mengharapkan sumbangan untuk melancarkan iftor tersebut dan untuk kegunaan alumni pada masa akan datang.. harap maklum dan respon segera kehadiran anda sebelum 19 0gos 2011/19 Ramadan 1432H untuk tempahan makanan..

SELAMAT DATANG WAHAI
RAMADHAN AL-MUBARAK


Ramadhan ialah bulan umat Muhammad SAW. Rasulullah SAW bersabda: Jika umatku mengetahui akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan, nescaya umatku menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu ialah Ramadhan semuanya.

Di antara kelebihan yang telah disediakan oleh Allah di dalam bulan Ramadhan ialah:
Ø  Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.
Ø  Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran  sama seperti amalan fardhu.
Ø  Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian; Bahagian yang pertamanya dipenuhi dengan rahmat Tuhan. Bahagian yang keduanya dipenuhi dengan keampunan Tuhan dan bahagian yang akhirnya ialah pembebasan daripada api neraka Allah SWT.
Ø  Bulan Ramadhan ialah bulan yang tidak akan ditolak doa yang berdoa ikhlas kerana Allah.
Ø  Bulan Ramadhan ialah bulan yang segala amal ibadat seperti membaca al-Quran, bersolat, berzikir, berselawat, berdoa, bertaubat akan dirasakan manis oleh orang yang melakukan hanya untuk mendapat keredhaan Allah.

Ibu Tercinta



IBU  TERCINTA


Ibu pernah mengusirku keluar dari rumah
tetapi menangis ketika aku susah
ibu tak boleh memejamkan mata
bila adikku tak boleh tidur kerana lapar
Ibu akan marah besar
bila kami merebut makan
yang bukan hak kami
ibuku memberi pelajaran keadilan
dengan kasih sayang
ketabahan ibuku berusaha
mengubah rasa sayur murah
jadi sedap...

ibu menangis ketika aku mendapat susah
ibu menangis ketika aku bahagia
ibu menangis ketika adikku mencuri sepatu
ibu menangis ketika adikku keluar penjara

ibu adalah hati yang rela menerima
selalu disakiti oleh anak-anaknya
penuh maaf dan ampun
kasih sayang ibu
adalah kilau sinar keajaiban Tuhan
membangkitkan haru insan
dengan kebajikan
ibu mengenalkan aku kepada Tuhan

Oh,Tuhan...kau berilah Syurga Firdausi untuk ibuku yang tercinta...

Kebangkitan Islam Kali Ke-2


Kebangkitan islam kali ke-2
''dan tlh mengeluarkn
ibni abi syaibah dan nu'aim bin hammad dlm al fitan dan ibnu majah dan abu nu'aim dari ibnu mas'ud katanya ketika kami berada disisi Rasulullah saw,
tiba-tiba dtg sekelompok ank-ank muda dari kalangan bani hasyim.
Apabila terlihat mereka maka kedua mata rasulullah berlinang air mata dalam merah muka berubah
aku pun bertanya
''mengapakah kami melihat pada wajahmu sesuatu yg kami tidak sukai?
Rasulullah menjawab:
''kami ahlul bait telah allah pilih utk kami akhirat lebih dari dunia,
kaum kerabarku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak,
sampai dtgnya suatu kaum dr TIMUR yg membawa bersama panji-panji berwarna hitam.
Mereka meminta kebaikan,
ttpi tdk diberikan,
maka mereka pun berjuang dan memperoleh kemenangan.
Lalu diberikan apa yg mereka minta itu,
tetapi
mereka tidak menerimanya hingga menyerahkn kpd seorg LELAKI dr kaum kerabatku yg menjadikan bumi dgn keadilan sebagaimana bumi dipenuhi kedurjanaan.
Sesiapa diantara kamu yg sempat menemuinya maka datangilahnya walaupun merangkak di ats salji

''sesungguhnya dialah al mahdi''

‎-COMPUTER TIPS-


-COMPUTER TIPS-
'Enter’ the masjid,
‘Forward’ your solat,
‘Download’ pahala,
‘Firewall’ your iman,
‘Backspace’ from syaitan,
‘Bookmark’ to ALLAH SWT,
’Delete’ ALLAH’s enemies,
‘Copy paste’ from the Al-Qur’an & Sunnah,
‘Help’ your muslim brothers n sisters,
‘File’ ur amal,
‘Edit’ ur akhlaq
‘View’ your good & bad deeds,
‘Search’ the straight and right path,
And InsyaALLAH you will never get ‘virus’
Jejak (Mars Korsad) - Izzatul Islam-Hendra







Menapaki langkah langkah berduri
Menyusuri rawa lembah dan hutan
Berjalan di antara tebing curam
Semua dilalui demi perjuangan

Letih tubuh di dalam perjalanan
Saat hujan dan badai merasuki badan
Namun jiwa harus terus bertahan
Kerna perjalanan masih panjang

Kami adalah tentara Allah
Siap melangkah menuju ke medan juang
Walau tertatih kaki ini berjalan
Jiwa perindu syahid tak akan tergoyahkan

Wahai tentara Allah bertahanlah
Jangan menangis walau jasadmu terluka
Sebelum engkau bergelar SYUHADA
Tetaplah bertahan dan bersiap siagalah


TERIMALAH DAKU

Wahai Tuhan…
 Siapalah aku untuk dipandang-Mu…
 Layakkah aku menjadi kekasih-Mu…
 Masih adakah buatku
 peluang untuknmendapat
 seperti para kekasih-Mu..
 Masih adakah peluang untukku…?
 Sedangkan
 berjuta manusia lebih mulia..
 lebih dipandang hati mereka
 dariku yang hina ini…?

 Ya Allah…
 Sudilah kiranya engkau menerimaku…
 Wahai Tuhan..
 Aku merayu kepada-Mu…
 Ya Allah…
 Bantulah hamba-Mu yang lemah ini
 Agar sentiasa diberi kekuatan
 Sekalipun nanti aku seorang diri…

 Ya Allah…
 Nasibku di dunia
 Untuk mendapat cinta-Mu tidak terjamin
 Di akhirat mungkinlah tidak bertempat…
 auzubillah…
 Sedangkan,
 Saidina Umar Abd Aziz mengatakan
 neraka seolah-olah diciptakan untuknya …
apatah lagi aku yang sangat berdosa ini…   
Wahai Tuhanku…
Terimalah daku.


HADIR KE HADRATMU….    
Inilah hatiku…