Kenangan A1P5(Account), Kmk Slideshow: Mujahidah’s trip to Changloon (near Kangar), Perlis, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kangar slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Kenangan 2009

STRESS???

Apa itu STRESS ????
Stress ialah situasi yang mengganggu atau membina kehidupan.

Faktor2 yg mempengaruhi stress dalaman (internal) :-
• keperluan dan kemahuan
• perwatakan
• bercita-cita tinggi tetapi x berusaha
• banyak berfikir perkara-perkara negatif(kognitif)
• personaliti x selaras
• kelemahan dlm berinteraksi dgn org lain
• maklumat yg disampaikan x dapat diterima dgn berkesan


Faktor2 yg mempengaruhi stress luaran (external) :-
• hubungan dgn keluarga kurang baik
• suasana persekitaran yang x selesa
• komunikasi dgn org lain mencetuskan masalah


Teknik atasi stress :-
• riadah bersama kawan2 untuk buat kita gembira
• memberi penghargaan kpd diri sendiri
• percakapan diri yg membina
• melakukan kerja kemasyarakatan dan kebajikan
• meluahkan perasaan dlm bentuk penulisan kreatif dan dinamik
• menghiburkan diri dgn berjenaka
• meninjau org yg kurang bernasib baik
• cari tmpat yg jauh drpd org lain dan menjerit sekuat hati

KELUHAN KASIH

Pada pagi itu,seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatangan tetamu tetapku.

“Assalamualaikum”,seru Subuh. “Waalaikumussalam” sahutku.

Kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Ku tanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.

“Tadi…” kata Subuh dengan sayu, “…Aku baru saja melintasi satu tempat. Ku cari tempat persinggahan, ku ketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satupun yang tiada menerimaku sebagai tetamu.” Dan air mata Subuh pun berlinangan.

“Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan?”. Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu. “Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang palingku suka adalah buah tahajjud, puasku cari di bumi lain, tapi jarang ku jumpa. Di situ ku meratah buah tahajjud dengan puas serta leka.”

Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud Subuh. “Maaf Subuh, aku tidak menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai.Tapi aku ada roti siyam(puasa)’’,cadangku pada Subuh.
Subuh menolak dengan hormat.“Roti itu ada tuan punyanya’’,kata Subuh.“Adakah kau mahu manisan zikir?’’rayuku pada Subuh.

“Baiklah, ambilkan aku sedikit,serta bawakan aku segelas air mata tangisan’’,pinta Subuh. Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh,yang mata air tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau maksiat yang berpanjangan? Namun, aku tetap menjenguk ke dalam perigi yang memuatkan air mata tersebut. Aku terkejut...Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. Dan terdetik di dalam hatiku,adakah ini tanda kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah lagi kubawa air tersebut kepada Subuh,tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya,Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

“Subuh...’’,seruku...“Mahukah kau tinggal selamanya denganku?Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai Subuh’’. Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan dipenuhi.“Aku perlu menziarahi‚
ramai orang,dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka,sepertimana aku menguliti mimpimu’’Aku akur dengan penjelasan Subuh.“Subuh..’’seruku lagi bila melihat Subuh bersiap pergi,“...sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?“

“InsyaAllah...’’,jawab Subuh,“...bukankah aku kekasih yang kau rindui?’’ Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap. “Assalamualikum’’,seru Subuh.“Waalaikumussalam’’,jawabku kembali.

Dan mataku terus meniti langkah Subuh,yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.

p/s : Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak???
Jawapannya.....tesirat dalam diri ......

Salam Mahabbah Buat Sahabat Seperjuangan

Salam sulung dan Ahlan Wasahlan buat sahabat2..
Untuk pertama kali,alhamdulillah akhirnya dapat juga ana menghasilkan blog sendiri..Lepas nie bleh la ana berkongsi whatever yg ilmiah dan sedikit fikrah atau pun celoteh ana..Apa2 pun doakan semoga blog ana sentiasa diupdatekan..Dalam blog nie la akan terungkai tajuk"Di Saat Hatiku Mula Berbicara"..Salam mahabbah dan ukhwah buat pengunjung blog ini..