Kenangan A1P5(Account), Kmk Slideshow: Mujahidah’s trip to Changloon (near Kangar), Perlis, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kangar slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Kenangan 2009

Ku Pilih Jalan-Mu


Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan

Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa

Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku

Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku di jalan ini

Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa

Dan ku mohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu...

JAGA HATI..............

10 KATA DUSTA LELAKI KATAKAN KPD WANITA

1. Saya akan menelefon awak.
2. Aku cinta padamu.
3. Hanya kau yang satu dalam hidupku.
4. Saya terpaksa melakukan kerja-kerja pejabat
sampai lewat malam.
5.Saya tidak pernah rasa begini dengan orang lain.
6. Saya tidak pernah merasa dilayani begini.
7. Awak memiliki mata yang paling cantik.
8. Tidak, saya belum belum kahwin lagi.
9. Maaf, saya tertinggal kad kredit dan dompet di rumah.
10. Tidak ada apa-apa yang berlaku, percayalah cakap saya.





TIPS KENALI SENJATA WANITA

Airmata
Airmata perempuan memiliki kuasa luar biasa, digunakan untuk menagih rasa belas ihsan sama ada ketika ditimpa kesusahan atau taktkala meminta sesuatu yang susah didapati.
Senyuman
Dengan senyuman manis, perempuan boleh menguasai mana-mana lelaki. Senyuman seorang isteri melembutkan hati suami yang keras atau sedang marah.

Tuturkata
Tuturkata yang manis, pandai memilih kata-kata yang manis apabila meminta sesuatu yang dihajati. Gunakanlah ia untuk menyenangkan hati dan memberi semangat kepada suami.

Berhias.
Wanita pandai berhias untuk menawan nafsu lelaki. Dengan kecantikan wanita mampu menjadikan lelaki tergila-gila. Sekiranya perkara sedemikian dilakukan kepada suami, tenteramlah suami ketika di rumah.

Pandai
Pandai mengambil hati untuk menarik perhatian lelaki. Apabila si isteri lakukan kepada suaminya, pasti kasih sayang akan sentiasa mekar.

Kisah-kisah Serikandi Islam

Seringkali kita dengar nama-nama serikandi islam yg selalu dilaungkan didalam nasyid2 yg disiarkan oleh kumpulan nasyid Malaysia..dari lirik nasyid tersebut kita telah dapat mengetahui kisah2 yg berlaku kpd serikandi2 islam pd zaman dahulu...Antaranya :

Sumaiyah



Zinnirah



Ainul Mardhiah



Balqis



Halimatus Saadiah



Siti Khadijah



Rabiatul Adawiyah



Sama-samalah kita hayati dan mengambil teladan/pengajaran daripada kisah2 serikandi-Serikandi Islam sbg semangat untuk berjuang di jalan Allah..

Kisah ku bersama Su, Zu, As, Mag dan Is……..selamat membaca

Aku dan Su
Su, dah lama aku melupakan kau. Tak macam dulu. Contohnya tadi, aku betul-betul lupa, Su. Pagi tu, aku bangun lambat. Dekat-dekat pukul lapan. Kelam kabut aku bersiap untuk ke kelas, mana tidaknya, malam tadi aku tidak tidur semalaman. Assignment bertimbun. Report makmal latihan la, latihan Kaedah Berangka la, ulasan buku la. Tu belum lagi dengan preparation kuiz elektronik esok. Lecturer-lecturer ni pun satu, macam dah pakat ramai-ramai je nak bagi assignment banyak-banyak. Diaorang ingat aku ni apa? Robot ke?
Menyesal aku tak siapkan awal-awal assignment tu. Kalau tak, takdela ia jadi macam ni. Minta maaf, Su.
Aku bukannya tak nak jumpa kau, tapi kau faham-faham je lah keadaan aku. Bukan kau sorang je aku lama tak jumpa, Su. Zu pun lama aku tak jenguk.


Aku dan Zu
Kesian Zu. 'Sorry' bebanyak la, Zu. Aku sekarang lambat balik kelas. Pukul satu. Tu pun kalau takde kelas petang. Kalau ada kelas petang, harus aku terpele'ot. Balik je, lapar-lapar tu, aku terus je pergi kedai Mak Ngah.
Ala, kedai nasi lemak 'power' tu. Lepas pekene nasi lemak Mak Ngah, aku tak lengah,terus tidur. Kadang-kadang sekejap, biasanya lama. Aku tahu, Zu. Dulu aku rajin jumpa kau 'time-time' macam ni, tapi sekarang aku pun tak tau kenapa aku tak dapat jumpa kau. Aku takde masa, Zu.

Aku dan As
As, kau sorang lagi kawan rapat aku dulu. Nampak macam aku dah mengabaikan kau aje sekarang ni. Aku sibuk, As. Petang-petang aku pergi 'library', 'study'. Takpun, ada meeting time tu. Kau kan tau, aku presiden Kelab Kebersihan. Kejap-kejap ada je program. Aku kene jaga anak-anak buah aku tu. Diaorang tu bukan tau sangat buat keje. 'Meeting' pulak tu, bukan tau nak sekejap, mesti lajak sejam dua punya. Kalau meeting 'start' pukul 4, harus pukul 6 baru 'settle'. Tu belum kira borak-borak kosong lagi. Diaorang ni, kalau 'meeting' tak lama, tak mahasiswa la kononnya.

