Kenangan A1P5(Account), Kmk Slideshow: Mujahidah’s trip to Changloon (near Kangar), Perlis, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kangar slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Kenangan 2009

SoLaT TeraWiH

Solat ini hanya boleh dikerjakan di bulan Ramadhan sahaja. Hukumnya- Sunnah Muakkadah. Masanya- setelah seseorang itu mengerjakan solat fardu Isyak. Afdal (utama) dikerjakan berjemaah di masjid. Boleh dikerjakan bersendirian sahaja.
Menurut hadis Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah maksudnya: "Adalah Rasulullah S.A.W sangat sukacita menganjurkannya supaya beramal di malam-malam bulan Ramadhan, hanya baginda itu tidak menganjurkannya dengan keras. Baginda bersabda: "Siapa yang menunaikan solat pada malam-malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan semata-mata kerana Allah nescaya diampunkan oleh Allah dosa-dosanya yang lalu".

PERINGKAT PUASA

  • Puasa Umum iaitu puasa mukmin yang masih melakukan perbuatan makiat kepada Allah S.W.T . Puasanya sangat mudah- tidak makan, tidak mnum, dan tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa. Tapi anggota lahirnya seperti mata, telinga, mulut, kaki, tangan tidak berpuasa sama. Manakala hatinya pula bersarang dengan sifat mazmumah- hasad dengki, pemarah, sombong, dan riya'. Puasa ini tidak dapat memelihara diri dari kejahatan nafsu dan syaitan. Rasulullah S.A.W bersabda: "Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi tidak dapat apa-apa daripaa puasanya itu melainkan lapar dan dahaga sahaja".
  • Puasa Khusus iaitu puasa orang soleh, berpuasa seperti yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Dia juga dapat menahan anggotanya dari melakukan dosa termasuk berjaya memelihara hatinya daripada sifat mazmumah antaranya pemarah, sombong, riya', ujub, takabur,dan gila puji.
  • Puasa Khususul Khusus iaitu puasa orng yang hatinya hampir dengan Allah. Berpuasa segala anggota lahir dan batin, bahkan hatinya turut berpuasa daripada mengingati hal-hal dunia. Hatinya sepanjang masa mengingati Allah. Ini adalah bentuk puasa para nabi, rasul dan aulia'.

JANJI TUHAN PASTI BERLAKU

Oh alangkah indah hidup ini
Bila Islam bersinar kembali
Cahaya iman menyuluh tiap sanubari
Kebenaran mewarnai bumi


Kalam Allah memimpin manusia
Sunnah Rasul memandu langkahnya
Isi alam mendapat rahmat dan berkatnya
Kebatilan tiada tempatnya


Telah lama dinantikan
Bara Islam marak semula
Manusia kegelapan
Merindukan cahaya pembela


Pasti datang saat itu
Janji Tuhan pasti berlaku
Di dunia bahagia
Syurga Tuhan kekal selamanya


Pada Tuhan doa dan harapan
Daulah Islam seluruh dunia
Selamatkan kami umat di akhir zaman
Dengan iman yang terpelihara

DI MANAKAH CANTIKNYA SEORANG WANITA?

Mungkinkah pada sepasang matanya
Yang jelingannya menggoda
Atau.... mungkinkah pada bibirnya
Yang sering menguntum senyuman manis
Atau....mungkinkah pada nilai tawanya
Yang mengusik jiwa
Atau.... mungkinkah pada suaranya
Yang lembut bernada
Atau....mungkinkah pada gerak gerinya
Yang bijak menarik perhatian
Atau....mungkinkah pada pakaiannya
Yang cantik bergaya
Atau....mungkinkah pada hatinya
Yang sentiasa luhur dan ikhlas
Yang sentiasa rindu pada tuhannya
Yang sentiasa baik akhlaknya
Ya! Kini kutemui jawapannya
Indahnya serta cantiknya seorangperempuan
Bukan hanya pada luaran
Tetapi keindahan itu terletak pada hati dan akhlaknya
Ingatlah adik-adikku kecantikan seorang perempuan
Bermula dari hatinya
Yang suci dan bersih

LIMA PENAWAR HATI

LIMA PENAWAR HATI

Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash. Katanya penawar hati itu ada 5 :

1) Membaca al-Quran dengan meneliti maksudnya

2) Mengosongkan perut

3) Bangun bersolat malam

4) Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur

5) Duduk di majlis orang-orang soleh.

Pertama : Ramai juga orang yang baca al-Quran. Tapi biasanya membaca tanpa memerhati maksud ayat yang dibaca. Sebab itulah bagi saya ramai di kalangan umat Islam yang melanggar hukum agama, iaitu kerana tidak memahami apa yang dibaca.

Kedua : Dari sudut kesihatan fizikal, pakar kesihatan bahkan Nabi SAW sendiri mengatakan bahawa perut adalah punca penyakit. Mengosongkan perut dengan erti kata berpuasa atau bersederhana ketika makan.

Saya pernah melihat kawan-kawan ketika kenduri begitu tamak mengambil makanan sampai penuh pinggan, kemudian akhirnya tidak dapat menghabiskan makanannya. Pertamanya ia tamak, keduanya dia membazir. Kedua-duanya perangai syaitan.

Ketiga : Ramai orang boleh bangun malam. Bangun sebab mau kencing, atau kerana anak menangis, atau kerana mau tonton Euro, atau kerana waktu penerbangan, atau juga kerana hendak makan sahur. Tetapi bangun untuk bersolat malam walau 2 rakaat, memang sangat berat.
Keempat : Ramai juga beranggapan, waktu sahur hanyalah untuk makan sebelum berpuasa dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya, antara waktu mustajab doa ialah ketika waktu sahur.

Kelima : Duduk menghadiri majlis-majlis ilmu, berada bersama-sama orang baik tentu menenangkan jiwa. Ia jauh lebih mulia berbanding berada di disko, kedai kopi atau di padang bola.

Anda mau menjadikan hati tenang dari resah gelisah, 5 perkara ini adalah penawarnya.

Firman Allah : “…ingatlah, dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang”.


Sumber : http://abunuha.wordpress.com/2008/07/18/lima-penawar-hati/

Wanita Buta atau Cinta Sejati???

Kisah I
Saya ada banyak kisah tentang perempuan-perempuan buta. Satu
darinya,rakan
sekuliah yang berkahwin seawal di matrikulasi. Didorong rasa cinta, mak bapak tolak ke tepi, nasihat member-member dikata dengki.
Menjadi isteri kedua kepada seorang pemandu teksi yang menurutnya lelaki paling caring dan gentle pernah ditemui walau hakikatnya tidak mampu serba-serbi (bayangkan susu anak isteri tua pun tak mampu dibeli). Itu belum cerita hal lampin anak, rumahnya walau pada interpretasi saya lebih mirip reban ayam nenek saya ( jambannya ditampal dengan signboard Car Wash) dan anak-anaknya yang berderet macam gerabak LRT. Bila ditanya, cepat dia menjawab,"kau takkan faham,cinta kami cinta sejati"

Kisah II
Teman baik sejak kecil yang muda setahun, agak rapat hingga saya sanggup keluar untuk menunggu bas setengah jam awal setiap hari hanya untuk membentangkan "analisis program TV" malam sebelumnya. Hobinya mencuba pelbagai krim muka, hangout di pasar malam (duduk di kampunglah katakan), bergaduh dengan bohsia dan tidak ketinggalan bercuti setiaphari Isnin untuk mengelak perhimpunan.
Agak gila-gila, gemar naik motor petang- petang , pakai baju lawa-lawa macam orang hendak pergi beraya dan pernah sekali, buat DIY tattoo pakai ubat nyamuk lingkaran. Paling gila, berhenti sekolah semasa Form 4 ,bertunang semasa saya di matriks dan menikah setahun kemudian. Raya yang lepas, officially divorce dengan anak yang baru menjengah usia setahun.

Kisah III
Si perempuan ini rupa ada, badan pun boleh tahan. Paling menyakitkan hati ramai pula peminat tapi dgn lelaki nie juga yang di pilih nya.
Teman lelaki pula bukannya handsome sangat pun (sekali pandang macam Helmi Gimmik, 2 kali pandang dah rupa macam goalkeeper team bola Ghana).
Mungkin disebabkan faktor infeoriti dan berasa berada bukan di dalam zonselamat, si perempuan dengan bermurah hati "berjasa" kepada si lelaki.
Ada handset diberi guna, tak ada duit diberi pinjam ,ada motor diberi pakai.
Alasannya mudah -senang untuk berhubung lantaran keduanya dari kuliah berlainan. Kononnya esok lusa kalau ada jodoh, semuanya akan jadi harta sepencarian.
Masalahnya, si lelaki ini serius sedikit pun tidak, hidup dengan berbohong, si perempuan pula terus berharap. Pantang orang mengkhabarkan berita yang "kureng" tentang si cik abang habis satu kolej diamukkan. Di matanya, dialah Rosalinda yang hebat diduga dalam api percintaan.
Sementelah lelakinya Fernando Jose the most eligible bachelor yang menjadi rebutan setiap perawan.


Semua cerita di atas mengingatkan saya kepada phrases Love is Blind.
To be honest saya setuju walau tidak 100 peratus. Kalau tidak masakan si Romeo sanggup minum racun untuk mati bersama Juliet, Teja yang sanggup lari ke Melaka mengikut Hang Tuah, Rose yan g sanggup memilih untuk tenggelam demi bersama Jack dan si malang Devdas yang mati kerana frust melepaskan Paro ke tangan orang.

TETAPI, saya strongly disagree apabila itu dijadikan alasan bila hidup yang indah berubah menjadi neraka, apabila seseorang yang disangka teman sehidup semati @mr right, berubah mr bahlol. Kerana dalam hidup kita diberi dua pilihan, untuk berkata ya atau tidak. Lagu Lee Ann Womack ada bercerita, Hidup ini tarian, kita ada pilihan sama ada mahu duduk atau menari.