Aku dan Mag
Mag pun aku dah ingat-ingat lupa. Agaknya sebab enkau ni ganjil, kot. Yang lain tak ganjil macam kau. Macam mana aku nak jumpa kau, Mag. Sekarang ni, latihan bola sepak tengah giat. 'Coach' nak pilih pemain-pemain handal aje untuk 'team' dia. So, latihan pun dipanjangkan. Aku pulak, mestilah berlatih bersungguh-sungguh. Aku dulu pemain sekolah. Kalau aku tak terpilih, malu besar la aku. Mana aku nak letak muka aku ni. Kawan-kawan aku semuanya kaki bola. Diaorang semua balik lewat. Main sampai hari gelap. Kalau aku balik awal, alamat balik sorang-sorang la aku. Aku dah la menumpang motor orang. Balik aje dari main bola, aku tak terus mandi. Mana boleh mandi masa berpeluh, panau nanti. Agak-agak penat dah hilang, baru aku mandi. Lepas mandi, member-member aku semua ajak keluar makan.

Aku dan Is
Aku tahu ada temujanji dengan Is malam ni, pukul lapan setengah. Tapi member-member aku dah tunggu. Kalau aku tak pergi, nanti diaorang kata aku sombong la, macam-macam. Tu yang aku tak nak dengar tu. Dah tu kita orang lepas makan, sembang la pulak. Lepas satu topik, satu topik keluar. Balik lewat malam. Layan pulak VCD Hindustan lepas tu dengan member-member. Is,'sorry'. 'Last-last', semuanya aku tinggalkan.




Kawan-kawan semua,untuk pengetahuan korang, nama sebenar kawan- kawan aku tu, Su, Zu, As, Mag dan Is, masing-masing adalah Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Korang semua janganlah jadi macam aku. Jagalah mereka dengan sepenuh jiwa dan raga. Mereka semua adalah 'kawan sejati' kita yang sebenar, yang akan "backing" kita kat akhirat nanti. Semoga cerita rekaan yang takde kaitan dengan sesiapa ni menjadi pengajaran dan iktibar kepada kita semua.

Wallahua'lam.

Penghitungan Seorang Anak dan Seorang Ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu...Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian & keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu".

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada
muka surat yang ditulisnya.

Ingat lagu di RTM? - Who's next? My mother! Who's
next? My Mother!

Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah komen ini
kepada sahabat-sahabat anda.

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10 lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu dan
juga semua orang!

sAyAnGiLaH IbU aNdA..

Ke Mana Harusku Tuju

Alhamdulillah....
Ana bersyukur sangat2 coz peperangan dunia(SPM) telah berakhir...Ana harap diri ini dpt kembali mengukirkan senyuman untuk mengubat keletihan berperang yg berlangsung selama sebulan lebih...nak diikutkan hti mmg ltih tetapi kita sbg mnusia seharusnya ingat bahawa keletihan ini hanya sementara untuk dirasai...Oleh itu,hati ini menjerit2 agar aku merasai peritnya peperangan ini dan aku terus bersabar untuk meneruskan kehidupan yg msh panjang lg..Insya-Allah.
Dalam hatiku juga telah berbicara,aku sebenarnya sedih bknnya gembira..Apabila tamatnya peperiksaan ini ,aku diberi pilihan untuk terus belajar ataupun sentiasa relax menggoyang kaki..hati ini sedih apabila memikirkan sekolah yang dicintai terpaksa ditinggalkan kerana menuju ketempat yang dihajati..kawan2 yg seperjuangan terpaksa dipisahkan kerana masing2 menuju arah yg berbeza..diri ini msih binggung memikirkan aktiviti2 yg sepatutnya dilakukan..terlalu banyak perkara yang hendak dibuat dan terlalu banyak benda yg hendak ditinggalkan...Hatiku binggung sendirian...kawan2 hilang lenyap tanpa berita dan aku kehilangan tempat untuk meluahkan perasaan..aku sedang tersepit untuk membuat pilihan dlm hidupku..apa yg hrus aku lakukan sekarang????????
Apa2 pun kita berserah kpd Allah SWT..kita nntikan result yg akn diperoleh drpd usaha yg xseberapa nie...
"Ya Allah ku mohon untuk diberikan kejayaan untuk diriku dan sahabat2 seperjuangan yg lain"...Amiiiiiin



MAKLUMAN !!!!!!!

Photobucket

"Klik Di Sini

Untuk Maklumat lanjut


*Terbuka kepada semua pelajar Islam di seluruh negeri dalam Malaysia.

*Tiada sebarang yuran dikenakan.

* sangat bermanfaat kepada anda. Kenapa??? Kerana dapat menambah ilmu anda, kesedaran anda , karisma kepimpinan anda dan macam-macam lagi..Pasti anda tidak rugi punya!!!

*Anda berada di luar Kedah.?? Sila hubungi unit pengangkutan program

Muslimin : Zulfahmi Zamzam (0134602804)

Muslimat : Adibah bt Sharif (0134740825)

*pengangkutan disediakan dari stesen bas shahab ke tempat program

Untuk maklumat lanjut atau sebarang masalah anda boleh hubungi :

*Cikgu Sukarno – 019-5987842

*Saudara Amin (bg peserta Muslimin )
– 013-4661669/syababul_muslim91@yahoo.com.my

* Saudari Adilah (bg pserta Muslimat)
- 013-4929164/nisauddin_17@yahoo.com