Moral of the story is learn to love yourself before learn tolove others.
> Cinta yang dipacu rasa berahi terbit dari sayang dan suka, tanpa
rasionaliti dan kematangan boleh membawa kemusnahan yang luar biasa.Itu sangat-sangat saya percaya.Seiring dengan usia, api berahi makin malap,rasa sayang menjauh .Bila kasih makin dingin,saat itulah isteri yang mulanya dianggap JLo kini tak ubah macam nyamuk Aedes yang membawa virus Denggi.
Si suami pula tidak ubah macam Anaconda-perut memboy ot dan tahu mengarah 24 jam ,bezanya Anaconda ini hidup didarat .Persoalannya apa akan jadi bila rasa kasih, rasa sayang sudah hilang.
Dalam kes-kes tadi, saya masih tidak faham mengapa perempuan yang selalu buta dalam percintaan. Kemudian menyalahkan lelaki, lelaki tiada hati perutlah, jantan tak gunalah, jantan prebet dan yang seangkatan dengannya tanpa mengambil tindakan dan langkah-langkah pencegahan awal.Harus diingat,dalam apa jua perkara prevention is always better than cure.

Dan....kepada lelaki yang mempunyai similiariti dengan kisah-kisah di atas, satu saja pesanan-jika tidak mahu nasib yang sama menimpa anak atau adik perempuan anda di kemudian hari, belajar- belajar lah "menghargai" dan "bertanggungjawab"

Mungkin saya tidak adil, mungkin sedikit prejudis atau mungkin betul kata perempuan dalam kisah I, mungkin saya tidak akan faham erti cinta sejati.
Anda bagaimana?

p/s**kita pun tak ingat dari mana kita dapat kisah nie...
i paste here just want to share with all of u...
what do u think???
or have some of u in 1 of d story???

Bicara Sufi

Sahabat,

Engkau bertanya bagaimana cara untuk mewujudkkan cinta Allah di dalam hati. Ketahuilah, sesungguhnya cinta itu tidak muncul tiba-tiba dan ianya tidak boleh dipaksa. Fahamilah tamsilanku ini. Cinta Allah adalah diibaratkan pohon yang tumbuh beransur-ansur di dalam hati insan yang menanamnya.

Pohon cinta ini benihnya perlu disemai, disiram, dibajai, dan dijaga. Hati adalah tempat menanam benih pohon cinta Allah. Barangsiapa yang sudi menanam cinta itu dihatinya, pasti ada harapan benih itu akan tumbuh menjadi pohon yang rendang dan berbuah lazat bakal dinikmati semua makhluk Allah.


Tahukah wahai sahabatku sekalian di mana sumber dan gudang benih cinta itu?Benih yang asli ada dalam Al-Qur'an, galilah ia sedalamnya yang mampu. Benih yang sudah tumbuh menjadi pohon yang berbuah harum dan manis ada pada sunnah Rasullah S.A.W. Buah-buah dari pohon cinta Rasullah inilah yang perlu engkau petikan untuk mendapat benih cinta Allah. Pohon cinta Rasullah ini tidak akan mati dan terus berbuah pada setiap detik dan musim dan akan terus berbuah untuk selama-lamanya. Cinta selain Allah itu umpama lalang, semak-samun dan pohon berbuah pahit. Jika engkau menyemai cinta Allah di hati yang penuh cinta dunia, ia umpama mencapak benih pokok ke dalam semak-samun, lalang dan belukar. Jika engkau bernasib baik, benih itu akan tumbuh, namun dari segi adatnya ia akan mati ketandusan. Sekiranya ia tumbuh ia tidak akan menjadi pohon yang rendang dan subur.

Sahabat,

Zikrullah itulah racun terbaik untuk menyingkirkan segala semak-samun, lalang dan belukar cinta duniamu. Mujahadatunnafs itu bagaikan kapak besar yang bakal menumbang robohkan pohon-pohon pahit dan beracun di hatimu. Selawat ke atas Nabi bagaikan baja yang menyuburkan tanah hatimu.

Ingatlah bahawa benih cinta dunia sentiasa menunggu peluang untuk subur kembali. Maka pastikanlah zikrullahmu berterusan serta iringilah dan satukanlah tarikan nafas dan degup jantungmu dengan zikrullah. Ketahuilah, selagi mana semak-samun dan pohon cinta dunia memenuhi hatimu, maka selagi itulah pohon cinta Allah akan terus layu dan tidak berubah.

Sahabat,

Sedarlah, bahawa selagi mana pohon cinta Allah tidak berbuah, selagi itulah sukar menyeru manusia kepada cinta Allah. Engkau tidak akan berjaya selagi engkau belum mempunyai benih cinta Allah untuk dipindahkan dan ditanamkan di hati mereka.Sebaliknya, jika pohon cinta Allah di hatimu sudah berbuah, maka berebutlah makhluk Allah ingin mengecapi keharuman dan kemanisannya. Inilah tanggungjawabmu kini dan selamanya.



"APABILA CINTA KEPADA ALLAH ITU SAMPAI KE LUBUR HATI. MAKA SEMUA CINTA KEPADA YANG LAINNYA AKAN TERSUNGKUR"
(IMAM GHAZALI)